Wednesday, 19 June 2019

YORK aircon remote control repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman baru membaiki alat kawalan jauh (remote control) berjenama YORK untuk kegunaan penghawa dinginnya.
Masalah alat kawalan jauh ini ketika dirujuk kepada saya ialah walaupun bateri telah diganti dengan yang baru namun tiada sebarang indikator pada skrin.
Setelah dibuka dan diperiksa, sebiji 'ceramic resonator' seperti yang telah saya tandakan pada gambar di atas mengalami litar pintas.
Untuk pengetahuan semua, fungsi 'ceramic resonator' ialah untuk menghasilkan frekuensi tertentu dan jika dilihat pada gambar di atas, frekuensi yang digunakan ialah 4MHz.
Setelah 'ceramic resonator' tersebut ditukar dan diuji, kini alat kawalan jauh tersebut kini masih boleh digunakan.
Testing
Tested - ok
Selamat mencuba...

Tuesday, 18 June 2019

SAMSUNG AS09R Series main board repair

Masalah kerosakan papan litar pada penghawa dingin SAMSUNG AS09R series ini pernah saya kongsikan dahulu dan anda boleh membacanya di sini & sini.
Samsung AS09R - main board
Setelah saya periksa kembali papan litar tersebut dan hanya dua komponen sahaja yang didapati rosak iaitu fius 1A & sebiji ic (TNY276PN) seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.
Atas: fius rosak, Bawah: fius baru
Setelah fius & ic ditukar
Setelah komponen yang didapati rosak diatas ditukar dan diuji, kini papan litar tersebut masih boleh digunakan lagi.
Tested - ok
Selamat mencuba...

Monday, 17 June 2019

Baiki 5V AC/DC adapter

Saya pernah baiki adapter/transformer begini sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini dan sini.
Adapter 5V
Saya tidak akan kongsikan masalah serta komponen yang sama mengalami kerosakkan. Kali ini komponen baru yang rosak ialah perintang 3.9 juta ohms putus dan anda boleh melihatnya seperti pada gambar berikut.
Pandangan dalam selepas penutup dibuka...
Selain daripada perintang tersebut yang putus, fius 1.5A juga putus dan sebiji diod mengalami litar pintas. Kesemua komponen yang rosak boleh anda lihat pada gambar berikut.
Komponen yang rosak (Diod, perintang & fius)
Setelah komponen yang rosak diganti serta diuji, gambar berikut menunjukkan voltan ouput iaitu 5.3V dan 4.23A.
Output: 5.3V
Adapter buatan China ini mampu menghasilkan 4.23A walaupun hanya hanya 2A sahaja yang tercatat pada pelekatnya.
4.23A - good adapter
Output 2A sahaja tetapi bila disukat, 4.23A
Selamat mencuba...

Sunday, 16 June 2019

Astro decoder repair (Model: DS830NA)

Semalam saya dirujuk sebuah decoder ASTRO lagi. Bulan lepas saya telah berjaya membaiki sebuah decoder ASTRO dan anda boleh membacanya di sini.

Saya juga pernah membaiki decoder berjenama Philips sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini.

Astro NJOI yang masih menggunakan decoder lama, anda akan mengalami kehilangan siaran bila-bila masa dari sekarang (30/01/2021). Sila rujuk artikel saya di sini untuk keterangan lanjut.

Model: DS830NA
Menurut pemiliknya, lampu merah decoder tersebut berkelip-kelip ketika kali terakhir beroperasi dan tiada video yang terhasil pada TV.
Litar pintas pada kapasitor...
Ketika saya mencuba decoder tersebut ianya langsung tidak dapat dihidupkan dan tanpa sebarang lampu indikator yang menyala. Gambar di atas diambil setelah saya baiki dan percaya atau tidak, hanya sebiji kapasitor 470uF, 10v yang didapati litar pintas.
Ini lah puncanya...
Setelah kapasitor tersebut ditukar dan diuji, kini decoder tersebut boleh dihidupkan semula dan beroperasi seperti biasa.
Tested - ok
Jika anda perlukan perkhidmatan membaiki decoder Astro, anda boleh berhubung dengan saya dengan mengisi 'contact form' pada bahagian atas sebelah kanan blog ini.
Tested - ok
Selamat mencuba...

Saturday, 15 June 2019

WMJ01B_MR5 YORK aircon PCB repair

Hari ini saya telah dirujuk 7 keping PCB untuk penghawa dingin berjenama YORK dengan nombor rujukan WMJ01B_MR5 dan masalahnya ialah kipas tidak berpusing.

WMJ01B_MR5

Pemilik memberitahu saya bahawa dia telah membeli PCB yang baru dan setelah ditukar PCB yang baru, masalah kipas tidak berpusing selesai. Dengan yang demikian masalahnya pasti pada PCB tersebut.

Kapasitor 1.5uF 450V perlu diganti...

Jika kipas tidak berpusing, masalahnya ialah pada kapasitor dan anda boleh melihat kedudukannya pada PCB seperti yang telah saya tandakan pada gambar di atas.

Bacaan kapasitor lama cuma 0.171uF sahaja...

Setelah kapasitor tersebut ditukar dan diuji, masalah kipas yang tidak berputar telah selesai. Anda cuma perlu ganti kapasitor tersebut dengan harga beberapa ringgit sahaja. Jika anda menukar PCB yang baru, anda perlu membelanjakan ratusan ringgit.

Kapasitor baru, 1.5uF, 450V

Selamat mencuba...

