Saturday, 17 August 2019

DIY ganti 'brake pad' hadapan Perodua Kelisa

Cara menukar 'brake pad' hadapan kereta Perodua Kelisa pernah saya kongsikan dahulu dan anda boleh membacanya di sini.
Pastikan beli 'brake pad' yang berkualiti..
Sistem brek amat penting pada setiap kereta dan pastikan anda dapatkan alat ganti yang bermutu. Jika anda tidak mendapat alat ganti yang tulen, saya syorkan anda menggunakan jenama MINTYE seperti yang boleh dilihat pada gambar di atas.

Sebelum ini saya pernah menggunakan 'brake pad' biasa dan untuk pengetahuan anda ianya cuma bertahan kira-kira 25,000km sahaja. 'Brake pad' tulen Perodua boleh bertahan 50,000km dan begitu juga dengan 'brake pad' berjenama MINTYE.
Isi minyak brek jika berkurangan...
Ramai bertanya kepada saya, bagaimana kita tahu bila 'brake pad' telah haus dan harus di ganti? Jika anda tidak arif, hantar sahaja kereta anda ke bengkel untuk pemeriksaan.
Sebelum tukar 'brake pad' yg baru...
Ini pengalaman serta cara bagaimana menentukan bila 'brake pad' harus diganti.
  1. Minyak brek akan berkurangan bila 'brake pad' telah haus. Tunggu sehingga minyak brek turun sehingga 'MIN' pada tempat mengisi minyak brek dan isi sehingga 'MAX'.
  2. Jika minyak brek turun lagi ke 'MIN' buat kali kedua, tiba masanya 'brake pad' harus ditukar.
Setelah menukar 'brake pad' yang baru...
Satu lagi cara bagaimana kita akan tahu 'brake pad' telah haus dan perlu diganti ialah bunyi geseran jelas kedengaran ketika kita memberhentikan kereta dengan menekan pedal brek.
Buang minyak brek yang belebihan...
Saya biasanya menunggu sehingga brek mengeluarkan bunyi barulah menukarkan 'brake pad' tersebut dan pada ketika itu keadaan 'brake pad' adalah seperti pada gambar di bawah.
Perbezaan 'brake pad' baru dan lama..
Setelah menukar 'brake pad' yang baru, pastikan anda buang minyak yang berlebihan pada tempat mengisi minyak brek.
Sebelum 'brake pad' ditukar...

'Brake pad' baru telah dipasang...

'Brake pad' lama...

Pastikan anda membeli minyak brek yang bersesuaian... Dot3/Dot4
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.