Saturday, 22 August 2020

VESON-2600 hari dryer repair

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah alat pengering rambut berjenama VESON-2600 dan pemilik hanya memaklumkan kepada saya masalahnya tidak boleh digunakan.

VESON-2600
Ketika saya mengujinya sebelum dibuka untuk diperiksa, ianya boleh berfungsi pada kelajuan yang tinggi sahaja. Bila laraskan ke kelajuan rendah,  ianya tidak berfungsi.
Diod 1N5408 meletup...
Setelah penutup belakangnya dibuka, jelas kelihatan sebiji diod pada bahagian suis pelaras kelajuan didapati pecah seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan telah saya tandakan.
Keluarkan diod rosak...
Nombor rujukan diod tersebut ialah 1N5408 dan jika pecah/putus, tiada bekalan elektrik ke bahagian pemanas serta motornya ketika dilaras ke kelajuan rendah.
Cari diod yang sama...
Masalah telah ditemui dan saya cuma perlu keluarkan diod yang rosak serta gantikan dengan yang baru. Gambar di bawah menunjukkan diod telah saya gantikan dengan yang baru.
Siap...
Klip video di bawah saya rakam ketika telah siap dibaiki serta diuji dan ianya masih boleh digunakan semula.

Selamat mencuba...

Friday, 21 August 2020

TOTALINE digital room thermostat repair

Sebelum ini saya pernah membaiki thermostat seperti ini dan anda boleh membacanya di sini, sini, sini serta sini.

Bahagian bawah papan litar...

Masalah kali ini ialah langsung tidak dapat dihidupkan setelah arus elektrik dibekalkan. Bila saya buka dan periksa papan litarnya, tiada komponen yang didapati rosak.

ada litar terputus...

Setelah puas membelek-belek papan litarnya, akhirnya saya menemui satu litar yang terputus seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

litar yang putus telah dibaiki...

Litar yang terputus tersebut adalah pada bahagian bekalan masuk arus AC dan ini bermaksud tiada bekalan elektrik langsung kepada papan litar. Gambar di atas menunjukkan litar yang putus telah saya baiki dengan sambung kembali menggunakan wayar.

Tested - ok

Setelah siap dibaiki dan diuji, ianya telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula.

Selamat mencuba...

Thursday, 20 August 2020

MR.JOHN PROFRSSIONAL MRH-1126 hammer drill repair

Minggu lepas saya dirujuk sebuah 'hammer drill' berjenama MR.JOHN PROFESSIONAL, Model: MRH-1126 dengan masalah mengeluarkan percikan api apabila suis ditekan.

Jenama: MR.JOHN PROFESSIONAL

Ketika dirujuk kepada saya, pemilik memberitahu saya ianya tidak bergetar (vibration) namun bila saya uji ianya menghasilkan percikan api.

Model: MRH-1126

Apa yang terlintas di fikiran saya selepas melihat percikan api bila diuji ialah kerosakkan pada armature namun bila diperiksa, tiada kerosakkan ditemui pada bahagian motor.

Bila saya buka penutup bahagian belakang 'hammer drill' tersebut dan diuji semula, rupa-rupanya 'rotary switch' rosak dan mengeluarkan percikan api seperti pemetik api (lighter) dan boleh dilihat pada klip video di atas.

'rotary switch' rosak

Saya buka 'rotary switch' tersebut untuk diperiksa, ianya tidak dapat dibaiki seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Suis telah saya buka...

Untuk menguji dan memastikan motor 'hammer drill' tersebut masih elok atau rosak, saya buat pintasan penyambungan.

Cara untuk membuat pintasan penyambungan ialah:- (rujuk kepada gambar di bawah)

  1. sambung A & B serta C & D (motor berpusing mengikut arah jam)
  2. sambung A & C serta B & D (motor berpusing mengikut lawan arah jam)
boleh 'bypass' untuk kegunaan sementara...

Gambar di bawah menunjukkan pintasan yang telah saya buat untuk kegunaan sementara dan ianya hanya berpusing satu arah sahaja.

Siap...

Selamat mencuba...

Wednesday, 19 August 2020

EMPRESS GZ-300 repair

Baru-baru ini banyak hantar barangan elektrik berjenama EMPRESS iaitu produk Cosway untuk dibaiki.

