Friday, 10 August 2018

Star Trac treadmill repair

Semalam saya telah dipanggil dan berpeluang untuk membaiki sebuah treadmill berjenama Star Trac. Saya cuma diberitahu bahawa ianya langsung tidak dapat berfungsi termasuk panel utama tiada indikator langsung.
Treadmill berjenama STAR TRAC
Masalah sebegini biasanya saya akan periksa kabel yang membekalkan eletrik ke treadmill dan semuanya dalam keadaan baik dan fius pada plug juga tidak putus.
Normal dan tiada litar pintas...
Apabila saya memeriksa terminal L (life) & N (Neutral) pada plug, ianya juga menunjukkan tiada litar pintas seperti pada gambar di atas.
Setelah dibuka penutup bahagian hadapan treadmill..
Seterusnya saya terpaksa buka dan periksa bahagian dalaman dan apa yang saya dapati ialah fius 2A telah putus & berwarna hitam seperti pada gambar dibawah yang berlabel 'A'. Sekiranya fius putus dan berwarna hitam ianya bermaksud terdapat litar pintas. Jika wujudnya litar pintas, fius akan putus lagi jika kita hanya dengan menukar fius sahaja. Kita harus mencari punca yang mengakibatkan litar pintas tersebut.

Litar pintas pada papan litar biasanya akibat daripada kerosakan pada 'bridge rectifier', transistor, diod atau kadang-kadang kapasitor yang rosak juga boleh mengakibatkan litar pintas.
A = 2A fius, B = Bridge rectifier
Setelah pemeriksaan menyeluruh dibuat pada papan litar tersebut, litar pintas tersebut adalah akibat daripada kerosakan pada 'bridge rectifier' iaitu bertanda 'B' pada gambar di atas.
Akhirnya - lampu papan litar menyala...
Setelah kedua-dua (fius & 'bridge rectifier') tersebut di ganti dan diuji, lampu led pada papan litar telah menyala seperti yang boleh dilihat pada gambar di atas. Begitu juga dengan panel utama treadmill tersebut juga menunjukkan indikator yang sepatutnya seperti pada gambar di bawah.
Panel utama juga berfungsi...
Namun Treadmill tersebut akan berhenti setelah kira-kira seminit dihidupkan. Saya juga keliru kenapa ianya berlaku & setelah merujuk kepada buku panduannya barulah saya tahu bahawa ianya merupakan ciri-ciri keselamatan yang ada pada treadmill tersebut.

Untuk pengetahuan semua, treadmill tersebut tidak akan berfungsi dengan sepenuhnya jika penutup bahagian hadapannya tidak ditutup. Setelah ditutup baru lah treadmill tersebut akan berfungsi sepenuhnya.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.