Monday, 2 June 2025

Wang Tidak Dituntut (WTD)

Beberapa tahun yang lalu saya telah menuntut kembali 'unclaimed money' atau wang tidak dituntut (WTD) melalui egumis dan anda boleh rujuk di sini.

Bayaran dividen tidak diterima...

Hari ini saya kongsikan pengalaman tidak baik menuntut wang dividen saham yang tidak diterima untuk tahun 2023.

Saya telah memiliki saham PBB melebihi 20 tahun dan setiap tahun dividen diberikan dua kali iaitu pada bulan Mac serta September. Kadang-kadang ada dividend tambahan dan diberi tiga kali setahun.

Dividen dihantar menggunakan cheque ke alamat tempat tinggal saya tanpa sebarang masalah namun pada tahun 2023, kedua-dua cheque tidak kunjung tiba.

Setelah aduan dibuat, saya disuruh isi borang 'idemnity' serta dikenakan RM20 selain RM10 untuk 'stamping fee' bagi dapatkan cheque yang baru.

Saya tidak berpuas hati sebab selama 20 tahun lepas tidak pernah bayaran hilang namun tiba-tiba tahun 2023 kedua-dua bayaran hilang.

Saya syak mereka sengaja tidak hantar cheque kepada saya dengan tujuan untuk memaksa saya daftar dengan brusa malaysia menggunakan eDividen.

Carian pada egumis - May 2025

Setelah dua tahun berlalu, kini wang dividen tersebut telah menjadi 'unclaimed money' dan berada dalam sistem egumis seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di atas.

Saya akan membuat tuntutan melalui egumis setelah kedua-dua dividen tahun 2023 berada di sistem egumis.

Pandemik CoVid-19 dari tahun 2020 hingga 2022 telah menyaksikan majoriti urusan transaksi kewangan beralih dari tunai kepada tanpa tunai melalui dalam talian (online).

Jadi, saya sangat yakin kedua-dua cheque saya di atas memang tidak dihantar kepada saya untuk memaksa saya beralih kepada eDividen.

Renung-renungkan...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.