Jenama: EMPRESS

Hari ini saya kongsikan pengalaman membaiki sebuah periuk elektrik berjenama EMPRESS, Model: GZ-300 dengan masalah seperti boleh dilihat pada klip video di bawah.

Ketika saya uji, ianya boleh dihidupkan dan semua elok seperti biasa namun setelah mulai panas, ianya meragam dengan mengeluarkan mesej pada indikator iaitu 'EE' dan tidak berfungsi lagi selepas itu.

Model: GZ-300

Setiap kali indikator mengeluarkan mesej 'EE', periuk elektrik tersebut langsung tidak boleh digunakan lagi. Bila padam dan tunggu seketika dan diuji semula, perkara yang sama berulang semula.

EE
Setelah dibuka dan diperiksa, tiada komponen yang rosak ditemui termasuk papan litarnya. Ini disebabkan ianya hanya tidak dapat digunakan semasa telah panas sahaja.

Setelah penutup bawah dibuka...

Jadi, saya uji semula periuk elektrik tersebut sehingga indikatornya memaparkan 'EE' dan periksa semula. Pemeriksaan selepas itu mendapati salah sebiji thermostat tiada 'continiuety' dan berlabel "KSD201 115" padanya.

2 biji thermostat...

Terdapat dua biji thermostat pada bahagian bawah periuk iaitu sebiji berlabel 115 dan sebiji lagi 98. Fungsi thermostat tersebut ialah memutuskan sambungan apabila telah mencecah suhu yang tertera padanya iaitu 115 darjah celcius dan 98 darjah celcius.

115C & 98C...

Kenapa thermostat yang berlabel 98 tidak putus dan 115 pula yang putus sedangkan suhu untuk 115 adalah lebih tinggi daripada 98. Ini bermaksud thermostat yang berlabel 115 putus lebih awal sebelum mencapai 115 darjah celcius dan ianya rosak serta harus diganti.

115C rosak...

Klip video di bawah menunjukkan periuk elektrik tersebut telah saya uji setelah siap menukar thermostat yang berlabel 115 dan masih boleh digunakan semula.

Selamat mencuba...

Tuesday, 18 August 2020

LG 22LD330-TA LCD TV repair

TV LCD seperti ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini.

Kali ini saya dirujuk TV yang sama namun masalah yang berbeza. Menurut pemilik, kali terakhir dia menghidupkan TV, skrin seperti di atas muncul. Beliau juga memberitahu saya masalah lain ialah kadang-kadang TV padam dengan sendiri dan tidak dapat dihidupkan semula. Ianya cuma boleh dihidupkan semula selepas beberapa jam kemudian.

Masalah TV seperti di atas amat susah diperiksa sebab bila saya uji, ianya boleh dihidupkan dan terpaksa menunggu berjam-jam atau mungkin tak padam langsung seperti yang diberitahu walaupun seharian diuji.

Saya tidak pasti bagaimana skrin pada gambar pertama di atas boleh muncul dan ia adalah 'service mode' serta memerlukan alat kawalan jauh khas. Tiada skrin tersebut muncul sewaktu saya mengujinya.

Pada mulanya saya syak masalah pada PSU (Power Supply Unit) namun setelah diperiksa, tiada komponen yang rosak ditemui namun saya ada membaiki beberapa pateri yang kelihatan seperti 'cold solder joint' pada bahagian 'HOT'.

Seterusnya saya periksa mainboard dan menemui sebiji kapasitor aluminium yang dilabel C212 longgar bila disentuh seperti boleh ditonton pada klip video di atas.

Apabila saya cuba keluarkannya dari papan litar, ianya terus tanggal dengan salah satu terminal masih melekat pada papan litar.

Nilai kapasitor aluminium tersebut ialah 220uF, 16v dan saya gantikannya dengan kapasitor biasa seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Kapasitor yang baru terpaksa saya baringkan pada papan litar seperti boleh dilihat pada gambar di bawah disebabkan ruangannya yang terhad dan boleh menyebabkan penutup belakang tidak dapat ditutup dengan rapat.

