Sunday, 7 July 2019

LG 32LG80UR-TA LCD TV repair

Semalam saya dirujuk sebuah TV LCD berjenama LG, Model: 32LG80UR-TA dengan masalah kadang-kadang susah dihidupkan.
Jenama: LG
Pemilik memberitahu saya bahawa masalahnya cuma ketika ingin menghidupkan TV tersebut sahaja samada menggunakan alat kawalan jauh mahupun menekan butang 'power' pada TV.
Model: 32LG80UR-TA
Setelah dibuka penutup belakang TV tersebut, apa yang kelihatan di dalamnya ialah seperti pada gambar di bawah.

TV ini juga dilengkapi dengan 'home theater surround system' 3.1 channel.

Setelah penutup belakang dibuka...
Setelah diperiksa 'power board', tiada komponen yang didapati rosak namum akhirnya saya menemui 'cold solder joint' pada sebiji kapasitor 10uF, 50v dan anda boleh melihatnya pada gambar di bawah.
Cold Solder Joint...
Sebenarnya banyak 'cold solder joint' yang ada pada 'power board' tersebut namun gambar yang di ambil tidak jelas dan cuma gambar di atas sahaja yang jelas kelihatan. Dipendekkan cerita, saya telah mempatri kesemua 'cold solder joint' yang kelihatan pada papan litar tersebut
Output Power Supply - 5.2V, 12V, 20V & 24V.
Seterusnya saya juga menyemak output pada power board tersebut dan kesemuanya di dapati normal.
24V
Setelah kesemua pemeriksaan di atas selesai dan diuji, masalah susah dihidupkan TV tersebut lenyap ketika saya mencubanya selama beberapa jam.

Untuk makluman anda, 'cold solder joint' adalah akibat daripada haba yang terhasil daripada TV setelah sekian lama digunakan.

Jadi nasihat saya dari dulu, kini dan selamanya ialah, padamkan suis utama jika peralatan eletronik anda tidak digunakan. Jangan dibiarkan peralatan eletronik anda dalam keadaan 'standby' sepanjang masa ketika tidak digunakan.
Tested - ok
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.