Friday, 21 February 2020

Motorola walkie talkie transformer repair

Transformer seperti ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini.
JenamaL Motorola, Model: 48160090-B2
Kerosakkannya juga sama seperti yang telah saya baiki dahulu iaitu 'thermal fuse' putus namun kali ini saya kongsikan pengalaman baru seperti berikut.
14.6vdc (digital multimeter)
Jika dilihat pada gambar pertama di atas, transformer ini boleh menghasilkan output 16v, 900mA tetapi apabila disukat dengan multimeter bacaannya adalah seperti pada gambar di atas dan di bawah:-
  1. 14.6vdc - multimeter digital
  2. 1.0vdc - multimeter analog
1.0vdc (analog multimeter)
Apabila saya ukur arus elektrik pada bahagian output, tiada sebarang bacaan iaitu 0.00A.
Thermal fuse putus...
Setelah transformer tersebut dibuka dan diperiksa, 'thermal fuse' yang saya labelkan pada gambar di atas didapati putus.
17.38vdc (digital multimeter)
Setelah 'thermal fuse' tersebut saya gantikan dengan yang baru, kini bacaan pada multimeter digital dan multimeter analog adalah sama seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.
18vdc (analog multimeter)
Tujuan artikel ini saya kongsikan semula ialah untuk menunjukkan kepada anda bahawa kadang-kadang multimeter yang kita gunakan setiap hari tidak menunjukkan bacaan yang sebenar seperti di atas iaitu ketika transformer tersebut belum dibaiki.

Saya lebih mempercayai multimeter analog sejak dari dahulu lagi dan hanya menggunakan multimeter digital bila ingin mendapatkan bacaan yang tepat sahaja seperti ketika melaras voltan pada papan litar.

Contoh pada artikel ini menunjukkan bahawa multimeter analog memberi bacaan yang sebenar berbanding multimeter digital.
Tested - ok
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.