Tuesday, 20 September 2022

White Rabbit Creamy Candy

Hari ini saya kongsikan gula-gula yang paling popular ketika saya di zaman kanak-kanak sehingga kini.

Label pada pembalut gula-gula tersebut ialah White Rabbit namun tulisan cina pula ialah 大白兔奶糖 (da bai tu nai tang). Keterangan lanjut sejarahnya boleh dibaca di Wikipedia.

Baru-baru ini saya telah membeli gula-gula tersebut dan percaya atau tidak, ianya kini dijual bedasarkan beratnya dan bukan jumlah bilangan yang dibeli. Dari label di bawah, harganya ialah RM40.99/kg.

Setelah dibuka dan dikira, 22 biji sahaja di dalam sebungkus yang berharga RM5.25 atau kira-kira 24sen sebiji.

Sewaktu saya mula bersekolah pada penghujung tahun 70an, sepuluh sen boleh dapat 7 biji gula-gula iaitu kira-kira satu setengah sen (RM0.015) sahaja sebiji.

Masa berlalu dengan pantas dan baru-baru ini juga saya baru perasan gula-gula ini telah diklasifikasikan sebagai tidak halal di negara kita sebab didapati mengandungi DNA babi serta lembu.

Soal status halal atau haram saya tidak pernah ambil kisah sebab tiada pun tanda/logo halal pada labelnya.

Saya yakin dan percaya semua pernah merasanya sehingga lah ianya disahkan status haram pada tahun 2019.

Ada banyak lagi cerita lain melibatkan gula-gula ini temasuk mengandungi melamine pada tahun 2008.

Monday, 19 September 2022

TECNIK MX6D mixer amplifier

Sebelum ini saya pernah membaiki mixer berjenama TECNIK dan anda boleh rujuk di sini.

TECNIK MX6D

Mixer ini telah dirujuk kepada saya sewaktu PKP pada pengujung tahun 2020 dan menurut pemilik ianya telah lama ditinggalkan dan tidak pasti apa masalah serta kerosakkannya.

Setelah penutup dibuka...

Jika tidak diketahui masalahnya, saya biasanya tidak akan menguji peralatan elektrik yang dirujuk sehingga pemeriksaan dibuat.

Sedikit berhabuk...

Setelah dibuka serta diperiksa dengan mata kasar, tiada yang meragukan selain berhabuk seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Testing...

Pemeriksaan menggunakan multimeter juga tidak menemui sebarang komponen yang rosak termasuk fius utama juga elok serta tidak putus.

2 channel...

Apa yang saya lakukan ialah bersihkan habuk pada papan litar dengan menggunakan penyedut hampagas dan bekalkan arus elektrik untuk diuji.

Tested - ok

Percaya atau tidak, semua berfungsi tanpa masalah dan saya cuma bersihkan habuk yang ada di dalamnya sahaja.


Selamat mencuba...

Sunday, 18 September 2022

Revise DIY amplifier using C5200 & A1943

Sebelum ini saya ada membina sebuah amplifier dengan menggunakan transistor C5200 & A1943 dan anda boleh rujuk di sini.

Revised schematic

Setelah beberapa hari diuji serta digunakan, pada suatu pagi ianya telah mengeluarkan asap putih dan gagal berfungsi lagi selepas itu.

Semua komponen yang rosak...

Setelah dibuka dan diperiksa, hampir kesemua komponen mengalami litar pintas serta rosak seperti boleh dilihat pada gambar di atas. Komponen yang selamat serta masih elok ialah kapasitor dan perintang sahaja.

Tambah 2 biji perintang 680Ω/2W

Saya telah bina semula amplifier serupa dan ketika diuji, saya dapati kesemua transistor 2N5551 & 2N5401 sangat panas ketika diuji.

Pemeriksaan menggunakan multimeter mendapati voltan yang melalui transistor-transistor kecil (2N5551 & 2N5401) tersebut tinggi iaitu sama dengan voltan yang melalu transistor C5200/A1943 dan untuk mengatasi masalah di atas, saya telah tambah dua biji perintang dengan nilai 680Ω/2W bertujuan untuk mengurangkan arus elektrik.

Sehingga blog ini ditulis, tiada lagi masalah panas pada transistor yang kecil. Kejadian transistor menjadi panas adalah disebabkan saya telah membekalkan voltan 42-0-42 atau 84v kepada module amplifier tersebut.

Ketika baru siap dibina saya hanya membekalkan voltan 18-0-18 sahaja untuk menguji serta tanpa sebarang masalah.


