Wednesday, 6 June 2012

RON95 lebih mahal dari RON97 di Malaysia

Gambar di atas saya rakam pada 6/6/2012 kira-kira pukul 17:38hrs di salah sebuah stesen minyak di Miri, Sarawak. Rasanya sesiapa sahaja yang pernah pergi ke stesen minyak untuk membeli petrol ada melihat notis tersebut.

Petang tadi saya ada mendengar berita mengatakan bahawa harga RON97 akan diturunkan sebanyak 10sen ke RM2.80/liter mulai tengah malam ini. Menurut sumber tersebut, harga RON97 telah lama diapungkan dan mengikut harga pasaran minyak dunia tanpa subsidi kerajaan.

Cuba anda tengok notis di atas dan bandingkan harga RON95 tanpa subsidi dengan harga RON97 yang bakal diturunkan 10 sen esok.

RON95 = RM3.54 (Harga sebenar jika tanpa subsidi)
RON97 = RM2.80 (Ada subsidi tak?)

Tepuk dada tanya selera...

Anda boleh semak harga pasaran semasa minyak mentah dunia di sini.

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.