Setelah siap diganti dan diuji seharian, tiada masalah seperti yang dilaporkan oleh pemilik kepada saya di atas muncul-muncul. Jadi, saya anggap masalah di atas telah selesai dan jika ada masalah yang sama berulang, saya akan kemaskini semula artikel ini.

Selamat mencuba...

Monday, 17 August 2020

EMPRESS RA0420 garment steamer repair

Semalam saya dirujuk sebuah mesin wap pakaian (garment steamer) berjenama EMPRESS, Model: RA0420 dengan masalah tidak mengeluarkan wap lagi.

Jenama: EMPRESS

Mesin wap pakaian ini adalah produk Cosway dan fungsinya sangat mudah iaitu panaskan air sehingga mendidih. Wap yang keluar dari mesin tersebut sebenarnya adalah dari wap air yang mendidih.

Model: RA0420

Gambar di bawah merupakan keadaan di dalamnya setelah penutup di bahagian bawah telah saya buka. Kelihatan terdapat satu lapisan putih pada bahagian 'steamer' iaitu bahagian untuk memanaskan/memasak air.

Setelah penutup bawah dibuka...

Saya tidak pasti apa lapisan putih tersebut namun bila saya kikis, ianya seakan-akan pasir atau mungkin serbuk pencuci (detergent) yang telah kering.

Pemeriksaan pada pendawaiaan dari plug 3-pin sehingga ke bahagian pemanas tidak menemui sebarang kerosakkan termasuk pemanasnya.

Buka klip dan cabut hos silikon...

Oleh kerana ianya tidak mengeluarkan wap dan tiada kerosakkan ditemui, saya menjangkakan ianya berkaitan dengan masalah tersumbat. Apabila saya buka klip serta cabut hos yang menyambungkan air dari tangki ke bahagian pemanas, banyak lagi serbuk putih seperti lapisan putih pada bahagian luar pemanas jatuh dari dalam hos penyambung tersebut. Jika anda lihat pada gambar di atas, serbuk putih pada lantai kesemuanya adalah dari dalam hos penyambung tersebut.

Saya juga membuka penyambung hos pada mesin tersebut dan di dalamnya juga dipenuhi dengan serbuk putih. Gambar di bawah menunjukkan ianya telah saya bersihkan dan di pasang kembali.

Buka penyambung dan bersihkan sekali...

Sebelum menguncikan penyambung hos kembali kepada bekas penyimpan air, saya sempat tiup hos tersebut untuk memastikan ianya benar-benar bersih dan tidak ada yang tersumbat lagi.

Klip video di bawah menunjukkan mesin wap pakaian tersebut telah siap dibersihkan dan masih boleh digunakan semula.

Jika anda mempunyai mesin wap pakaian dan tidak mengeluarkan wap, jangan risau sebab ianya tidak rosak dan cuma tersumbat sahaja. Anda boleh ikut langkah-langkah di atas untuk menyelenggaranya sendiri.

Selamat mencuba...

Sunday, 16 August 2020

Grub worms

Pagi ini ketika saya mencabut rumput di belakang rumah, saya terjumpa seekor ulat yang telah lama tidak kelihatan bila telah berpindah serta tinggal di bandar. Jika tidak silap, kali terakhir saya melihat ulat sebegini ialah ketika berkebun di kampung kira-kira 30 tahun yang lampau.
Setelah saya mengambil gambar serta klip video, saya mencari di laman sesawang dan nama ulat tersebut ialah 'grub worm'. Ianya juga merupakan ulat kepada sejenis serangga yang dinamakan sebagai 'Japanease beetles'
Setelah lebih 30 tahun, hari ini baru saya tahu ulat tersebut merupakan lava kepada 'japanease beetles' apabila telah matang.
Kitar hidupnya hampir sama dengan rama-rama dan perbezaannya ialah ulat rama-rama tinggal di pokok memakan daun manakala 'grub worm' tinggal di dalam tanah memakan akar tumbuh-tumbuhan.
Jika ada tanaman anda yang tiba-tiba layu dan mati tanpa sebab, ulat ini adalah penyebabnya sebab akar tumbuhan telah rosak dimakannya. Gambar di bawah menunjukkan pokok betik yang saya tanam tiba-tiba layu dan mati. Pagi ini ketika saya mencabut pokok betik yang telah mati, ulat ini ditemui dibawahnya.
Ulat ini sangat aktif dan boleh hilang dari pandangan kita kurang dari seminit. Klip video di bawah menunjukkan cara bagaimana ianya bergerak serta mengorek dan hilang dari pandangan kita dalam masa yang singkat.

