Showing posts sorted by relevance for query ds830na. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query ds830na. Sort by date Show all posts

Friday, 9 December 2022

ASTRO decoder DS830NA tidak dapat dibaiki...

Pagi ini saya dirujuk sebuah dekoder astro model DS830NA dengan masalah sejagat iaitu gagal berfungsi setelah dibekalkan arus elektrik.

ASTRO DS830NA

Setelah dibuka dan diperiksa dengan menggunakan multimeter, tiada bacaan voltan langsung pada semua 'checking point'.

Kesan terbakar...

Seterusnya saya periksa bahagian penyambung adapter dan mendapati salah satu terminal negatif ada kesan terbakar seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

Komponen meletup...

Pemeriksaan dengan mata kasar pada papan litar mendapati banya komponen telah terbakar serta meletup/pecah seperti boleh dilihat pada gambar-gambar di atas dan di bawah.

Komponen meletup...

Dekoder ini gagal saya baiki sebab mengalami kerosakkan teruk dan label pada komponen yang terbakar/pecah/meletup juga tidak diketahui.

Komponen meletup...

Tidak semua kerosakkan boleh dibaiki atau berbaloi untuk di baiki.

Selamat berDIY...

Tuesday, 5 October 2021

Troubleshooting DS830NA Astro decoder

Sebelum ini saya pernah kongsikan pengalaman membaiki dekoder astro model DS830NA dan anda boleh rujuk di sini.

DS830NA

Baru-baru ini saya dirujuk 2 buah dekoder sama untuk pakej NJOI dengan masalah sama iaitu gagal dihidupkan apabila dibekalkan arus elektrik.

Setelah penutup dibuka...

Kerosakkan seperti ini telah saya kongsikan sebelum ini dan hari ini saya kongsikan pula sedikit tips cara-cara untuk membuat pemeriksaan mudah seperti telah saya labelkan pada gambar di bawah.

Bacaan voltan pada inductors...

Sekiranya ada perbezaan bacaan voltan atau tiada bacaan langsung pada kedudukan yang telah saya tandakan di atas, proses mencari punca kerosakkan akan lebih mudah selepas itu.

Testing...

Masalah kedua-dua dekoder di atas adalah disebabkan ketiadaan bacaan 5v dan telah berjaya saya baiki.

Periksa pada 'setting'...

Jika dekoder anda telah lama tidak digunakan, anda perlu hubungi pihak astro untuk mengaktifkan semula. Sekiranya dekoder anda belum diaktifkan, anda boleh mengujinya dengan mengeluarkan kad dan menguji channel radio sahaja.

Selamat mencuba...

Friday, 31 May 2019

Astro decoder repair (Model: DS830NA)

Semalam saya berpeluang dan sibuk mencuba untuk membaiki decoder ASTRO, model: DS830NA.

Saya juga pernah membaiki decoder astro berjenama Philips dan anda boleh membacanya di sini .
Astro decoder model: DS830NA)
Masalah decoder ini ialah video asyik kaku dan perlu di 'reboot'. Kali terakhir lepas reboot video tetap kaku.
Pastikan tak ada warranty lagi baru buka...
Sebelum anda ingin cuba membaiki peralatan elektrik, pastikan tiada 'warranty' lagi. Jika masih ada warranty, pergi pejabat Astro dan buat aduan untuk mendapatkan decoder yang baru secara percuma.
Papan litar utama...
Saya diberitahu decoder yang baru berharga RM1,050.00. Ini lah akibat yang harus pelanggan tanggung jika perniagaan itu di monopoli oleh pihak tertentu sahaja.
Siap semua komponen rosak ditukar...
Dipendekkan cerita, saya buka dan periksa apa yang patut dan mendapati kesemua kapasitor di dalamnya harus diganti.
Testing
Setelah kesemua kapasitor yang ada di dalamnya ditukar dan diuji, decoder tersebut kini masih boleh digunakan lagi dan masalah video kaku lenyap terus.
Testing
Untuk makluman semua, jika anda telah menggantikan decoder yang baru, anda tidak perlu baiki decoder yang lama lagi sebab setiap akaun/kad astro cuma boleh digunakan pada sebuah decoder sahaja.
Pasang balik & testing lagi...
Kalau decoder yang lama boleh dan telah dibaiki, anda juga tidak dapat menguji decoder tersebut melainkan anda mendaftarkan semula decoder tersebut di pejabat Astro.
Semua komponen yang telah ditukar...
Saya sering menasihatkan orang ramai agar memutuskan bekalan elektrik kepada peralatan elektrik jika tidak digunakan supaya peralatan eletrik anda tahan lama. Saya juga tidak galakan agar peralatan elektrik dibiarkan dalam keadaan standby ketika tidak digunakan.

