Saturday, 21 August 2021

BOSCH LBB 1946/00 Plena six-zone call station repair

Awal bulan ini saya ada membaiki sebuah amplifier BOSCH LBB 1935/20 anda boleh rujuk di sini.

BOSCH LBB 1946/00 Plena Six-zone call station

Awal minggu ini pula pemilik menghantar sebuah mikrofon atau 'call station' berjenama BOSCH, model LBB: 1946/00 dengan masalah langsung tidak berfungsi. Mikrofon ini adalah merupakan salah satu komponen yang dipasang bersama dengan amplifier BOSCH LBB 1935/20.

Pemilik hanya menghantar mikrofon sahaja dan saya tidak berpeluang untuk mengujinya.

Setelah dibuka dan pemeriksaan awal dengan mata kasar tidak menemui sebarang kerosakkan. Tiada komponen yang rosak juga ditemui setelah diperiksa dengan menggunakan multimeter.

Tompokan putih pada papan litar...

Saya hanya menemui satu tompokan putih pada bahagian atas papan litar seperti telah saya tandakan pada gambar di atas sahaja yang meragukan.

Dah bersih...

Apabila saya kikis, ianya tanggal dan rupanya seperti garam yang melekat setelah air garam telah tersejat. Memandangkan tiada kerosakkan lain ditemui, saya kembalikan kepada pemilik untuk diuji dan percaya atau tidak, pagi ini pemilik telah memaklumkan kepada saya bahawa ianya boleh digunakan semula.

Siap...

Selamat mencuba...

Friday, 20 August 2021

SAMSUNG UA40J5008AK full HD TV repair

TV ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

Model: UA40J5008AK

Hari ini dia dirujuk semula dengan masalah yang sama iaitu langsung tidak berfungsi termasuk lampu 'standby' juga tidak menyala.

Setelah penutup belakang dibuka...

Setelah dibuka dan diperiksa, masalahnya juga serupa dengan sebelum ini iaitu sebiji diod yang telah mengalami litar pintas namun bukan diod yang telah ditukar dahulu.

Litar pintas pada diod berlabel MBR5H150SS

Terdapat 3 biji diod berlabel MBR5H150SS disambung selari dan diod yang telah saya gantikan lepas ialah ditengah. Kali ini diod ditepinya pula yang rosak.

 

Klip video di atas saya rakam ketika memeriksa diod yang telah rosak.

Gantikan diod yang baharu...

Pemeriksaan menyeluruh pada papan litar tidak menemui sebarang kerosakkan lain dan setelah diod digantikan dengan yang baharu serta diuji, TV ini sekali lagi berjaya diselamatkan.

Tested - ok

Klip video di bawah saya rakam ketika memeriksa diod yang telah saya gantikan dengan yang baharu.

Selamat mencuba...

Thursday, 19 August 2021

LG MKJ33981404 remote control repair

Pagi ini saya dirujuk sebuah alat kawalan jauh TV berjenama LG, model MKJ33981404 seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Jenama: LG

Pemilik memberitahu saya ianya tidak berfungsi dan meminta untuk dibaiki (jika boleh).

Model: MKJ33981404

Setelah dibuka dan diperiksa, saya tidak menemui sebarang komponen yang rosak namun ada kesan hakisan akibat kebocoran bateri pada papan litar dan telah saya bersihkan.

Setelah penutup dibuka...

Apabila diuji, saya dapati ianya boleh berfungsi setelah butang ditekan berterusan beberapa saat seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Masalahnya ialah alat kawalan jauh ini lambat 'respond' setelah butang ditekan. Biasanya lampu IR (infrared) akan terus menyala setelah butang ditekan.

Resonator asal - 3.64MHz

Alat kawalan jauh ini ada menggunakan sebiji resonator 3.64MHz seperti telah saya tandakan pada gambar di atas dan sebagai percubaan, saya gantikan dengan sebiji resonator 3.54MHz yang diambil dari alat kawalan jauh berjenama carrier.

Gantikan menggunakan 3.54MHz resonator...

Masalah lambat 'respond' di atas selesai dan alat kawalan jauh ini telah berjaya diselamatkan seperti boleh dilihat pada klip video di bawah.

Walaupun nilai frekuensi resonator yang diganti berbeza sedikit, ianya boleh digunakan dan telah saya uji seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Selamat mencuba.

Wednesday, 18 August 2021

Hotel doorbell switch repair

Sebelum ini saya pernah baiki suis loceng pintu seperti ini dan anda boleh rujuk di sini dan sini.

Suis loceng pintu (doorbell)

Hari ini saya dirujuk sebuah suis loceng pintu yang serupa dengan masalah tidak berfungsi apabila butang untuk membunyikan loceng ditekan. Perbezaan kali ini ialah 'tact switch' yang digunakan tidak hilang seperti dahulu dan saya cuba buka untuk diselengara.

Buka 'tact switch'...

Gambar di atas menunjukkan bahagian dalam suis setelah dibuka dan pemeriksaan mendapati tompok hitam yang telah saya tandakan tiada keterusan (continuity).

Selengara 'tact switch'...

Saya bersihkan dengan menggunakan kertas pasir dan gambar di atas menunjukkan ianya telah saya dibersihkan.

Pasang kembali 'tact switch'...

Suis loceng ini telah berjaya diselamatkan dengan hanya menyelengara kedua-dua 'tact switch' yang bertindak sebagai suis digunakan padanya tanpa menukar sebarang komponen.

Selamat mencuba...

