Saturday, 20 March 2021

Keputusan ujian RT-PCR CoVid-19


Semalam, sewaktu tengahari saya telah menerima notifikasi SMS dari KKM melalui 63839 supaya memeriksa kepututusan ujian makmal CoVid-19 pada pautan yang diberikan.

Negatif CoVid-19

Gambar di atas merupakan keputusan ujian calitan saya pada 17/3/2021 iaitu NEGATIF namun hanya akan dipaparkan untuk tempoh 7 hari dari tarikh sah PCR mulai 19/3/2021.

Saya masih dikurantin dan pengambilan sampel calitan ke-2 pula akan diambil pada 25/3/2021.

CoVid-19 negative...

Dalam masa yang sama, keputusannya juga telah dimasukkan pada aplikasi mysejahtera saya seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di atas.

Saya tidak pasti mana satu tarikh keputusan dikeluarkan sebab aplikasi mysejahtera memaparkan 'confirmation date: 18/3/2021' namun pautan KKM menyatakan tarikh sah PCR pada 19/3/2021.

Apa pun, tahniah kepada diri sendiri sebab walaupun termpat kerja saya berada di zon merah serta berisiko tinggi, saya tidak dijangkiti CoVid-19 atas sebab mematuhi SOP sedia ada seperti penjarakan sosial, kerap membasuh tangan dengan air dan sabun serta penggunaan topeng separuh muka sejak setahun lepas.


Untuk pengetahuan semua saya tidak menggunakan cecair sanitizer yang disediakan oleh mana-mana pihak sebab saya berpendapat sanitizer masih meninggalkan sesuatu pada tangan kita walaupun telah kering. Selain daripada itu ramai yang menyentuh bekas sanitizer dan peluang mendapat jangkitan adalah tinggi berbanding menggunakan air sahaja.

Saya juga tidak akan memembuat imbasan suhu di dahi jika tempat yang saya lawati meninggalkan alat pengimbas suhu kepada pelanggan sendiri untuk DIY sebab ramai yang menyentuhnya dan kebarangkalian tinggi akan dijangkiti penyakit.


Alat imbasan suhu seperti pada gambar di atas lebih selamat serta mesra pelanggan sebab tanpa sentuh.

Saya hanya mulai menggunakan aplikasi mysejahtera pada bulan februari tahun ini. Sebelum itu saya terpaksa mencatat nama serta nombor telefon pada buku rekod masing-masing secara manual di premis yang saya lawati. Saya terpaksa pegang pen yang disediakan dan saya juga bersyukur sebab tidak dijangkiti melalui pen yang telah dipegang oleh orang ramai setiap hari.

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.