Litar asal berfungsi tanpa masalah jika menggunakan voltan rendah sehingga 24-0-24. Jika menggunakan voltan lebih daripada 24-0-24, perintang harus ditambah untuk mengurangkan arus elektrik pada litar supaya transistor kecil tidak panas melampau.

Cadangan saya ialah:-

  1. Tambah perintang 330Ω/2W jika menggunakan voltan melebihi 24-0-24 sehingga 35-0-35
  2. Tambah perintang 680Ω/2W jika menggunakan voltan melebihi 35-0-35 sehingga 45-0-45

Saturday, 17 September 2022

LG 50PJ350R-TA TV Plasma repair

TV plasma ini pernah saya baiki beberapa tahun yang lepas dan anda boleh rujuk di sini.

LG 50PJ350E-TA

Kali ini dia kembali dengan masalah sama iaitu skrin gagal menyala dan lampu standby padam apabila butang power ditekan namun menyala semula selepas itu dan dalam keadaan standby.

Model: 50PJ350R-TA

Setelah dibuka dan diperiksa, saya dapati masalahnya ialah pada PSU (power supply unit) yang kembali ke mode standby setelah butang power ditekan.

setelah penutup belakang dibuka...

Pemeriksaan pada PSU tidak menemui sebarang komponen yang meragukan serta rosak ditemui dengan mata kasar.

PSU = Power Supply Unit

Seterusnya saya periksa semua kapasitor dengan menggunakan multimeter ESR, saya cuma menemui sebiji kapasitor kecil dengan bacaan ESR tinggi (high ESR) seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Gantikan kapasitor 100uf, 16v...

Nilai kapasitor tersebut ialah 100uf, 16v dan setelah dikeluarkan dari papan litar serta diperiksa semula, bacaan ESRnya ialah 17Ω seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

ESR tinggi, 17Ω...

Percaya atau tidak, masalah selesai setelah dengan hanya menggantikan sebiji kapasitor kecil sahaja.

Selamat mencuba...

Friday, 16 September 2022

Dekoder astro DS830NA - beyond repair

Banyak dekoder seperti ini telah berjaya saya baki serta dikongsikan sebelum ini.

DS830NA

Hari ini saya dirujuk sebuah dekoder serupa dengan masalah lazim iaitu indikator tidak menyala atau gagal dihidupkan.

Dekoder ini telah dibuka oleh seseorang sebelum dirujuk kepada saya dan setelah dibuka serta diperiksa, apa yang saya jumpa ialah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Setelah 'heatsink' dibuka...

Banyak flux/soldering paste dilumurkan pada bahagian tepi processor seperti boleh dilihat pada gambar di bawah setelah saya gores menggunakan pemutar skru.

Diselaputi flux/soldering paste...

Jumlah flux/soldering paste yang berjaya saya keluarkan dari bahagian processor adalah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah dan berwarna putih.

Flux berwarna putih telah saya keluarkan...

Setelah flux/soldering telah saya bersihkan, saya terjumpa ada litar yang telah terbakar seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Litar telah terbakar...

Setelah dibekalkan arus elektrik dan diperiksa, bacaan untuk voltan 3.3v cuma 0.194 sahaja.

Voltan 3.3v cuma dapat bacaab 0.194v sahaja

Saya tidak pasti apa yang telah mereka lakukan sebelum ini namun yang pasti saya tidak mampu membaikinya dan tidak berjaya dibaiki.

...possible short situation...

Kemungkinan flux/soldering paste yang digunakan serta ditinggalkan pada bahagian processor tidak berkualiti dan boleh menyebabkan 'short situation' seperti pada gambar di atas.

Ini lah antara sebab kenapa saya kadang-kadang tak nak layan benda yang telah dibuka sebab kita tidak tahu apa yang telah mereka lakukan.

Thursday, 15 September 2022

E SUPER POWER 450W-P4 PSU repair

PSU (Power Supply Unit) ini telah lama dirujuk kepada saya iaitu sewaktu PKP pada tahun 2020 dengan masalah 'no power'.

Jenama: E SUPER POWER

Saya telah beberapa kali melakukan 'troubleshooting' namun tidak menemui kerosakkannya serta tidak berjaya dibaiki.

Model: 450W-P4

Masalah PSU ini sedikit pelik dan ketika diperiksa, voltan 5v ada pada wayar berwarna hijau namun semua voltan lain tiada dan kipas juga gagal berpusing.

5v pada wayar hijau...

Hari ini saya telah berjaya menemui masalahnya dan komponen yang bermasalah ialah sebiji transistor NPN berlabel E13007.

Transistor E13007 rosak...

