Sunday, 7 August 2022

Simpanan perbankan islam VS perbankan konvensional

Saya adalah bekas kakitangan syarikat kewangan serta bank dan telah lama ingin kongsikan pandangan pribadi yang pernah saya lalui sejak perbankan islam mulai diperkenalkan pada tahun 90an sehingga kini.

Perbankan konvensional

Terdapat banyak produk perbankan yang ada ketika ini dan hari ini saya kongsikan satu produk sahaja iaitu simpanan tetap (fixed deposit) atau murabahah/mudarabah.

Perbankan islam

Dua gambar tangkap layar di atas saya rakam sebagai bukti serta rujukan supaya kita semua boleh lihat dengan mata di kepala masing-masing.

Jika kita menyimpan atau melabur wang kita, perkara yang paling penting harus tahu ialah pulangan/keuntungan/faedah. Saya yakin dan percaya produk yang memberi pulangan/keuntungan/faedah paling tinggi itu adalah pilihan orang ramai, setuju?

Ada beza tak pulangan/keuntungan/faedah yang kita dapat dari perbankan konvensional berbanding perbankan islam dari dua gambar tangkap layar di atas?

RM16.14 vs RM16.14...

Ketika perbankan islam baru diperkenalkan, simpanan perbankan islam lebih menguntungkan berbanding simpanan perbankan konvensional. Perbezaan peratusan pulangan/keuntungan/faedah ialah kira-kira dalam 1%. Kenapa kini tiada perbezaan lagi dan kenapa dulu boleh beri keuntungan lebih?

Jawapannya ialah 'matlamat menghalalkan cara'. Setelah matlamat tercapai, rupa-rupanya benda yang sama dengan mengelirukan orang ramai menggunakan terma yang berbeza serta banyak bunyi arab seperti berikut:-

  1. Savings = Al-wadiah
  2. Simpanan tetap (fixed deposit) = Al-mudarabah/murabahah
  3. Faedah = pulangan/keuntungan/profit sharing 
  4. Pinjaman (loan) = pembiaan

Saya akan kongsikan pada entri akan datang kenapa dulu perbankan islam boleh memberi pulangan lebih tinggi berbanding perbankan konvensional.

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.