Wednesday, 22 September 2021

LG 29FC1CLX CRT TV repair

Semalam saya dirujuk sebuah TV jenis CRT berjenama LG, model: 29FC1CLX dengan masalah ada layar namun tiada suara.
LG 29FC1CLX CRT TV

Sebelum ini saya pernah dirujuk TV CRT dengan masalah tiada suara namun model yang berbeza dan anda boleh rujuk di sini.

Model: 29FC1CLX

Saya diberitahu oleh pemilik bahawa suara cuma akan kedengaran selepas TV dihidupkan serta dibiarkan selepas beberapa jam.

Setelah penutup dibuka...

Tiada suara kedengan ketika saya mengujinya kira-kira beberapa minit. Setelah dibuka, PCB yang digunakan adalah hampir sama dengan model 29FU1RLX-T1.

29FU1RLX-T1

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto
Kabel tidak disambung...

Perbezaan yang ketara ialah reka bentuk 'yoke coil' seperti boleh dilihat pada gambar di atas. Selain daripada itu ada sedikit perbezaan pada sambungan IR receiver serta butang pelaras pada bahagian tepi TV.

Kapasitor 470uf, 25v kembung...

Pemeriksaan dengan mata kasar pada papan litar hanya menemui sebiji kapasitor 470uF, 25v seperti telah saya labelkan pada gambar di atas.

Siap...

Setelah kapasitor yang kembung di atas saya buka dan diperiksa, nilai kapasitan jauh lebih rendah iaitu tak sampai 300uF. 


Selain nilainya yang jauh berbeza, saya juga dapati bacaannya berubah-ubah seperti boleh ditonton pada klip video di atas iaitu di antara 278uF & 286uF.

Tested - ok

Masalah tiada suara di atas selesai dan TV ini telah berjaya diselamatkan setelah dengan hanya menukarkan sebiji kapasitor yang kembung sahaja.

Kapasitor yang rosak...

Selamat mencuba...

Tuesday, 21 September 2021

FSL FSS607 6W LED ceiling downlight

Sebelum ini saya pernah dan sering dirujuk lampu LED downlight berjenama FSL, model: FSS607 dengan masalah tidak menyala.

FSL FSS607 5W LED downlight...

LED driver ini sangat mudah dan menggunakan sebiji mosfet yang berlabel JW1792 dan kedudukannya telah saya labelkan pada gambar di bawah.

Setelah penutup dibuka...

Pemeriksaan awal pada LED driver dengan mata kasar tidak menemui sebarang komponen yang rosak seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Gantikan perintang 5Ω dengan 4.7Ω...

Seterusnya saya periksa dengan menggunakan multimeter dan hanya menemui sebiji perintang 5Ω yang berfungsi sebagai fius putus. Saya telah saya gantikannya dengan menggunakan perintang 4.7Ω.

Perintang...

Setelah perintang yang putus/rosak telah diganti serta diuji, lampu LED masih juga tidak menyala.

JW1792 mosfet

Pemeriksaan pada bahagian output LED driver ada bacaan voltan iaitu sama dengan voltan pada kapasitor utama seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Output - 352vdc

Jadi, lampu tidak menyala sebab telah hangus dan ianya tidak dapat dibaiki selain menggantikannya dengan yang baharu.

Lampu yang hangus - COB LEDs


Selamat mencuba...

Nota kaki: COB = Chip-On-Board

Monday, 20 September 2021

ECLIPSE XA4200 4 channel class D amplifier repair

Semalam saya dirujuk sebuah amplifier buatan Korea berjenama ECLIPSE, model XA4200 dengan masalah salah satu channel bermasalah.

ECLIPSE XA4200 4 channel amplifier...

Amplifier ini boleh berfungsi namun salah satu channel (left/rear) bermasalah iaitu suara yang terhasil mempunyai bunyi serak seperti tidak cukup elektrik.

Model: XA4200 (made in korea)

Suara yang terhasil tidak jelas namun apabila dinyaringkan, masalah berkurangan ketika saya mengujinya sebelum dibuka untuk pemeriksaan.

Setelah penutup dibuka...

Setelah dibuka dan diperiksa dengan mata kasar, saya menemui ada kesan kebocoran pada penutup seperti telah saya labelkan pada gambar di bawah.

Kesan letupan dari sebiji kapasitor...

Kesan letupan tersebut adalah dari kebocoran sebiji kapasitor 2200uF, 16v seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Kapasitor 2200uF, 16v kembung...

Pemeriksaan menyeluruh pada papan litar tidak menemui sebarang kerosakkan komponen lain selain daripada kapasitor di atas sahaja. Kapasitor yang kembung serta bocor harus ditukar.

2200uF, 16v

Amplifier ini telah berjaya diselamatkan dan masalah selesai setelah dengan hanya menukarkan sebiji kapasitor yang kembung sahaja.

Siap

Selamat mencuba...

Sunday, 19 September 2021

BKSS 6.0 - 2021

Tahun lepas saya ada membuat permohonan bantuan sarawakku sayang (BKSS) dan anda boleh rujuk di sini.

Seingat saya permohonan saya telah diluluskan dan mendapat bayaran 'one off' pada penghujung tahun 2020.