PSU ini akhirnya berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula setelah 2 tahun dirujuk kepada saya dengan hanya menggantikan sebiji transistor sahaja.

Gantikan transistor E13007 yang baharu...

Saya hanya menemui komponen rosak tersebut setelah mengeluarkannya dari papan litar serta diperiksa dengan menggunakan alat memeriksa komponen.

Transistor E13007 rosak...

Transistor telah menjadi resistor (perintang) seperti boleh dilihat pada gambar di atas. Gambar di bawah pula adalah paparan yang sebenar untuk transistor E13007 yang elok.

Transistor R13007 elok...

Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di bawah.

Selamat berDIY...

Wednesday, 14 September 2022

Baiki dekoder astro NJOI (PHILIPS DSR4201/68)

Sebelum ini saya pernah kongsikan pengalaman membaiki dekoder astro berjenama Philips seperti ini dan anda boleh rujuk di sini dan sini.

Jenama: PHILIPS

Untuk pengetahuan semua, pihak astro telah menamatkan sokongan kepada dekoder lama ini sejak awal tahun lepas (2021) dan juga telah saya kongsikan sebelum ini di sini.

Model: DSR4201/68

Masalah dekoder ini ketika dirujuk kepada saya ialah indikator gagal menyala setelah dibekalkan arus elektrik. Menurut pemilik, ianya boleh berfungsi dan hanya akan berfungsi setelah beberapa jam dibekalkan arus elektrik.

Setelah penutup dibuka...

Saya juga telah memberitahu pemilik yang pihak astro telah menamatkan sokongan kepada dekoder lama namun dia bertegas meminta untuk dibaiki juga dengan alasan tersendiri. Manusia ada macam-macam ragam dan bagi memenuhi permintaannya, saya juga telah memberitahunya yang saya cuma boleh bantu untuk betulkan sehingga dekoder boleh dihidupkan sahaja.

PSU = power supply unit

Persetujuan telah tercapai dan masalah dekoder lama yang indikatornya tidak menyala adalah disebabkan PSU gagal membekalkan arus elektrik yang diperlukan sebab ada komponen 'wear & tear' yang telah 'expired'.

Gantikan komponen yang rosak...

Komponen yang didapati rosak telah saya tandakan pada gambar di atas dan masalah indikator gagal menyala selesai.

Testing...

Seperti telah saya jangkakan, walaupun dekoder telah dibaiki namun tiada siaran sebab ianya telah lama ditamatkan sokongan oleh pihak astro. 'Satellite signal' juga tiada seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

No signal...

Cara-cara melakukan 'troubleshooting' boleh ditonton pada klip video di bawah.

Selamat mencuba...

Tuesday, 13 September 2022

Fi atau Komisen Pejabat Pos naik 25%

Setahun telah berlalu dan tiba masanya saya memperbaharui insuran serta cukai jalan kereta untuk tahun ini.

Tahun-tahun lepas saya telah kongsikan pengalaman serta cabaran ketika memperbaharui insuran untuk kereta saya dan anda boleh rujuk di sini, sini, sini dan sini.

Seperti telah saya janjikan tahun lepas di sini, tahun ini saya bertekad membeli perlindungan insuran kenderaan bermotor pihak ke-3 semula.

Semuanya berjalan lancar dan premium yang perlu di bayar cuma RM80.85 sahaja. Saya tidak diberi resit serta polisi insuran berikutan masalah sistem dan tidak dapat mencetak ketika itu. Sehingga blog ini ditulis, saya belum kembali ke agen insuran untuk mendapatkan salinan resit serta polisi insuran.

Untuk pengetahuan semua, apa yang saya lakukan tahun ini sebelum ke pejabat insuran ialah saya cetak serta isi borang pembaharuan insuran MMIP.

Sebelum ini RM2.00 sahaja...

Setelah selesai memperbaharui insuran, saya ke pejabat pos dan tahun ini fi/komisen untuk memperbaharui cukai jalan pula naik 50 sen seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

Walaupun 50 sen sahaja kenaikkan namun jika dikira peratusan kenaikkan tersebut ialah sebanyak 25%. (0.5/2.0x100 = 25%)

Apa pun, pejabat JPJ jauh dari bandar dan rasanya jika memandu kereta juga memerlukan RM2.50 minyak kereta untuk pergi dan balik berbanding beberapa minit sahaja berjalan kaki untuk ke pejabat pos dari pejabat saya.

Ini lah cara saya berjimat untuk menempuhi hari-hari mendatang yang bakal semakin mencabar.


Gambar di atas saya jumpa di media sosial, sama-sama kita renungkan...