Friday, 8 June 2012

Palam Pencucuh (Spark Plug) untuk Proton Satria GTi

Proton Edar kata, BK5E untuk Satria GTi/Putera, BKR6E-11 untuk Waja

Pengunaan palam pencucuh yang tepat, betul dan sesuai amatlah penting untuk sesebuah kereta. Baru-baru ini saya menghantar kereta Proton Satria GTi saya ke pusat service Proton Edar dan mereka menukar palam pencucuh saya ke BK5E sedangkan semasa kereta baru dari kilang ianya dipasang BKR6E-11. Saya diberitahu oleh pusat servis Proton Edar bahawa semua model Satria & Putera menggunakan palam pencucuh BK5E dan BKR6E-11 ialah untuk model Waja.

Tak sampai pun seminggu, lampu injin pula menyala. Bila dihantar ke pusat servis Proton Edar & periksa ECU keluar kod P0121 - Throttle body sensor, active test fail. Mereka cuma 'delete' kod tersebut dan menyuruh saya cuba lagi beberapa hari, kalau-kalau masalah yang sama berulang lagi.

Selepas beberapa hari, masalah yang sama berulang lagi dengan kod yang sama. Harga sebiji 'Throttle body' yang baru untuk Proton Satria GTi ialah dalam lingkungan RM700 ke RM800 termasuk kos pemasangan.

Saya bertekad tidak mahu mengganti 'throttle body' yang baru dan sebaliknya menukarkan palam pencucuh BK5E ke BKR6E-11 semula. Kini sudah hampir dua minggu telah berlalu dan takda lampu injin menyala setakat hari ini.

Mudah-mudahan lampu injin tak menyala lagi dengan kod P0121...

'Owner's manual' kata guna BK5E, mana satu betul ni?

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.