Thursday, 17 June 2021

SIGMA Elevator OTIS50E-EE PSU repair

Semalam saya dirujuk sebuah PSU untuk kegunaan lif buatan Korea yang menggunakan bekalan elektrik 110vac seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

OTIS50E-EE

PSU ini menghasilkan output -5vdc, +15vdc & -15vdc. Ianya langsung tidak berfungsi ketika dirujuk kepada saya.

Setelah dibuka...

Setelah dibuka dan diperiksa, saya dapati ada dua pateri pada papan litar retak seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Pateri retak...

Kemungkinan PSU ini pernah jatuh dan setelah terhentak, paterinya retak. Cara untuk membaiki pateri yang retak adalah seperti masalah 'cold solder joint' iaitu dengan membuang pateri lama & pateri semula.

Pateri yang retak telah dibaiki...

Setelah pateri yang retak telah dibaiki dan diuji, PSU ini kembali berfungsi dan apabila diukur voltan output 5vdc, bacaannya tidak stabil seperti boleh dilihat pada klip video di bawah.


Sebelum ini saya pernah baiki PSU seperti ini dan selain voltan tidak stabil, lampu indikator berwarna hijau akan berkelip-kelip dan anda boleh rujuk di sini.

Kapasitor 22uF, 50v rosak....

Perbezaan masalah PSU ini dengan yang lepas ialah lampu indikator berwarna hijau tidak berkelip-kelip.

9.7uF sahaja (sepatutnya 22uF)...

Pemeriksaan menyeluruh pada papan litar hanya menemui sebiji feedback kapasitor 22uF, 50v mempunyai bacaan yang jauh berbeza iaitu 9.7uF sahaja seperti boleh dilihat pada gamabr di atas.

Siap...

Setelah kapasitor tersebut saya gantikan dengan yang baru serta diuji, masalah voltan tidak stabil di atas selesai dan telah berjaya diselamatkan.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.