Thursday, 8 December 2022

OET-12V2AR AC/DC adapter repair

Semalam saya dirujuk sebuah 'digital video recorder' (DVR) berjenama CAMNIX, model: DVR5116CVI-H dengan masalah boleh dihidupkan namun gagal berfungsi.

OET-12V2AR adapter

DVR ini mendapat bekalan 12v dari sebiji adapter berjenama OET, model OET-12V2AR seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

camnix DVR5116CVI-H (DVR)

Pemeriksaan awal mendapati ada voltan output 12v dari adapter namun setelah disambung kepada DVR, voltan outputnya cuma tinggal kira-kira 8.6v sahaja.

Setelah penutup dibuka...

Setelah adapter saya buka dan diperiksa dengan mata kasar, komponen pertama yang ditemui rosak ialah kapasitor output kembung seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

Gantikan kapasitor rosak...

Masalah selesai setelah kapasitor yang kembung telah saya gantikan dengan yang baharu. Gambar di bawah adalah bacaan untuk kapasitor yang rosak. Nilai kapasitan cuma 381.5uf sahaja dan bacaan ESR sangat tinggi iaitu 6Ω.

ESR - 6.0Ω

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.