Thursday, 7 February 2013

2013 F1 1st pre-season testing at Jerez

Test Day 1 (Fastest Times)
P Driver Team Time Laps
1  ButtonMcLaren 1m18.861s37
2  WebberRed Bull 1m19.709s  +0.84873
3  GrosjeanLotus 1m19.796s  +0.93554
4  di RestaForce India 1m20.343s  +1.48289
5  RicciardoToro Rosso 1m20.401s  +1.54070
6  MassaFerrari 1m20.536s  +1.67564
7  HulkenbergSauber 1m20.699s  +1.83879
8  RosbergMercedes 1m20.846s  +1.98511
9  MaldonadoWilliams 1m20.864s  +2.00384
10  vd GardeCaterham 1m21.915s  +3.05464
11  ChiltonMarussia 1m24.176s  +5.31529

Test Day 2 (Fastest Times)
P Driver Team Time Laps
1  GrosjeanLotus 1m18.218s95
2  di RestaForce India 1m19.003s  +0.78595
3  RicciardoToro Rosso 1m19.134s  +0.91683
4  WebberRed Bull 1m19.338s  +1.120101
5  HulkenbergSauber 1m19.502s  +1.28499
6  HamiltonMercedes 1m19.519s  +1.30115
7  PerezMcLaren 1m19.572s  +1.35481
8  MassaFerrari 1m19.914s  +1.69678
9  MaldonadoWilliams 1m20.693s  +2.47571
10  RossiterForce India 1m21.273s  +3.05519
11  vd GardeCaterham 1m21.311s  +3.09388
12  RaziaMarussia 1m23.537s  +5.31931

Test day 3 (Fastest Times)
P Driver Team Time
1  MassaFerrari 1m17.879s
2  RosbergMercedes 1m18.766s  +0.887
3  VettelRed Bull 1m19.052s  +1.173
4  RaikkonenLotus 1m19.200s  +1.321
5  VergneToro Rosso 1m19.247s  +1.368
6  RossiterForce India 1m19.303s  +1.424
7  ButtonMcLaren 1m19.603s  +1.724
8  GutierrezSauber 1m19.934s  +2.055
9  ChiltonMarussia 1m21.269s  +3.390
10  BottasWilliams 1m21.575s  +3.696
11  PicCaterham 1m22.352s  +4.473
12  di RestaForce India 1m23.729s  +5.850

Test Day 4 (Fastest Times)
P Driver Team Time
1  RaikkonenLotus 1m18.148s
2  BianchiForce India 1m18.175s  +0.027
3  VettelRed Bull 1m18.565s  +0.417
4  GutierrezSauber 1m18.669s  +0.521
5  VergneToro Rosso 1m18.760s  +0.612
6  HamiltonMercedes 1m18.905s  +0.757
7  PerezMcLaren 1m18.944s  +0.796
8  BottasWilliams 1m19.851s  +1.703
9  de la RosaFerrari 1m20.316s  +2.168
10  PicCaterham 1m21.105s  +2.957
11  RaziaMarussia 1m21.226s  +3.078
12  Di RestaForce India 1m23.435s  +5.287

Tuesday, 5 February 2013

2013 F1 Car

Lotus E21

McLaren MP4-28

Ferrari F138

Force India VJM06

Sauber C32

Red Bull RB9

Mercedes W04

Toro Rosso STR8

Caterham CT3

Marussia MR2

Williams F35

Friday, 1 February 2013

BL1M

BL1M
Syarat penyertaan:-
  1. Semua warganegara Malaysia berumur di antara 17 hingga 40 tahun pada atau selepas 1/1/2013.
  2. Tidak pernah memiliki sebarang jenis kelas lesen memandu.
  3. Hanya sah untuk lesen kelas B2 sahaja.
  4. Sihat tubuh badan.
  5. Menepati semua kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur dan jabatan pengangkutan jalan (JPJ).
  6. Dikenakan yuran sebanyak RM199.00 (dibayar semasa program pendaftaran dijalankan secara money order pada 'My E.G. Services Berhad')
  7. Sila bawa kad pengenalan asal semasa proses pendaftaran.
  8. Menduduki semua ujian yang ditetapkan oleh pihak JPJ.
  9. Untuk sebarang pertanyaan, sila emel kepada info@bl1m.my atau hubungi talian helpdesk MyEG 03-7801 8888.
  10. Tiada cara pintas.
Kepada mereka yang layak, sila daftarkan diri anda secara online di sini.