Baru-baru ini saya cuba semak semula berikutan ada BKSS 6.0 di sini dan saya juga layak mendapat bantuan 'one off' sebanyak RM500 seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di atas dan telah dikreditkan pada 20/08/2021.

Terima kasih kerajaan Sarawak...

Saturday, 18 September 2021

FABER FVC Cyclonic Power 617 vacuum cleaner repair

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah alat penyedut hampagas berjenama FABER, model: FVC Cyclonic Power 617 dengan masalah suis kadang-kadang tidak berfungsi apabila ditekan.

FABER FVC Cyclonic Power 617

Bahagian luaran penyedut hampagas ini kelihatan nampak baru dan pemilik memberitahu saya ianya gagal berfungsi sahaja.

Model: FVC Cyclonic Power 617

Ketika saya mengujinya, saya dapati kadang-kadang suisnya gagal berfungsi apabila ditekan seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.


Saya juga dapati kelajuan motor atau kekuatan menyedut juga tidak berubah apabila butang dilaras ketika berjaya dihidupkan.

Setelah penutup atas dibuka...

Dari ujian di atas, saya yakin masalahnya hanya pada butang suis sahaja dan gambar di atas menunjukkan lokasi suisnya setelah penutup dibuka.

Suis masih elok...

Apabila suis dibuka serta diperiksa, ianya masih elok namun pin bahagian tengah pada butang pelaras telah patah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Butang suis patah...

Masalah yang saya hadapi ialah gagal menemui alat ganti dan cuba gam bahagian yang telah patah dengan menggunakan 'epoxy glue' seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. Selain gam bahagian yang patah, saya juga lumurkan bahagian tepinya supaya lebih kuat serta tahan.

Gam guna 'epoxy glue'...

Setelah dibiarkan 'epoxy glue' kering semalaman dan dipasang kembali serta diuji, ianya telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Selamat mencuba...

Friday, 17 September 2021

Insuran Kenderaan Pihak ke-3 hanya untuk kereta berusia 30 tahun ke atas?

Beberapa tahun kebelakangan ini saya telah menghadapi masalah untuk mendapatkan perlindungan insuran pihak ke-3 untuk kereta serta motosikal persendirian saya dan anda boleh rujuk di sini, sini dan sini. Tahun ini tidak terkecuali namun saya gagal mendapatkannya disebabkan kekangan SOP serta bermacam-macam alasan berkaitan dengan CoVid-19.

Ditutup sejak Jun 2021...

Menurut akta pengangutan jalan, semua kenderaan harus sekurang-kurangnya mempunyai perlindungan insuran pihak ke-3 sebelum layak untuk mendapatkan cukai jalan. Malangnya kini perlindungan insuran pihak ke-3 seakan-akan telah dilenyapkan dan syarikat insuran memaksa orang ramai membeli perlindungan tambahan yang tidak berguna serta membebankan.

Cukai jalan...

Setiap tahun saya telah membuat aduan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) dan tiada tindakan diambil. Saya juga pernah melaporkan kepada ahli parlimen (MP) serta ADUN dan semuanya juga tidak dilayan.

Berikut adalah insuran kenderaan yang saya terpaksa beli untuk mendapatkan cukai jalan tahun ini.

Sebelum terpaksa membeli insuran baharu, saya sempat menghubungi MMIP (Malaysia Motor Insurance Pool) dan berikutan pandemik CoVid-19, mereka hanya mampu memberi senarai syarikat insuran yang ada memberi perlindungan insuran pihak ke-3 mereka.

Syarikat insuran yang saya lawati sebelum ini untuk mendapatkan perlindungan insuran pihak ke-3 telah ditutup sementara sejak bulan jun 2021 seperti notis yang boleh dilihat pada gambar pertama di atas.

Saya ada menghantar e-mail kepada senarai syarikat insuran dan semuanya tidak di layan. Saya juga ada melawati syarikat insuran yang menawarkan perlindungan MMIP namun kerana pandemik CoVid-19 dengan SOP yang ketat, saya terpaksa batalkan hasrat sebab tiada masa untuk menunggu berjam-jam dan yang pasti mereka tidak berminat memberi perlindungan insuran pihak ke-3.

Harus berusia 30 tahun ke atas...

Kesimpulan yang saya dapat setelah berurusan dengan beberapa ejen insuran ialah:-

  1. Insuran pihak ke-3 hanya untuk kenderaan yang berusia 30 tahun ke atas (kereta saya hanya berusia belasan tahun)
  2. Jika nak juga insuran pihak ke-3, mereka paksa kita beli perlindungan tambahan iaitu perlindungan kebakaran serta kecurian (fire & theft) atau PA (personal accident) yang tidak diperlukan.
  3. Insuran pihak ke-3 kini seolah-olah telah dilenyapkan.


Berikutan kekangan pandemik serta SOP yang berkaitan dengan CoVid-19, saya akhirnya mengalah dan cara paling mudah ialah ke Pejabat Pos untuk menyelesaikan masalah. Pejabat Pos juga memberitahu saya, setahu mereka tiada lagi insuran perlindungan pihak ke-3 dan saya meminta mereka mencari perlindungan yang paling murah.
 
