Tuesday, 12 November 2019

JOVEN EC802 water heater repair

Sebelum ini saya pernah membaiki 'water heater' seperti ini dan anda boleh membacanya di sini dan di sini.
Thermal fuse
Hari ini saya dirujuk benda yang sama dengan masalah yang sama iaitu tidak panas tetapi kerosakkan yang berbeza.
Thermal fuse putus
Setelah diperiksa, masalahnya ialah thermal fuse putus dan tiada bacaan bila diukur dengan multimeter seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Reset thermal fuse
Sesuatu yang anda harus tahu ialah thermal fuse tersebut dilengkapi dengan butang reset seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Setelah di 'reset' dah elok...
Setelah butang 'reset' tersebut saya tekan dan periksa semula dengan multimeter, ianya kini ada bacaan. Apabila saya bekalkan arus elektrik dan uji 'water heater' tersebut, ianya masih boleh digunakan.
Tested - ok
Percaya atau tidak, ianya telah dibaiki tanpa menukar sebarang komponen mahupun alat ganti?

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.