BR1M 2.0

Seperti yang dijanjikan, BR1M 2.0 akan diedarkan sebelum menjelang perayaan tahun baru cina yang akan jatuh pada 10/02/2013. Kepada mereka yang tinggal di Sarawak, anda boleh memeriksa status permohonan anda secara online di sini.
(Message untuk mereka yang tinggal di Miri sahaja)
(Message untuk mereka yang tinggal di Sibuti/Bekenu sahaja)
Untuk makluman, mana-mana kawasan selain dari Sarawak (seperti tertera di atas) tidak dapat menyemak status permohonan secara online. Namun anda boleh menyemak dengan menelefon ke talian hotline di 1-800-222-500/1-300-88-3010. Talian hotline tersebut akan beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari bekerja.

Semakan juga boleh dibuat dengan menghantar emel ke "belanjawan2012@treasury.gov.my".

Keputusan BR1M 2.0 juga akan diumumkan melalui pos ke alamat rumah anda.

Kepada sesiapa yang layak dan masih belum memohon, anda masih boleh memohon secara online di sini. Tarikh tutup ialah pada 11/02/2013. 

Thursday, 31 January 2013

Sedekah

Orang berbudi, kita berbahasa
Orang memberi, kita merasa

Apa yang saya ingin kongsikan pada hari ini ada kaitannya dengan peribahasa di atas. Pejam celik, pejam celik, dah habis bulan januari. Tahun Baru Cina tahun ini cuma tinggal 10 hari sahaja. Masa berlalu begitu pantas dan tanpa disedari, pokok longan dan limau kasturi yang saya tanam di belakang rumah telah mengeluarkan hasilnya lagi.
Limau kasturi di belakang rumah ku...
Kali ini terlepas pandang pula dan banyak yang telah gugur ke tanah tanpa disedari terutamanya buah limau kasturi yang terlebih masak. Hampir kesemua yang telah masak saya petik dan berat keseluruhannya ialah sebanyak 8.6kg.
Tidak ketinggalan juga mengeluarkan hasilnya ialah pokok longan yang berbuah sepanjang tahun. Namun banyak yang belum masak tetapi telah dimakan oleh... (tak tahu)
Buah longan yang belum masak tapi...
Nak tahu tak apa yang saya buat dengan limau kasturi itu? Kalau dijual, entah ada tak pembelinya sebab terlebih masak. Setelah pertimbangan dibuat, saya bertekad sedekahkan kesemua limau kasturi tersebut kepada saudara-mara, rakan-rakan sekerja serta jiran-jiran.

Apa yang mengembirakan saya setelah membuat sedekah dengan limau kasturi hari ini ialah, saya telah mendapat tahu orang yang mencantas pokok jambu di depan rumah dulu. Ceritanya ada di sini.

Jangan cuba tutup bangkai gajah dengan daun pisang...

Wednesday, 30 January 2013

Lagi Kejadian Tembak Menembak Di Miri

Kejadian berlaku kira-kira pukul 12:40pm dan lokasi kejadian ialah di hadapan pusat membeli belah Imperial Mall. Menurut saksi di tempat kejadian, setelah kejadian tembak menembak, penjenayah melarikan diri dan melanggar sebuah kenderaan lain di kawasan berdekatan.

Beberapa buah kenderaan polis kelihatan tiba kira-kira 10 minit kemudian di tempat kejadian. Difahamkan sebutir peluru sesat tersasar ke bangunan berdekatan dan menyebabkan cermin premis berkenaan pecah.
Cermin premis yang pecah akibat peluru sesat
Info terbaru pula mengatakan bahawa peluru yang tersasar ialah hasil tembakan oleh pihak polis ke atas sebuah kenderaan curi.
Pengesahan oleh YB tempatan
Baca berita penuh di sini atau di sini.

Tuesday, 29 January 2013

Pusara Orang Tua Ku...

Setiap insan yang dilahirkan ke dunia ini akan meninggalkan dunia ini suatu hari kelak. Ke mana kah anda pergi selepas meninggal dunia? Masing-masing ada jawapannya tersendiri. Saya berpendapat selepas kita meninggal dunia, destinasi terakhir kita ialah Kubur/pusara.

Saya berketurunan cina dan apa yang saya kongsikan hari ini ialah pusara orang tua saya. Ibu saya meninggal dunia pada 18/06/2009 setelah mengalami komplikasi akibat pembedahan membuang hempedu serta kecuaian pihak Hospital Umum Miri. Panjang ceritanya dan kalau ada masa terluang saya akan menceritakan lebih lanjut di sini.

