Showing posts sorted by relevance for query ES500. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query ES500. Sort by date Show all posts

Friday, 25 March 2022

APC Black-UPS ES500 repair

Semalam saya telah dirujuk sebuah UPS berjenama APC model ES500 dengan masalah seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

UPS yang elok tidak akan menghasilkan bunyi buzzer berterusan ketika dihidupkan seperti boleh ditonton pada klip video di penghujung artikel ini.

Setelah penutup belakang dibuka...

Majoriti masalah UPS seperti ini yang pernah dirujuk kepada saya adalah disebabkan kerosakkan bateri atau kerosakkan geganti (relay).

Keluarkan papan litar untuk pemeriksaan...

Kali ini kerosakkannya berbeza dari sebelumnya dan setelah papan litarnya saya buka serta diperiksa secara menyeluruh, sebiji kapasitor dengan nilai 22uF, 16v rosak dan kedudukannya telah saya tandakan pada gambar di atas.

Gantikan kapasitor 22uF, 16v...

UPS ini berjaya diselamatkan serta masih boleh digunakan semula dengan menggantikan sebiji kapasitor sahaja.

Kapasitor rosak, bacaan cuma 270nF sahaja...

Nilai kapasitor 22uF atau 22,000nF yang rosak cuma 270nF sahaja seperti telah saya tunjukkan pada gambar di atas

Selamat mencuba...

Tuesday, 8 August 2023

APC Black-UPS ES500 repair

Banyak UPS seperti ini telah saya baiki serta kongsikan sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

APC ES500

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah lagi UPS serupa dengan masalah gagal berfungsi bila dibekalkan arus elektrik.

Setelah papan litar dikeluarkan...

Ianya boleh berfungsi setelah sambungan bateri saya putuskan & disambung semua sewaktu mengujinya namun gagal dihidupkan semula setelah dipadam serta dibiarkan selepas kira-kira beberapa minit.

Q7 rosak...

Setelah dibuka dan diperiksa komponen satu per satu, saya menemui sebiji komponen dengan label Q7 pada papan litar rosak.

2N7000 - mosfet

Q7 menggunakan sebiji mosfet dengan label 2N7000 seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Q7 (2N7000) rosak...

Gambar di atas pula adalah maklumat yang saya dapat apabila diperiksa dan ianya telah menjadi diod serta bukannya mosfet lagi.

Mosfet baru & rosak...

Gambar di bawah adalah maklumat serta bacaan yang sepatutnya pada mosfet berlabel 2N7000 yang elok.

Checking...

Masalah gagal berfungsi selepas beberapa minit dipadam selesai dan ianya telah berjaya diselamatkan serta masih boleh digunakan semula.

Gantikan mosfet baharu...

Selamat mencuba...

Monday, 30 March 2020

APC ES500 (UPS) repair

Sebelum ini saya pernah membaiki UPS seperti ini dan anda boleh membacanya di sini.

Setelah penutup bawah dibuka...

Pagi ini saya dirujuk sebuah UPS berjenama APC, Model: ES500 dengan kerosakkan yang sama seperti yang pernah saya baiki dahulu.

Relay rosak...

Sebelum saya buka dan periksa, saya uji UPS tersebut dan masalahnya ialah kadang-kadang buzeer berbunyi tak henti setelah butang 'power' di tekan dan kadang-kadang elok seperti biasa.

Keluarkan relay yang rosak...

Apabila dibuka dan diperiksa, kerosakkannya sama seperti yang pernah saya baiki sebelum ini iaitu relay gagal berfungsi dengan sempurna dan kedudukan relay tersebut telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Gantikan relay yang baru...

Setelah relay tersebut saya gantikan dengan yang baru dan diuji, masalah buzzer melalak tiada lagi dan ianya masih boleh digunakan semula.

Tested - ok

Kali ini saya kongsikan cara bagaimana mengenalpasti dan memeriksa relay yang rosak. Gambar di bawah menunjukkan terminal yang ada pada relay tersebut dan cara untuk mengujinya ialah seperti berikut:-

  1. Tiada 'continuity' pada terminal C & D dan E & F jika A & B tidak dibekalkan 12vdc.
  2. Sambungkan bekalan 12vdc kepada terminal A & B, bunyi 'tik' akan kedengaran.
  3. Guna multimeter dan periksa 'continuity' pada terminal C & D serta E & F. 
  4. Jika tiada 'continuity' pada C & D atau E & F apabila 12vdc disambung kepada A & B, relay tersebut rosak.

Ketika saya membekalkan 12vdc kepada terminal A & B, bunyi 'tik' kedengaran namun tiada 'continuity' pada terminal C & D mahupun E & F. Jadi, relay tersebut telah disahkan rosak.

Terminal pada bahagian bawah relay...

Selamat mencuba...

Wednesday, 6 September 2017

APC ES500 (UPS) repair

Hari ini saya kongsikan cara membaiki UPS.

