Wednesday 26 June 2024

Baiki kereta elektrik kanak-kanak

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah kereta elektrik kanak-kanak seperti boleh dilihat pada gambar di bawah minta untuk dibaiki.

Luaran nampak elok lagi...

Menurut pemilik, ianya telah dirujuk kepada beberapa juruteknik lain sebelumnya namun tiada yang berminat mencuba.

Setelah kerusi dibuka...

Menurut pemilik lagi, ianya masih lagi berfungsi sebelum terbelangkalai di stor sebab anak dah besar.

Hampir semua wayar putus digigit tikus...

Setelah dibuka dan diperiksa dengan mata kasar, masalah utama ialah majoriti pendawaiaan telah putus digigit tikus seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.

Lagi wayar digigit tikus...

Kini saya faham kenapa tiada yang berminat mencuba sebab wayar yang putus digigit tikus banyak telah hilang sebab dibuang oleh tuannya.

Motor controller...

Jadi tugas pertama saya ialah sambungkan kesemua wayar dahulu berdasarkan warna serta saiz wayar.

Semua telah berfungsi...

Setelah wayar utama dari 'motor controller' ke dashboard siap disambung serta diuji, apa yang saya dapat boleh ditonton pada klip video di bawah.

Pemilik ada berpesan jika boleh dibaiki, dia minta cat rangka luar agar tidak kelihatan lusuh sebab lapisan luarnya telah rapuh.

Dah terburai...

Jadi, saya buka kesemua yang boleh dibuka sehingga tinggal rangka sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Cat warna kelabu...

Saya bersihkan keseluruhan rangka dan gosok dengan kertas pasir lapisan luar sebelum disembur cat.

Restored...

Setelah proses mengecat siap dan dipasang kembali, tugas yang belum disiapkan ialah membuat sambungan terminal untuk pengecas. Kereta ini dilengkapi dengan dua biji bateri 6v yang disambung selari.

Soket pengecas...

Gambar di atas ialah sambungan pengecas yang tinggal dan ianya mempunyai 3 wayar iaitu merah, hitam dan kuning. Cara menyambungnya ialah:-

  • Wayar merah disambung terus ke terminal positif bateri
  • Wayar kuning disambung ke 'ground' pada 'motor controller'
  • Wayar hitam disambung ke wayar negative ke dashboard 

Untuk pengetahuan semua, sambungan sedemikian sangat selamat dan kereta tidak berfungsi sewaktu disambung kepada pengecas sebab wayar hitam akan putus dari litar.

Dashboard hanya akan berfungsi bila pengecas telah ditanggalkan dari sambungan pengecas.

Siap...

Klip video di bawah saya rakam setelah kesemuanya telah siap saya baiki dan ianya kembali berfungsi semula.

Selamat berDIY...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.