Kad pengenalan juga tidak diperlukan untuk keseluruhan proses membeli insuran serta cukai jalan setelah membayar kos keseluruhan iaitu RM185.96 seperti berikut:-

  1. Insuran - RM163.96
  2. Cukai jalan - RM20.00
  3. Fee pejabat pos - RM2.00

Ejen insuran kini tidak lagi menerangkan kepada pelanggan apa perlindungan insuran yang dibeli dan percaya atau tidak, tiada borang yang perlu diisi mahupun ditandatangani.

RM163.96 (2021), Sum insured - RM8,300.00

Tahun lepas saya cuma membayar RM80.85 untuk insuran perlindungan ke-3 oleh MMIP namun tahun ini rasaya saya dipaksa membeli insuran menyeluruh (comprehensive) seperti boleh dilihat pada gambar di atas dengan harga RM163.96 dan ianya adalah perlindungan yang paling murah menurut pejabat pos.

Jadi premium insuran saya tahun ini naik sekali ganda berbanding tahun lepas.

RM80.85 (2020), Sum insured - RM0.00

Mungkin inilah kegunaan bantuan khas CoVid-19 (BKC) yang saya kongsikan semalam di sini. Ada lah lebihan sedikit untuk makan tengahari sekali dua saja.

Sewaktu pandemik CoVid-19 melanda dunia, banyak kebajikan telah diberikan oleh syarikat kewangan seperti moratorium dan pihak kerajaan pula memberi bantuan tertentu bagi meringankan beban rakyat, namun pihak insuran pula tanpa bersalah memaksa kita berbelanja lebih yang tiada faedahnya pada pandangan saya.

Ini adalah satu penindasan atau diskriminasi yang terlepas pandang oleh pihak berwajib atau mungkin sengaja tutup sebelah mata sahaja.

Saya masih tidak berpuas hati kerana dipaksa berbelanja untuk sesuatu yang tidak berguna. Saya juga yakin ramai yang tidak berpuas hati sebab dipaksa membeli insuran mahal hanya untuk memenuhi syarat bagi mendapatkan cukai jalan sahaja.

Saya juga yakin banyak kenderaan yang tidak memperbaharui cukai jalan sebab gagal atau mungkin tidak mampu mendapatkan perlindungan insuran mahal yang tidak diperlukan.

Tahun hadapan jika pandemik CoVid-19 reda, saya akan berusaha untuk mendapatkan perlindungan insuran pihak ke-3 sahaja...

Thursday, 16 September 2021

Bantuan Khas CoVid-19 (BKC)

Minggu lepas saya ada menerima sms memaklumkam bahawa saya adalah penerima bantuan khas CoVid-19 seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di bawah.

SMS - 10/9/2021

Setelah menekan pautan yang diberikan di sini, saya layak menerima RM200 dan masih dalam proses pengkreditan.

Penerima BKC 2021,,,

Sejak dunia di landa wabak CoVid-19, saya ada menerima beberapa bantuan dan antaranya ialah:-

  1. Bantuan BPN (Bantuan Prihatin Nasional)
  2. Bantuan bakul makanan
  3. Bantuan Sarawakku sayang (BKSS)
Fasa 1 - dikreditkan ke akaun...

Bantuan bebentuk wang ringgit yang dikreditkan ke dalam akaun tidak pernah disemak berikutan semua urusan mengemaskini di kaunter perbankan tidak dibenarkan dan saya juga tidak memiliki kad ATM atau kad debit.

Wednesday, 15 September 2021

Two types of S8550 PNP transistor

Semalam saya ada kongsikan sebiji transistor NPN C1775 yang berlainan dari 'datasheet' dan anda boleh rujuk di sini.

Hari ini saya kongsikan pula sebiji transistor PNP S8550 yang juga berlainan dari 'datasheet'.

S8550 pinout

Carian 'datasheet' yang saya dapat di atas talian ialah seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

  • Type - PNP
  • Collector-Emitter Voltage: -25 V
  • Collector-Base Voltage: -40 V
  • Emitter-Base Voltage: -5 V
  • Collector Current: -0.5 A
  • Collector Dissipation - 0.625 W
  • DC Current Gain (hfe) - 85 to 300
  • Transition Frequency - 150 MHz
  • Operating and Storage Junction Temperature Range -65 to +150 °C
  • Package - TO-92
terminal b (base) di tepi...

Perbezaannya juga pada kedudukan terminal b (base) dan c (collector) seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Transistor ini juga telah saya uji dan ianya elok serta boleh digunakan jika terminalnya disambung dengan betul.

Pastikan anda periksa dahulu komponen yang dibeli sebelum digunakan bagi mengelakkan sebarang insiden/kejadian yang tidak diingini berlaku.

Jika tidak bernasib baik, kemungkinan boleh mengakibatkan benda yang ingin dibaiki akan rosak teruk dan berakhir dengan 'beyond repair'.

Setakat hari ini saya hanya menemui C1775 & S8550 sahaja yang ada dua versi berbeza namun tidak pasti ianya tiruan atau sebaliknya.