Friday, 14 June 2019

DIY Simple 10V Power Supply

Hari ini saya telah berjaya mengubahsuai papan litar yang tidak mempunyai alat ganti lagi iaitu indikator di bahagian luar bilik hotel.
Lampu 'DO NOT DISTURB' tidak menyala...
Kerosakan indikator tersebut ialah lampu 'DO NOT DISTURB' tidak menyala dan setelah diperiksa, transformer kecil berwarna biru seperti pada gambar di bawah didapati rosak.
Transformer rosak...
Oleh kerana tiada alat ganti yang sesuai maka saya terpaksa mencari cara lain untuk membekalkan eletrik kepada lampu LED tersebut.
Buang transformer rosak...
Untuk makluman transformer asal tersebut menurunkan 240vac kepada 16vac dan setelah melalui 'bridge rectifer' ianya diturunkan lagi kepada 9v sahaja dengan menggunakan voltage regulator 7809. Saya cuma membekalkan 10Vdc sahaja kepada voltage regulator tersebut atas sebab cuma 9Vdc sahaja yang diperlukan untuk kegunaan LED.
DIY guna perintang & zener diod sahaja...
Jadi apa yang saya buat ialah menyambungkan 2 biji 20kΩ (1W) perintang dan 2 biji 5v zener diod seperti yang anda boleh lihat pada gambar di atas. Anda juga boleh melihat schematic tersebut pada gambar yang terakhir di bawah.
Tested - ok
Setelah siap dan diuji, lampu 'DO NOT DISTURB' kini boleh menyala dan anda boleh melihatnya seperti pada gambar di atas dan di bawah.
Tested - ok
Schematic untuk tukar AC ke  DC untuk kegunaan LED sahaja... 
Selamat mencuba...

Thursday, 13 June 2019

LG 29FU1RLX-T1 CRT TV repair

Jika anda telah mengikuti blog saya selama ini, saya pasti anda perasan bahawa banyak kerosakan pada TV berjenama LG yang telah saya kongsikan. Mungkin anda tidak perasan bahawa model TV yang saya baiki juga adalah sama, kenapa?
Layar skrin tidak penuh...
Hari ini saya ingin jelaskan bahawa bukan TV berjenama LG tidak baik atau mudah rosak tetapi kesemua TV yang digunakan oleh pemilik adalah berjenama LG.
Layar skrin semakin mengecil dan akhirnya padam terus...
Hari ini saya ada pengalaman baru lagi, juga berkenaan TV LG. Masalahnya ialah bila dihidupkan layar skrin hanya menyala pada bahagian tengah sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di atas. Selepas beberapa saat dihidupkan, layar nya semakin mengecil dan akhirnya padam terus dengan lampu 'standby' sekali tidak menyala.
Power controller ic (STR W6556A) rosak
Masalah sedemikian adalah disebabkan bahagian yang membekalkan eletrik untuk kegunaan TV tersebut bermasalah. Setelah diperiksa pada bahagian PSU (power supply unit), sebiji ic dengan nombor rujukan STR W6556A didapati rosak.
Kena buka kapasitor besar di depan dulu baru dapat keluarkan ic tersebut...
Sebelum mengeluarkan ic tersebut, kapasitor utama dihadapanya harus dikeluarkan dahulu seperti yang anda boleh lihat pada gambar di atas.
STR W6556A
Seperti biasa setelah komponen yang rosak saya ganti, saya akan periksa keseluruhan papan litar untuk memastikan tiada benda lain yang rosak lagi, Jika dilihat pada gambar di bawah, terdapat satu komponen yang telah mengalami 'cold solder joint' dan harus di baiki.
Cold Solder Joint
Cara membaiki 'cold solder joint' ialah dengan mempatri semula bahagian tersebut semula supaya sambungannya pada papan litar tidak bermasalah.
Cold Solder Joint dah di baiki...
Jika dilihat pada gambar di bawah yang telah saya tandakan, kedua-dua terminal pada kapasitor utama kelihatan ada kesan percikan api dan saya pasti ianya bekas akibat daripada membuang cas dengan menggunakan cara litar pintas (biasanya guna pemutar skru dan sentuh kedua-dua terminal tersebut). Jika anda berminat membuat alat untuk membuang cas kapasitor, saya ada kongsikan cara membuatnya di sini.
Ada bekas percikan api akibat litar pintas pada kapasitor utama...
Setelah tiada lagi masalah ditemui, maka saya uji TV tersebut dan kini masalah layar seperti tertera telah diatasi dan TV kembali berfungsi seperti biasa.
Tested - ok
Selamat mencuba...

Wednesday, 12 June 2019

Honeywell ST7800 Burner Control (Relay Modules) repair

Hari ini saya berpeluang mencuba membaiki sesuatu yang baru iaitu relay modules berjenama Honeywell, Model: ST7800.
Jenama: Honeywell, Model: ST7800
Saya diberitahu ianya tidak dapat digunakan dengan indikator berwarna merah di bawah sekali menyala.
Setelah dibuka penutupnya...
Setelah dibuka dan diperiksa hanya sebiji kapasitor sahaja yang di dapati perlu di ganti seperti yang telah saya tandakan pada gambar di bawah.
Hanya sebiji kapasitor sahaja perlu diganti...
Saya juga diberitahu bahawa 'relay modules' ini telah digunakan kira-kira 14 tahun. Ketika membukanya banyak yang pecah berikutan telah rapuh ditelan zaman.
Bacaan pada kapasitor lama cuma 2.39uF sahaja

Kapasitor telah ditukar baru...
Setelah kapasitor tersebut diganti dan diuji, saya rasa seakan-akan tidak percaya bahawa ianya boleh digunakan semula.
Tested - ok
Setelah kira-kira 14 tahun digunakan, cuma perlu ganti sebiji kapasitor sahaja untuk kembali berfungsi. Ini sudah semestinya barangan yang berkualiti...
Tested - ok
Selamat mencuba...