Terima sms... |
Sebelum ini saya pernah diberi saringan kesihatan percuma oleh PERKESO beberapa tahun lepas yang merupakan kali pertama diperkenalkan. Saya tidak pasti kenapa tidak mendapat saringan percuma ke-2 (2.0).
Muat turun aplikasi SEHATi... |
Ini merupakan saringan percuma ke-3 (3.0) diberikan oleh PERKESO dan pendaftaran kali ini ialah melalui aplikasi SEHATi. Syarat kelayakkan ialah pencarum PERKESO harus berumur 40 tahun ke atas.
Layak... |
Temujanji harus dilakukan melalui aplikasi SEHATi dan jawab semua soalan serta pilih klinik panel yang berdekatan.
Temujanji |
Walaupun temujanji telah didaftar melalui aplikasi SEHATi, saya harus ke klinik panel berdekatan yang dipilih untuk mengambil sampel darah serta air kencing.
Ambil sampel darah... |
Selain mengambil sampel darah serta air kencing, pihak klinik juga ukur ketinggian, berat badan serta tekanan darah.
Periksa tekanan darah... |
Keputusan diketahui selepas 5 hari sampel darah serta air kencing diambil dan gambar-gambar berikut adalah keputusannya:-
1/4 |
Saya juga ada membuat ujian darah secara berkala setiap dua tahun dan anda boleh rujuk di sini dan sini.
2/4 |
Keputusan yang sering tidak menyebelahi saya selama ini ialah gagal bahagian kolesterol seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
3/4 |
Menurut doktor, keputusan ujian darah saya elok dan tidak perlu risau pada beberapa keputusan yang sedikit tersasar termasuk GFR (CKD-EPI) yang cuma 66ml sahaja serta tersasar jauh dari julatnya iaitu >90ml.
4/4 |
Nasihat doktor kepada saya ialah kekal aktif dengan bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu serta jaga permakanan. Elak makanan proses (process food) dan utamakan makanan segar.
Elak juga minuman beralkohol serta merokok. Doktor juga menasihatkan agar kurangkan pengambilan ubat yang berasaskan herba seperti 'chinese herbs' jika sakit terutamanya melibatkan penyakit buah pinggang.
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.