Tuesday, 22 September 2020

DIY frequency tester-cum-crystal oscillator tester

Baru-baru ini pada 9/9/2020 saya ada membeli satu alat untuk mengukur frekuensi seperti boleh dilihat pada gambar di bawah secara atas talian di Shopee.

DIY frequency tester...

Harganya ialah kira-kira RM30 termasuk kos penghantaran dan ianya dalam bentuk DIY serta harus dipasang sendiri.

DIY kits...

Gambar di atas dan di bawah merupakan keadaan ketika baru sampai dan belum dipasang komponennya pada papan litar.

papan litar...

Kerja memasang amat mudah dan anda hanya perlu ikut maklumat yang diberikan seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

manual...

Kali terakhir saya memasang barangan DIY seperti ini ialah kira-kira 30 tahun yang lepas iaitu ketika masih belajar memasang barangan elektronik secara pos.

Pasang bahagian tengah dahulu...

Cara memasang ialah mulakan dari bahagian tengah dahulu supaya senang dan mudah membuat kerja-kerja mempateri. Selain daripada itu, pasang komponen yang rendah serta kecil terlebih dahulu sebelum memasang komponen yang besar serta tinggi.

Pateri bahagian bawah...

Pastikan komponen yang ada polariti seperti diod atau zener diod tidak dipasang terbalik dan ianya jelas tercatat pada maklumat yang diberikan.

Siap - bahagian atas papan litar...

Gambar di atas dan di bawah menunjukkan kesemua komponen telah siap saya pasang ke papan litarnya. Apa komen anda dengan kerja-kerja memasang serta mempateri setelah 30 tahun telah berlalu? Berapa 'rating' yang anda bagi jika anda adalah guru/cikgu yang memberi markah untuk projek ini?

Siap - bahagian bawah papan litar...

Seterusnya tiba masanya untuk menguji kerja DIY ini dan setelah dibekalkan arus elektrik (5v - 12v), semuanya berfungsi dengan baik. Digit ke-4 menunjukkan '0' seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Testing...

Sebelum ianya boleh digunakan, kita perlu buat pintasan pada A & B seperti yang telah saya tandakan pada gambar di atas. Selepas pintasan dibuat, sambungkan crystal oscillator yang ingin diuji ke X & Y.

Testing - 27mHz

Gambar di atas menunjukkan bacaan yang saya dapat ketika menguji sebiji crystal oscillator dengan frekuensi 27mHz.

Testing - 32.768kHz (no reading)

Namun DIY kits ini tidak mampu mengukur crystal oscillator dengan nilai di bawah 4mHz. Gambar di atas menunjukkan tiada bacaan untuk crystal oscillator untuk 32.768kHz yang digunakan pada jam quartz sebab nilainya di luar julat kemampuan alat pengukur tersebut.

4mHz - 40mHz sahaja...

Gambar di atas menunjukkan julat (4mHz -40mHz) yang mampu diukur oleh DIY kits tersebut. Terasa ditipu oleh penjual sebab iklan mereka mengatakan boleh mengukur serendah 1Hz sehingga 50mHz seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

iklan kata boleh ukur 1Hz hingga 50mHz...

Berjam-jam saya tak guna dan tunggu padam sendiri tetapi tak padam-padam juga. Iklan kata jika tiada perubahan dalam 15 saat ia akan padam sendiri, ini dikira 'cakap tak serupa bikin' la ye...

15 saat boleh padam sendiri?

Klip video di bawah saya ambil setelah siap dipasang dan diuji.

 Inilah cabaran penipuan atas talian yang pengguna harus lalui...

2 comments:

  1. Olá, comprei um frequencimetro desses já ha algum tempo, mas não consegui fazer funcionar. Deve ter vindo com o firmware do PIC corrompido. Sabe me informar onde eu consigo baixar o firmware para ele.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Desculpe senhor, não sei onde baixar o firmware

      Delete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.