Semalam saya dirujuk sebuah pre amplifier berjenama Kodio, model: PR-5281 buatan Korea dengan masalah langsung tidak berfungsi setelah dibekalkan arus elektrik.
| Kodio PR-5281 pre amplifier |
Pemeriksaan awal pada kabel bekalan masih elok dan fius pada plug 3-pin (plugtop) juga elok.
| Model: PR-5281 |
Seterusnya saya buka pre amplifier tersebut dan fius pada papan litar juga elok ketika diperiksa.
| Transformer rosak... |
Seterusnya saya periksa transformer yang digunakan dan mendapati gegelung primer tiada keterusan dan perlu diganti.
| 1A, 18v |
Masalah yang saya hadapi ialah tidak mengetahui berapa voltan output transformer tersebut sebab tidak dilabel dan tiada 'schematic' untuk dirujuk.
| PCB |
Saya dapati pre amplifier ini juga boleh menggunakan bekalan input 24vdc seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
| DC 24v |
Saya juga mendapati bahawa bahagian input pada papan litar ada menggunakan sebiji voltage regulator dengan label KIA7818. Ini bermaksud papan litar hanya menggunakan 18vdc sahaja dan bekalan input ialah 24vdc.
| Siap... |
Jadi, saya memilih transformer 18vac sebab voltan 18vac akan menjadi kira-kira 25vdc setelah melalui rectifier dan ianya hampir dengan 24vdc.
Formula untuk mengira voltan AC ke DC setelah melalui rectifier ialah didarabkan dengan 1.4 dan 18vac akan menjadi 25.2vdc (18vac x 1.4) setelah melalui rectifier.
| 18.03vdc pada output KIA7818 |
Pre amplifier ini berjaya diselamatkan dan kembali berfungsi setelah dengan hanya menukarkan transformernya sahaja.
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.