UPS yang saya maksudkan ialah:-
Jenama: APC
Model: ES500
Pandangan atas UPS
Masalah UPS ini ketika dirujuk kepada saya ialah buzzer berbunyi walaupun bekalan elektrik telah dibekalkan.
Pandangan bawah UPS
Pandangan dalam setelah di buka
Setelah dibuka dan diperiksa menyeluruh, punca utama kerosakan ialah pada relay dan beberapa biji kapastor juga telah di tukar berikutan bacaannya telah berkurangan melebihi 10%.
Relay didapati rosak
Pastikan relay yang dibeli bersesuaian - 12V
Setelah diganti relay serta kapasitor, UPS kini kembali berfungsi seperti biasa.

Tips:-
  1. Ganti bateri setelah 3 tahun digunakan (jangan tunggu sehingga UPS meragam baru ganti bateri)
  2. Padamkan keseluruhan UPS (suis pada UPS serta padamkan bekalan eletrik) jika tidak digunakan.
  3. Jika UPS jarang digunakan, pastikan anda hidupkan UPS sekurang-kurangnya sekali seminggu selama kira-kira sejam untuk mengecas bateri agar bateri lebih tahan lama.

Tuesday, 18 May 2021

APC Back-UPS ES500 repair

Sebelum ini saya pernah membaiki UPS berjenama APC, model: ES500 dengan kerosakkan yang sama namun simptomnya berbeza dan anda boleh rujuk di sini dan sini.

Hari ini saya dirujuk sebuah UPS yang serupa dengan masalah seperti boleh ditonton pada klip video di atas iaitu apabila dibekalkan arus elektrik dan dihidupkan, bunyi relay kedengaran berulang-ulang dan berakhir dengan bunyi buzzer tanpa henti.

Setelah penutup bawah dibuka...

Dari pengalaman lepas, ini ada kaitan dengan kerosakkan relay dan setelah dibuka dan diperiksa dengan mata kasar semua kelihatan elok.

Bahagian bawah papan litar...

Pemeriksaan terperinci mendapati ada satu litar terputus seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Litar putus...

Bahagian yang putus itu adalah salah satu terminal kapasitor yang bersambung kepada relay dan setelah dibaiki serta diuji, kini masalah menjadi lebih teruk seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.


Simptom yang boleh ditonton pada klip video di atas adalah sama dengan pengalaman lepas yang mengalami kerosakkan relay.

Litar putus telah dibaiki...

Apabila saya buka relay dan diperiksa, bahagian coilnya elok dengan bacaan rinangan 288Ω.

Relay lama - 288Ω

Ujian seterusnya mendapati salah satu penyambung terminal tidak bersambung setelah bunyi 'tik' kedengaran.

Relay baru - 200Ω

Setelah relay ditukar dan diuji, UPS tersebut telah berjaya diselamatkan dan masalah selesai serta masih boleh digunakan semula.

geganti (relay) yang rosak - 12v

Selamat mencuba...

Tuesday, 22 December 2020

APC ES500 (UPS) repair

Sebelum ini saya pernah membaiki UPS seperti ini dan anda boleh rujuk di sini dan sini.

Hari ini saya dirujuk dua biji UPS yang sama dengan masalah yang sama ialau langsung tidak berfungsi apabila butang 'power' ditekan.

Setelah dibuka dan diperiksa, masalahnya ialah kerosakkan pada bateri dan harus diganti dengan yang baru. Sebiji bateri UPS biasanya boleh bertahan kira-kira 5 tahun.

Setelah bateri ditukar dan diuji, ianya masih elok dan boleh digunakan semula. Harga sebiji bateri yang baru saya beli kali ini ialah RM50.00.

Sebelum pandemik CoVid-19 melanda dunia, harga sebiji bateri seperti ini saya beli dengan harga RM35.00 sahaja. Ketika PKP hargannya meningkat kepada RM39 dan RM45 pada bulan lepas. Bulan ini naik lagi ke RM50 sebiji.

Peningkatan harga barangan akan berlaku dengan mendadak setiap kali kemelesetan (recession) ekonomi berlaku namun bila keadaan ekonomi kembali pulih, harga barangan yang telah dinaikan tidak akan turun lagi.

Fikir-fikirkan dan selamat mencuba...

Saturday, 2 December 2023

APC Black-UPS ES500 repair

Banyak UPS seperti ini telah saya baiki serta kongsikan sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

Cold solder joint...

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah UPS dengan masalah boleh dihidupkan namun apabila bekalan terputus, UPS gagal membekalkan elektrik dengan menggunakan kuasa bateri serta menghasilkan bunyi buzzer berterusan.

Buang pateri lama...

Pemeriksaan dengan mata kasar menemui satu 'cold solder joint' dan apa yang saya telah lakukan ialah membuang pateri lama dan mempateri semula

Pateri semula...

Masalah gagal menjana elektrik sewaktu bekalan elektrik putus selesai dengan hanya mempateri semula 'cold solder joint' di atas.

Siap...

'Cold solder joint' terjadi apabila bahagian pateri mengalami proses panas dan sejuk berulang-ulang serta banyak ditemui pada papan litar TV CRT.

Tested - ok

Selamat berDIY...