Tuesday, 10 March 2020

Kimi 2500C paper shredder repair

Sebelum ini saya pernah membaiki mesin pengisar kertas (shredder) dan anda boleh membacanya di sini.
Model: 2500C
Pagi ini saya dirujuk sebuah mesin pengisar kertas berjenama Kimi, Model: 2500c dengan masalah kadang-kadang buzzernya berbunyi dan lampu merah berkelip-kelip menyatakan kertas telah penuh.
Jenama: Kimi
Apabila diperiksa bekas penyimpan kertas yang telah dikisar pada bahagian bawahnya, ianya masih belum penuh dan tidak dapat digunakan lagi ketika lampu merah tersebut menyala.
Lampu merah menyala dan berkelip-klip...
Jika mesin pengisar anda mengalami masalah sedemikian, ianya bukan rosak tetapi sensor tidak berfungsi dengan sempurna dan anda perlu membersihkan semua bahagian yang melibatkan sensor.
Sensor...
Setelah sensornya saya bersihkan dan diuji, lampu indikator berwarna merah kadang-kadang masih lagi menyala dan seterusnya saya bersihkan pula bahagian di hadapan sensor seperti yang telah saya tandakan pada gambar di bawah.
Berdebu dan harus dibersihkan...
Bahagian yang saya tandakan pada gambar di atas telah dibersihkan dan untuk pengetahuan semua, sebelum dibersihkan ianya dilitupi dengan satu lapisan habuk kertas yang berwarna putih dan menyebabkan sensornya tersalah tafsir.

Masalah lampu indikator merah menyala selesai setelah bahagian yang saya tandakan pada gambar di atas dibersihkan dan diuji semula.
Tested - ok
Selamat mencuba...

2 comments:

  1. Encik. Utk model 2500c ni memang xde self cooling ke? Baru shredding 5minit dia dah panas pastu terus stop..ke memang kena set timer.. On 5minit off 10minit sampai mesin sejuk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf tuan/puan, saya tak ingat lagi. Biasanya jika ada masalah 'overheating' sebab ada kertas yang tersangkut pada pengisar dan menyebabkan motor bergerak perlahan. Apa yang saya buat ialah buka dan bersihkannya sahaja. Semoga membantu.

      Delete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.