Baru-baru ini saya dirujuk sebuah 'soft starter' berjenama Schneider dengan masalah tidak berfungsi.
![]() |
| Schneider Electric |
'Soft starter' ini buatan Jerman dan saya tidak pasti apa kegunaannya serta cara menggunakannya.
![]() |
| ATS01N232QN |
Gambar di bawah adalah rupa keadaan di dalamnya setelah penutupnya saya buka.
![]() |
| Kapasitor kembung... |
Pemeriksaan awal dengan mata kasar hanya menemui sebiji kapasitor kelihatan kembung dan telah saya labelkan pada gambar di atas.
![]() |
| Kapasitor rosak - 7uF sahaja |
Setelah dibuka dan diperiksa, kapasitor tersebut yang berlabel 100uF, 50v hanya mempunyai bacaan 7uF sahaja.
![]() |
| Kapasitor baharu - 96uF |
'Soft starter' ini berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan setelah kapasitor 100uF, 50v telah saya gantikan dengan yang baharu.
![]() |
| Siap... |
Selamat mencuba...






No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.