Wednesday, 19 February 2020

ONE PERSON CITY (一个人城市)

Ini adalah beberapa gambar yang diambil oleh jurugambar wanita Amerika yang bernama Nicolattes dan boleh dilihat pada instagramnya dengan nama Nicoco.
Gambar-gambar ini diberi tajuk “One Person City” (一个人城市)
Gambar yang diambil di antara Jan 26, 2020 hingga Feb 4, 2020 ini menunjukkan bandaraya Shanghai yang lengang walaupun Shanghai tidaklah termasuk diantara bandaraya yang di kunci kerana wabak COVID-19 di China
Ia sepatutnya meriah dan sesak di musim perayaan tahun baharu Cina atau dipanggil Pesta Musim Bunga di China walaupun musim bunga di China sebenarnya bermula pada bulan Mac dan berakhir pada bulan Mei.
Daripada gambar-gambar ini kita boleh bayangkan betapa bahayanya wabak COVID-19 di China.
Walaupun saya tidak berada di lokasi, saya yakin dan percaya bahawa gambar-gambar ini memberi gambaran yang sebenar.
Untuk memperkukuhkan lagi keyakinan saya pada gambar-gambar ini ialah melalui pembelian atas talian saya di Shopee yang melibatkan produk dari tanah besar China yang telah ditunda beberapa kali dan anda boleh membacanya di sini.
Untuk makluman semua, barangan yang saya beli di atas talian tersebut dibuat sebelum perayaan tahun baharu cina dengan harapan agar ianya akan sampai selepas saya kembali bertugas selepas cuti perayaan tahun baharu cina.
Sehingga kini, sebulan telah berlalu dan ianya masih belum dikrirm lagi serta tiada rekod barangan yang ditempah tersebut telah keluar dari negara China.
Maksudnya, ada kemungkinan sistem 'courier' mereka masih belum kembali beroperasi lagi sehingga kini namun nombor kiriman telah tercatat pada laman Shopee untuk setiap barangan yang saya tempah.
Saya tidak tahu tahap bahaya wabak COVID-19 ini namun dari pengamatan saya setakat ini, ianya AMAT merbahaya.
Pastikan kita semua mengikuti perkembangan semasa wabak COVID-19 melalui saluran yang sahih seperti KKM (kementerian Kesihatan Malaysia) dan ikut saranan semasa mereka dari masa ke semasa agar negara kita selamat dan bebas wabak COVID-19.

Mencegah lebih baik daripada merawat...

Sumber

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.