Tuesday, 12 November 2013

Warranty claim (tuntutan jaminan)

Baru sebentar tadi kontraktor yang mengendalikan tuntutan jaminan (warranty claim) untuk menggantikan 'compressor' penghawa dingin saya memaklumkan bahawa maklumat di dalam sistem SAMSUNG menyatakan bahawa penghawa dingin saya dibeli pada september 2009 dan bukannya pada 06/06/2010 seperti tertera pada kad jaminan.
Warranty card
Berikutan itu kontraktor tersebut meminta saya agar mengemukakan resit sebagai bukti tarikh pembelian. Setelah puas mencari, resit tesebut tidak dijumpai dan saya terpaksa mencari bahan bukti yang lain untuk menyokong pembelian tersebut. Setelah mengorek penyata kad kredit yang lama akhirnya saya terjumpa dan terbukti ianya memang dibeli pada bulan Jun tahun 2010 seperti pada gambar di bawah.
Bank statement - 24 May 2010 to 23 June 2010
Mudah-mudahan penyata kad kredit boleh digunakan untuk membuktikan tarikh pembelian.

Dalam firasat saya seolah-olah ada sesuatu yang tak kena dengan tarikh pembelian penghawa dingin tersebut. Kenapa dalam sistem SAMSUNG menyatakan pembelian dibuat pada Sept' 2009 dan bukannya June' 2010? Mungkinkah ada tujuan disebaliknya? Kalau nak kata sengaja dibuat agar tiada jaminan lagi, tak logik juga sebab ianya masih kurang dari 5 tahun. Kemungkinan ianya sengaja dibuat agar saya tidak mampu membuktikan tarikh pembelian dan tidak perlu membuat tuntutan. Walau apa pun, saya akan minta penjelesan dari mereka esok.

Say NO to samsung product!!!

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.