Tuesday, 14 September 2021

Two types of C1775 NPN transistor

Semalam saya ada kongsikan pengalaman membaiki sebuah amplifier Luxman L-55A dan anda boleh rujuk di sini.

C1775

Kerosakkan pada amplifier tersebut melibatkan sebiji transistor C1775 dan apa yang berlaku ialah saya terbeli versi yang berbeza dari asal.

Gambar di atas menunjukkan dua biji transistor C1775 namun kedudukan terminal b (base) dan c (collector) adalah terbalik.

terminal b (base) di tengah,,,

Cara untuk mengenalpasti kedudukan terminal pada transistor ialah dengan menggunakan multimeter seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

C1775 pinout

Carian 'datasheet' yang saya dapat di atas talian ialah seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

  • Type - NPN
  • Collector-Emitter Voltage: 90 V
  • Collector-Base Voltage: 90 V
  • Emitter-Base Voltage: 5 V
  • Collector Current: 0.05 A
  • Collector Dissipation - 0.3 W
  • DC Current Gain (hfe) - 400 to 1200
  • Transition Frequency - 200 MHz
  • Noise Figure - 5 dB
  • Operating and Storage Junction Temperature Range -55 to +150 °C
  • Package - TO-92
Terminal b (base) di tepi...

Untuk pengetahuan semua, saya telah uji kedua-dua transistor tersebut dan ianya elok serta boleh digunakan jika terminalnya disambung dengan betul.

Jika merujuk kepada 'datasheet', transistor sebelah kiri pada gambar pertama di atas adalah betul dan mungkin transistor sebelah kanan adalah tiruan.

Jadi, pastikan transistor yang dibeli diperiksa dahulu sebelum digunakan. Sebelum ini saya juga ada menemui masalah sedemikian pada transistor S8550 dan akan saya kongsikan pada artikel akan datang.

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.