Monday, 13 January 2020

LG MS-192W microwave repair

Ketuhar gelombang mikro seperti ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini.
Jenama: LG
Masalahnya ketika dirujuk kepada saya ialah ianya langsung tidak dapat berfungsi walaupun telah dibekalkan dengan arus elektrik.
Model: MS-192W
Pemeriksaan awal pada fius, thermal fuse, suis pintu, HV fuse, HV kapasitor, magnetron HV diod dan HV transformer mendapati kesemuanya berkeadaan elok dan tiada yang rosak.
Setelah penutup dibuka...
Seterusnya saya menjumpai dua biji gear plastik di bahagian bawah ketuhar gelombang mikro seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Timer pecah...
Apabila saya buka timer tersebut, banyak yang telah tertanggal serta banyak juga bahagian untuk mengunci skru turut pecah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Setelah timer dibuka...
Saya cuba pasang kembali bahagian yang tertanggal pada timer tersebut namun berakhir dengan kekecewaan apabila saya dapati salah satu bahagian yang berfungsi sebagai suis telah pecah dan tidak dapat dibaiki lagi.
Tidak dapat dibaiki sebab pecah...
Oleh kerana timer telah rosak dan tiada alat gantinya, maka saya terpaksa tukar keseluruhan panel bahagian hadapannya dengan yang baharu.
Gantikan timer & suis yang baru...
Setelah panel tersebut saya tukar dan diuji, ketuhar gelombang mikro tersebut kini boleh dihidupkan namun ada lagi masalah ditemui iaitu pinggan/piring di dalamnya tidak berpusing.
Testing...
Pada mulanya saya syak motor yang memutarkan piring tersebut rosak seperti yang telah saya baiki dahulu. Sebelum membuka motor tersebut saya keluarkan pemegang piring tersebut dan mendapati bahagian bawahnya telah pecah dan anda boleh melihatnya pada gambar di bawah.
Rosak...
Pemegang piring tersebut tidak dapat dibaiki disebabkan bahagian yang pecah juga tidak ditemui dan harus diganti dengan yang baharu.
Gantikan dengan yang baru...
Ketuhar gelombang mikro ini berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula setelah kedua-dua kerosakkan di atas telah diganti.
Tested - ok
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.