Thursday, 28 August 2025

USB-C PD voltage trigger (HW-398)

Baru-baru ini saya menemui sesuatu yang sangat mesra pengguna dalam talian seperti boleh dilihat pada gambar di bawah dan dilabel HW-398.

HW-398 USB-C power delivery voltage trigger

Peranti ini sebenarnya telah lama wujud namun saya hanya mengetahuinya sewaktu mencari komponen dalam talian.

Ianya boleh disambung kepada USB pengecas telefon bimbit dan boleh menghasilkan voltan output 9v, 12v, 15v dan 20v.

Untuk pengetahuan semua, ianya hanya berfungsi jika disambung pengecas yang ada 'fast charging' sahaja.

Cara untuk mengubah voltan output ialah pindahkan sebiji perintang 0 ke kedudukan voltan yang kita inginkan sahaja seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

Klip video di bawah saya rakam sewaktu mengujinya pada amplifier gitar saya yang berjenama BOSS katana yang memerlukan bekalan 9v.

Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di bawah.

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.