Wednesday, 10 February 2021

Mengaktifkan Astro NJOI (S14)

Mulai april 2021, astro tidak dapat diaktifkan melalui sms lagi. Anda harus menghubungi pihak astro melalui whatsapp atau messenger. Sila rujuk di sini untuk keterangan lanjut.

Baru-baru ini saya dapati banyak dekoder astro NJOI yang dihantar kepada saya untuk dibaiki telah lama tidak digunakan dan apabila telah berjaya saya baiki, skrin yang saya dapat adalah seperti pada gambar berikut.

Jika anda dapat skrin seperti di atas, jangan panik sebab sebenarnya pihak astro telah menyahaktifkan kad anda sebab lama tidak menonton siarannya.

Nombor kad astro ada 12 digit seperti boleh dilihat pada gambar di bawah tetapi kenapa pada skrin di atas mengatakan anda telah salah memasukkan kad pintar? Nombor kad pintar yang betul pula dinyatakan pada skrin di atas ada 16 digit, buat tambah pening kepala lagi kan?

Apa yang anda perlu buat untuk memastikan dekoder anda elok ialah keluarkan kad astro dan cari channel radio. Sekiranya ada boleh mendengar siaran radio tanpa kad bermaksud dekoder anda elok.

Masukkan semula kad astro dan tunggu sehingga anda dapat skrin seperti di bawah. Taip 'Astro RCO diikuti nombor kad anda' dan SMS kepada 66688 untuk mengaktifkan astro anda semula.

Pengaktifan adalah serta-merta dan kurang dari seminit anda akan boleh menonton semula. Anda boleh rujuk klip video di bawah untuk keterangan lanjut.


Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.