Friday, 7 February 2020

Troubleshoot MP3 player

Hari ini saya dirujuk seekor anak itik yang yang berfungsi sebagai alat pemain MP3 seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
MP3 player...
Pemilik memberitahu saya bahawa baru-baru ini anak itik tersebut tidak boleh menyanyi lagi dan minta untuk diperiksa.
Kad memory...
Setelah dibuka dan diperiksa, tiada kerosakkan komponen ditemui termasuk baterinya masih berkeadaan elok.
Buka & periksa...
Oleh kerana tiada kerosakkan ditemui, maka saya pasang kembali dan uji anak itik tersebut. Ujian awal mendapati bahawa ada bunyi kedengaran pada 'earphone' ketika saya memadamkan suisnya. Ini bermaksud bahagian amplifiernya masih elok.
Tiada kerosakkan ditemui...
Seterusnya saya sambung kepada USB komputer dan mendapati bahawa komputer juga tidak boleh membaca kad memory tersebut.
Sambung kepada USB komputer...
Kemudian saya keluarkan kad memory tersebut dan gantikan dengan kad memory yang lain dan anak itik tersebut boleh bernyanyi semula.

Jadi, tiada kerosakkan pada anak itik tersebut tetapi kad memorynya yang rosak dan harus diganti dengan yang baru.
Kad memory rosak...
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.