Monday 17 June 2024

Litar pintas dekoder Astro SZ1010C

Sebelum ini saya pernah kongsikan pengalaman membaiki dekoder serupa dengan masalah serupa dan anda boleh rujuk di sini.


Pemilik cuma memberitahu ianya gagal dihidupkan dan ketika saya uji, lampu indikator pada adapter padam apabila disambung kepada dekoder seperti boleh ditonton pada klip video di atas dan ini memberitahu saya ada litar pintas.

Masalah sedemikian biasanya akibat disambar petir atau kadang-kadang disebabkan pemilik menggunakan adapter TV yang voltannya 19v.

Litar pintas pada Schottky diode SS24

Litar pintas berlaku pada sebiji diod seperti telah saya tandakan pada gambar di atas. Walaupun masalah sama pada dekoder model yang sama namun komponen yang rosak berbeza berbanding pengalaman lepas.

SS24 Schottky diode (2A, 40v)

Nombor rujukan diod tersebut ialah SS24 dan ianya merupakan schottky diode dengan rating 2A, 40v.

Gantikan Schottky diode yang baru...

Dekoder ini berjaya diselamatkan dengan menggantikan sebiji Schottky diode sahaja dan ianya kembali berfungsi semula.

Tested - ok

Selamat berDIY...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.