Contoh terbaik ialah pada artikel ini, decoder ini tidak pernah dipadam sejak dipasang dan cuma bertahan kira-kira 2 tahun sahaja. Jika tidak ada yang tahu membaikinya, anda kena bayar RM1,050.00 untuk dapatkan decoder yang baru.
Tested - ok
Jika anda perlukan perkhidmatan membaiki decoder Astro, anda boleh berhubung dengan saya dengan mengisi 'contact form' pada bahagian atas sebelah kanan blog ini.

Selamat mencuba...

Friday, 22 March 2024

Astro decoder DS830NA - no power (PART 2)

Hari ini saya kongsikan pengalaman baru dirujuk dekoder astro model DS830NA dengan masalah sejagat iaitu gagal dihidupkan.

Tiada bacaan 1.8v pada inductor...

Pemeriksaan awal pada papan litar mendapati voltan 1.8v tiada seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Bekalan 1.8v dari Q2902

Voltan 1.8v dibekalkan dari sebiji komponen yang dilabel Q2902 dan telah saya tandakan pada gambar di atas.

Tiada info dari nombor rujukan...

Gambar di atas adalah komponen Q2902 yang telah saya keluarkan dari papan litar namun saya menghadapi masalah mengenalpastinya.

Q295C = Q2902 tapi nombor rujukan berlainan...

Komponen yang digunakan pada Q2902 adalah sama dengan Q295C dan setelah merujuk kepada dekoder lain, saya dapati nombor rujukan berbeza digunakan seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.

Jumpa sebiji dengan nombor rujukan D5KV...

Berpandukan nombor rujukan D5KV di atas, komponen tersebut ialah P-channel MOSFET dengan nombor rujukan AO6405.

P-channel MOSFET

Sebagai percubaan, saya telah gantikan Q2902 dengan komponen yang diambil dari dekoder lain yang gagal dibaiki.

Gantikan MOSFET...

Gambar di bawah menunjukkan bacaan 1.8v telah berjaya terhasil setelah Q2903 ditukar dan dekoder ini kembali berfungsi semula.

Tugas mengenalpasti komponen jenis SMD kini semakin mencabar berikutan tiada maklumat diperolehi daripada labelnya yang semakin ringkas sebab ruangan yang terhad.

Testing...

Selamat berDIY...

Saturday, 3 February 2024

DS830NA astro decoder - no power (PART 1)

Banyak dekoder astro model DS830NA seperi ini telah saya baiki serta kongsikan sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

5v tapi bacaan cuma 0.264v sahaja...

Hari ini saya kongsikan pengalaman baru ditemui beberapa hari lalu apabila dirujuk dekoder serupa dengan masalah gagal dihidupkan. Pemeriksaan awal mendapati voltan 5v & 3.3v tidak cukup atau dikira tiada seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.

3.3v tapi dapat bacaan 0.375v sahaja...

Pemeriksaan seterusnya mendapati sebiji komponen jenis SMD bermasalah sebab tidak menghasilkan 5v dan telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Komponen disyaki rosak...

Saya tidak pasti apa nombor rujukan komponen tersebut sebab apa yang tertera padanya tidak memadai untuk saya mencarinya dalam talian atau online.

Keluarkan komponen disyaki rosak...

Saya menemui sebiji komponen sama pada papan litar lama dan sebagai percubaan, saya telah gantikan komponen tersebut sahaja.

Gantikan komponen elok...

Percaya atau tidak, masalah tiada 5v & 3.3v selesai setelah komponen tersebut sahaja telah diganti serta diuji.

Checking - 5v

Gambar di atas dan di bawah adalah bacaan 5v & 3.3v telah kembali normal dan ianya berjaya diselamatkan.

