Sunday, 27 January 2013

e-rokok (e-cigarette)

Baru-baru ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan kenyataan bahawa penggunaan e-rokok mengundang sakit kronik seperti pada keratan akhbar di atas. Denda tidak lebih RM3,000.00 jika tertangkap mengedar serta menjual produk berkaitan. Keratan akhbar tersebut juga disiarkan pada laman facebook KKM di sini.

Saya sempat membuat komen pada facebook KKM tetapi malangnya komen saya telah dipadamkan oleh penyelenggaranya. Berikut merupakan komen saya yang telah dipadamkan:-

"Semua rokok tak baik. Saya berpendapat e-cigg lebih selamat berbanding rokok tembakau sebab e-cigg hanya mengandungi nikotin sahaja & rokok tembakau mengandungi beribu-ribu bahan kimia. Mungkin kerajaan akan bangkrap jika semua perokok bertukar ke e-cigg (Cuba kira berapa kerajaan dapat dari penjualan rokok tembakau & e-cigg boleh digunakan seumur hidup)"

Rata-rata komen awam tidak bersetuju dengan pendapat KMM dan menyokong penggunaan e-cigg berbanding rokok tembakau. Tidak ketinggalan juga komen dari mereka yang telah bertukar ke e-cigg dan ada yang telah berhenti merokok. Anda boleh baca komen orang awam di sini.

20 tahun yang lepas harga sebungkus rokok hanya dalam lingkungan RM1.50 ke RM2.00. Kini sebungkus rokok berharga RM10.00 atau lebih. Saya berpendapat cukai yang kerajaan dapat sekurang-kurangnya RM5.00 untuk setiap bungkus rokok yang dijual di pasaran. Anggap sahaja cuma sejuta orang merokok sebungkus sehari dan ini telah menyumbang RM5 juta cukai kerajaan sehari (RM150 juta sebulan/RM1.8bilion setahun). Mungkinkah negara kita cuma ada sejuta perokok sahaja?

Nampak gayanya kerajaan kita lebih mementingkan cukai dari bahaya merokok.

Agaknya jika e-rokok dibenarkan dipasarkan di negara kita, berapa cukai yang harus dikenakan?

Apa pun, merokok merbahayakan kesihatan perokok serta orang ramai yang menghidu asap rokok mereka.

Renung-renungkan...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.