Saturday, 15 August 2020

facebook kini perlukan android 4.4 dan ke atas

Sejak beberapa hari yang lepas, aplikasi facebook seakan-akan bermasalah kerana menghantar notifikasi yang sama berulang-ulang seperti boleh dilihat pada gambar di bawah kepada telefon bimbit saya.

Pada mulanya saya anggap ia mungkin disebabkan ada versi baru yang perlu dikemaskini. Apabila saya periksa pada 'google play store' takda pula minta untuk mengemaskini aplikasi facebook.

Saya cuba pula ubah tetapan (setting) pada aplikasi facebook untuk menghentikan notifikasi tersebut namun semuanya tidak berhasil dan kadang-kadang notifikasi hadir setiap beberapa minit dan bila dibuka ianya benda yang sama serta merimaskan.

Akhirnya saya padam (delete) applikasi facebook dan cuba 'install' semula dengan harapan tiada lagi penghantaran notifikasi sama yang tidak henti-henti sejak beberapa hari ini.

Ketika saya cuba muat turun (download) aplikasi facebook yang baru di 'google play store', tiba-tiba saya dikejutkan yang telefon saya tidak lagi sesuai/serasi (compatible) kepada aplikasi facebook seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Seterusnya saya cari versi aplikasi facebook yang lama di laman sesawang (internet) dan mendapati bahawa versi terbaru aplikasi facebook (283) bertarikh 13/8/2020 memerlukan andriod versi 4.4 (kitkat) dan ke atas seperti boleh dilihat pada gambar di atas. Anda boleh dapatkan versi facebook yang lama di sini.

Bila saya lihat aplikasi facebook sebelumnya, sebenarnya versi 282 bertarikh 11/8/2020 telah mula mewajibkan andriod 4.4 dan boleh dilihat pada gambar di bawah. Oleh kerana versi android telefon bimbit saya cuma 4.2.2, jadi saya muat turun versi 281 yang bertarikh 5/8/2020 dan sehingga blog ini ditulis, tiada lagi masalah notifikasi berulang-ulang lagi seperti sebelumnya berlaku setakat ini.

Setelah selesai 'install' aplikasi facebook versi 281 dan diuji, ianya kembali seperti sebelumnnya namun bila saya periksa pada 'google play store' semula, tiada kemaskini terbaru lagi kelihatan dan ini bermaksud jika saya ingin menggunakan versi terbaru, saya perlukan menukar telefon bimbit dengan versi andriod 4.4 dan ke atas.

Sebenarnya ada aplikasi alternatif facebook yang lebih mudah serta sesuai untuk telefon antik saya iaitu 'facebook lite' namun ianya sangat terhad dan banyak kemudahan tidak kelihatan jika dibandingkan dengan versi penuh seperti di atas.

Untuk pengetahuan semua, telefon yang saya maksudkan dengan versi andriod 4.2.2 ialah Lenovo A889 yang telah saya beli pada tahun 2014 dan ianya telefon pintar (smartphone) pertama saya. Majoriti gambar-gambar yang ada pada artikel blog saya juga diambil menggunakan telefon antik ini.

Blog ini juga ditulis dengan menggunakan telefon antik Lenovo A889. Kadang-kadang kita menukar telefon bukan kerana telah rosak tetapi telah ketinggalan zaman (out of date) dan tidak lagi menyokong aplikasi terbaru yang ada.

Jika tidak mahu ketinggalan zaman, 'gadget' terbaru adalah satu kemestian dan merupakan satu pelaburan yang wajib. Jika tidak, boleh dikatakan semuanya akan terhenti dan perlahan-lahan hilang ditelan zaman.

Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa gadget kini adalah serupa dengan candu/dadah satu ketika dahulu seperti ilustrasi perbezaan 100 tahun pada gambar di atas. Apa kata anda?

Selamat bersosial...