Tuesday, 17 August 2021

Reset Factory Setting for china phone - Lenovo A889 & Nowa 7i

Hari ini saya kongsikan cara melakukan 'hard reset' atau 'reset factory setting' pada telefon buatan China yang menggunakan tulisan cina.

Pilih 'eMMC'

Saya telah lakukan 'resert factory setting' pada dua jenis telefon iaitu, Lenovo A889 dan Nowa 7i.

Cara-caranya ialah:-

  1. Padamkan telefon
  2. Tekan butang 'power' dan 'volume down' serentak sehingga skrin menyala
  3. Guna butang 'volume down' dan pilih eMMC seperti telah saya tandakan pada gambar di atas dan tekan butang 'power'
  4. Lepas itu tunggu sehingga semua proses selesai dan telefon anda kini seperti baru dibeli.

Selamat mencuba...

Monday, 16 August 2021

ABB Hotel Key Card Switch repair

Sebelum ini saya pernah baiki 'key card switch' seperti ini dan anda boleh rujuk di sini, sini, sini dan sini.

Baru-baru ini saya dirujuk 18 biji dan kesemuanya dengan masalah tidak berfungsi bila dimasukkan kad.

Rujuk kepada pautan di atas untuk cara-cara 'troubleshooting' serta membaikinya.

Salah sebiji masalahnya pelik sedikit seperti boleh ditonton pada klip video di atas. Ketika saya mengujinya, ianya boleh dihidupkan apabila dimasukkan kad namun tidak padam-padam setelah kad dikeluarkan.

Seterusnya saya padamkan bekalan elektrik dan dihidupkan semula dan lampu indikator tidak menyala seperti boleh dilihat pada klip video di atas.

Setelah dibuka dan diperiksa menyeluruh, tiada komponen yang rosak ditemui namun sensor kelihatan tidak rapat pada papan litar seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

Apa yang saya lakukan ialah buang paterinya dan rapatkan sensor ke papan litar. Setelah dipateri semula serta diuji, masalah selesai dan telah berjaya diselamatkan seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Selamat mencuba...

Sunday, 15 August 2021

Sayur pucuk peria liar

Pada 19 Julai 2021 yang lepas saya telah menebas rumput di belakang rumah serta membakarnya setelah kering beberapa hari selepas itu.

Peria liar...

Kira-kira 3 minggu selepas itu, rumput tumbuh kembali dan kali ini ada tumbuhan menghijau kelihatan seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Ambil daun serta pucuk sahaja...

Untuk makluman semua, tumbuhan tersebut ialah peria liar yang tumbuh sendiri dan ketika zaman kanak-kanak, arwah ibu sering mengambil pucuk sayur-sayuran untuk dijadikan hidangan.

Daun & pucuk sahaja...

Oleh kerana peria liar buahnya kecil dan tidak pasti boleh dimakan atau tidak, saya cabut benih yang baru tumbuh beberapa minggu itu untuk dijadikan hidangan.

Telur, bawang merah & bawang putih...

Pucuk serta daunnya sahaja yang saya ambil untuk dimasak. Bahan yang saya gunakan untuk memasak ialah:-

  • Sebiji telur ayam
  • bawang merah
  • bawang putih
Goreng bawang merah & putih dahulu...

Arwah ibu dulu selalu menggunakan ikan bilis dan tidak menggunakan telur ketika memasak  pucuk sayur-sayuran.

Masukkan sebiji telur...

Mula-mula masukkan minyak masak dan tunggu sehingga panas dan gorengkan bawang merah bersama bawang putih dahulu sehingga sedikit kuning.

Goreng sehingga telur masak...

Lepas itu masukkan sebiji telur ayam dan kacau sehingga telur masak seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Masukkan pucuk serta daun peria liar...

Seterusnya, masukkan pucuk serta daun peria liar dan goreng sehingga layu.

garam secukup rasa...

Akhir sekali saya masukkan garam secukup rasa dan gaul sehingga sebati.

Siap...

Selamat menjamu selera...

Saturday, 14 August 2021

cellphone jack vs headphone jack

Pernah tak anda sambungkan sistem suara (sound system) ke telefon bimbit anda dengan menggunakan 3.5mm 'headphone jack'? Sekiranya ada, apa masalah yang anda hadapi?

Untuk makluman semua, 'cellphone jack' dan 'headphone jack' berbeza dan telah saya labelkan pada gambar di bawah. Perbezaannya ialah 'cellphone jack' mempunyai satu gelang tambahan untuk mikrofon dan jika anda gunakan 'headphone jack' pada telefon bimbit masalahnya ialah:-

  1. Kadang-kadang tiada suara output langsung
  2. Kadang-kadang sebelah sahaja speaker berbunyi (jika sistem suara stereo)
  3. Kadang-kadang lagu yang dimainkan boleh bertukar sendiri.
  4. Jika anda menonton video, kadang-kadang video akan 'pause' dengan sendiri 

Kesemua masalah di atas berlaku sebab terminal untuk mikrofon bersentuh dengan terminal 'ground' (G) apabila 'headphone jack' dimasukkan ke telefon bimbit anda.


Jika anda ingin gunakan juga 'headphone jack' pada telefon bimbit, anda perlu elakkan terminal mikrofon daripada bersentuhan dengan 'ground' (G).

Caranya ialah anda boleh potong sekeping sellotape dengan kelebaran kira-kira 2mm dan balud bahagian melibatkan terminal mikrofon seperti yang telah saya tunjukkan pada gambar di atas serta di bawah.


Selamat mencuba...