All sharing are based on my personal experience. Your comment will be attended within 24 hours. Cheers!
Saturday, 28 March 2020
Magnetron test procedure
Hari ini saya kongsikan cara bagaimana memeriksa dan menentukan magnetron yang digunakan pada ketuhar gelombang mikro (microwave) masih elok atau sebaliknya.
Magnetron
Gambar di bawah menunjukkan kerosakkan pada magnetron yang boleh dilihat dengan mata kasar iaitu 'magnetron cap' telah rosak.
Kerosakkan pada 'magnetron cap'...
'Magnetron cap' yang rosak boleh diganti hanya dengan menukarkan 'magnetron cap' yang baru sahaja.
Keluarkan 'magnetron cap' yang rosak...
Gantikan 'magnetron cap' yang baru...
Selain daripada 'magnetron cap' yang rosak, magnet yang pecah juga merupakan salah satu punca kerosakkkan magnetron dan ianya boleh dibaiki jika anda mampu membukanya dan tukar magnet yang pecah dengan yang baru.
Magnet pecah...
Jika tiada kerosakkan yang boleh dlihat dengan mata kasar, berikut merupakan cara memeriksa magnetron dengan menggunakan multimeter analog atau multimeter digital:-
1. Multimeter analog
Bacaan kedua-dua terminal harus di bawah 1Ω
Laraskan multimeter kepada rintangan paling rendah (x1) dan bacaan di antara terminalnya mesti di bawah 1Ω.
Tiada bacaan di antara terminal dengan casis (ground)
Laraskan multimeter kepada rintangan paling tinggi (x10K) dan tiada bacaan langsung di antara terminal dengan chaasis (ground). Jika ada bacaan pada multimeter, magnetron rosak dan harus diganti.
2. Multimeter digital
Bacaan kedua-dua terminal harus di bawah 1Ω
Laraskan multimeter kepada bahagian rintangan dan bacaan di antara terminalnya mesti di bawah 1Ω.
Tiada bacaan di antara terminal dengan chassis (ground)
Laraskan multimeter kepada bahagian rintangan dan tiada
bacaan langsung di antara terminal dengan chassis (ground). Jika ada baccan pada multimeter, magnetron rosak dan
harus diganti.
Magnetron rosak - litar pintas di antara terminal dan casis (ground)
Gambar di atas dan di bawah menunjukkan contoh magnetron yang rosak bila diperiksa dengan menggunakan multimeter analog (atas) atau digital (bawah).
Magnetron rosak - litar pintas di antara terminal dan chassis (ground)
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.