Gambar berikut merupakan keadaan pusara orang tua saya ketika ibu baru meninggalkan dunia. Bagi orang cina, pusara orang tua adalah bersama (suami-isteri akan disemadikan bersama). Sebab kenapa harus disemadikan bersama saya tidak pasti, mungkin itu lah yang dimaksudkan sebagai 'sehidup semati'.

Sebelum (2009)

Pusara orang cina tidak berakhir seperti pada gambar di atas. Apa yang anda boleh lihat pada gambar di atas ialah untuk sementara waktu berikutan ketika ibu meninggal dunia, semuanya berlaku dengan sekelip mata dan persediaan adalah setakat yang termampu.

Bagi orang cina pusara merupakan rumah terakhir serta abadi dan harus dibuat oleh anak-anaknya. Saya pernah diberitahu oleh orang tua-tua bahawa jika pusara orang tua tidak disiapkan, generasi seterusnya tidak akan hidup aman dan sering mengalami masalah.

Gambar seterusnya merupakan pusara orang tua saya selepas disiapkan pada bulan ini (Januari 2013). Semoga ibu lebih tenang dan aman selepas ini. Tanggungjawab saya sebagai seorang anak boleh dikatakan berakhir di sini selain dari melawat serta membersihkan pusara orang tua setiap tahun ketika perayaan 'ching ming' iaitu pada bulan april setiap tahun.

Selepas (26/01/2013)

Berbalik kepada cerita orang tua-tua dulu yang mengatakan bahawa jika pusara orang tua tidak disiapkan, kehidupan generasi seterusnya akan bermasalah dan ianya telah berlaku pada saya setelah ibu meninggal dunia. Kehidupan saya semakin mencabar dari setahun ke setahun dan cabaran paling getir ialah pada hujung tahun lepas. Semoga segala cabaran yang bukan-bukan berakhir selepas ini...

Ibu, walaupun ibu telah tiada, saya masih ingat pesan serta hajat ibu ketika masih hidup. Semoga ibu lebih aman dan tentram di alam abadi. I miss you mum...

Sunday, 27 January 2013

e-rokok (e-cigarette)

Baru-baru ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan kenyataan bahawa penggunaan e-rokok mengundang sakit kronik seperti pada keratan akhbar di atas. Denda tidak lebih RM3,000.00 jika tertangkap mengedar serta menjual produk berkaitan. Keratan akhbar tersebut juga disiarkan pada laman facebook KKM di sini.

Saya sempat membuat komen pada facebook KKM tetapi malangnya komen saya telah dipadamkan oleh penyelenggaranya. Berikut merupakan komen saya yang telah dipadamkan:-

"Semua rokok tak baik. Saya berpendapat e-cigg lebih selamat berbanding rokok tembakau sebab e-cigg hanya mengandungi nikotin sahaja & rokok tembakau mengandungi beribu-ribu bahan kimia. Mungkin kerajaan akan bangkrap jika semua perokok bertukar ke e-cigg (Cuba kira berapa kerajaan dapat dari penjualan rokok tembakau & e-cigg boleh digunakan seumur hidup)"

Rata-rata komen awam tidak bersetuju dengan pendapat KMM dan menyokong penggunaan e-cigg berbanding rokok tembakau. Tidak ketinggalan juga komen dari mereka yang telah bertukar ke e-cigg dan ada yang telah berhenti merokok. Anda boleh baca komen orang awam di sini.

20 tahun yang lepas harga sebungkus rokok hanya dalam lingkungan RM1.50 ke RM2.00. Kini sebungkus rokok berharga RM10.00 atau lebih. Saya berpendapat cukai yang kerajaan dapat sekurang-kurangnya RM5.00 untuk setiap bungkus rokok yang dijual di pasaran. Anggap sahaja cuma sejuta orang merokok sebungkus sehari dan ini telah menyumbang RM5 juta cukai kerajaan sehari (RM150 juta sebulan/RM1.8bilion setahun). Mungkinkah negara kita cuma ada sejuta perokok sahaja?

Nampak gayanya kerajaan kita lebih mementingkan cukai dari bahaya merokok.

Agaknya jika e-rokok dibenarkan dipasarkan di negara kita, berapa cukai yang harus dikenakan?

Apa pun, merokok merbahayakan kesihatan perokok serta orang ramai yang menghidu asap rokok mereka.

Renung-renungkan...