Checking - 3.3v

Kerja membaiki peralatan elektrik kini semakin sukar dilakukan berikutan komponen yang disyaki rosak tidak diketahui dari label yang ada.

Tested - ok

Selamat berDIY...

Friday, 16 September 2022

Dekoder astro DS830NA - beyond repair

Banyak dekoder seperti ini telah berjaya saya baki serta dikongsikan sebelum ini.

DS830NA

Hari ini saya dirujuk sebuah dekoder serupa dengan masalah lazim iaitu indikator tidak menyala atau gagal dihidupkan.

Dekoder ini telah dibuka oleh seseorang sebelum dirujuk kepada saya dan setelah dibuka serta diperiksa, apa yang saya jumpa ialah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Setelah 'heatsink' dibuka...

Banyak flux/soldering paste dilumurkan pada bahagian tepi processor seperti boleh dilihat pada gambar di bawah setelah saya gores menggunakan pemutar skru.

Diselaputi flux/soldering paste...

Jumlah flux/soldering paste yang berjaya saya keluarkan dari bahagian processor adalah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah dan berwarna putih.

Flux berwarna putih telah saya keluarkan...

Setelah flux/soldering telah saya bersihkan, saya terjumpa ada litar yang telah terbakar seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Litar telah terbakar...

Setelah dibekalkan arus elektrik dan diperiksa, bacaan untuk voltan 3.3v cuma 0.194 sahaja.

Voltan 3.3v cuma dapat bacaab 0.194v sahaja

Saya tidak pasti apa yang telah mereka lakukan sebelum ini namun yang pasti saya tidak mampu membaikinya dan tidak berjaya dibaiki.

...possible short situation...

Kemungkinan flux/soldering paste yang digunakan serta ditinggalkan pada bahagian processor tidak berkualiti dan boleh menyebabkan 'short situation' seperti pada gambar di atas.

Ini lah antara sebab kenapa saya kadang-kadang tak nak layan benda yang telah dibuka sebab kita tidak tahu apa yang telah mereka lakukan.

Saturday, 24 April 2021

ASTRO DMT880 repair

Hujung bulan lepas saya dirujuk sebuah dekoder astro model DMT880 dengan masalah lazim iaitu indikator tidak menyala setelah dibekalkan arus elektrik.

Astro NJOI - DMT880

Menurut pemilik, ketika kali terakhir diuji, ianya boleh dihidupkan namun padam sebelum boleh menonton siaran.

Model: DMT880

Ketika dirujuk kepada saya, ianya langsung tidak dapat dihidupkan dan indikatornya langsung tidak menyala.

Ini merupakan julung kali saya dirujuk dekoder model DMT880 dan sekali pandang bahagian luarannya serupa dengan model DS830NA namun ada sedikit perbezaan pada bahagian belakangnya. Salah satu skru ditutup menggunakan plastik yang bertindak sebagai 'warranty seal' seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

warranty seal...

'Warranty seal' tersebut harus di buka dan akan pecah setelah dibuka serta tidak dapat di pasang kembali semula.

Komponen yang rosak...

Gambar di atas merupakan keadaan di dalamnya setelah penutup dibuka dan rekabentuk papan litar juga berbeza dengan model DS830A. Pemeriksaan menyeluruh pada papan litar mendapati 3 biji kapasitor yang telah saya tandakan pada gambar di atas rosak dan harus diganti.

Testing...

Nilai ketiga-tiga kapasitor tersebut ialah:-

  1. sebiji 220uF, 35V
  2. dua biji 100uF, 35V

Setelah ketiga-tiga kapasitor tersebut saya gantikan dengan yang baru dan diuji, dekoder astro tersebut telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula.

Ketika diuji, indikator akan mengeluarkan perkataan 'boot' dan seterusnya dua lampu merah akan menyala serta diikuti dengan nyalaan satu lampu sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Dekoder lama ini jauh lebih tahan berbanding dengan dekoder baru yang lebih mudah rosak dan kadang-kadang tidak berjaya dibaiki. Chip prossesor juga tidak dilengkapi dengan 'heat sink' seperti boleh dilihat pada model DS830NA.

Tested - ok

Selamat mencuba...