Saturday, 23 November 2019

Philips HD2648 slice toaster repair

Semalam saya dirujuk sebuah mesin pembakar roti berjenama PHILIPS, Model: HD2648 dengan masalah ianya tidak padam secara automatik apabila tempoh membakar telah tamat. Roti yang dibakar dah rentung namun roti tak "melompat-lompat" juga...
Jenama: Philips
Apabila saya tekan pelaras (butang berwarna hitam dengan tulisan PHILIPS) pada bahagian hadapan pembakar roti, saya dapati ianya tidak lancar ketika ditekan dan bila dilepaskan ianya terus melekat pada bahagian bawah.
Model: HD2648
Untuk makluman semua, pembakar roti ini menggunakan sistem elektromagnet dan pelaranya tidak akan berhenti di bahagian bawah jika tiada arus elektrik dibekalkan.
Setelah dibuka penutup atas...
Apabila saya buka pelarasnya, saya dapati bahawa alur yang saya tandakan di atas tidak rata (sebelah tinggi dan sebelah rendah). Percaya atau tidak, ianya diperbuat daripada plastik (mungkin plastik yang tahan panas) dan berubah bentuk akibat haba pembakar roti tersebut.
Panaskan dengan pengering rambut...
Jadi saya panaskan kembali dengan menggunakan alat pengering rambut sehingga boleh dilentur kembali kepada keadaan asal seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Tidak seragam...
Setelah siap dilentur, satu lagi masalah timbul iaitu alur pelaras menjadi tidak seragam seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Kikir bahagian yang berlebihan...
Untuk menyeragamkan alur pelaras tersebut, saya terpaksa asah menggunakan kikir pada kedua-dua alur pelaras seperti gambar di atas dan di bawah.
Buat yang sama pada sebelah kiri...
Proses mengasah dengan kikir dilakukan sehingga alur tersebut cukup lebar untuk pelarasnya bergerak dengan lancar.
Testing...

Siap...
Setelah berpuas hati dengan kelancaran pergerakan pelaras, saya pasang kembali dan diuji semula tanpa membekalkan arus elektrik. Pelaras harus kembali ke bahagian atas apabila dilepaskan seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Testing...
Kemudian saya bekalkan arus elektrik dan tekan pelarasnya ke bawah dan kini lampu indikator berwarna kuning menyala dan ianya kekal di bawah sebab sistem eletromagnetnya telah berfungsi dengan menggunakan kuasa elektrik.
Tested - ok
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.