Saturday, 31 August 2024

Tears In Heaven - Eric Clapton

[Intro]
A E F#m
D A  E

[Verse]

A          E       F#m
Would you know my name, 
D     A             E
if I saw you in heaven? 
A        E      F#m
Will it be the same, 
D     A             E
if I saw you in heaven?
[Chorus]

F#m         C#m    Em          F#  F#7
I must be strong, and carry on 
F#        Bm             E  E7
Cause I know I don't belong, 
E        A
here in heaven 

A E F#m  D A  E

[Verse]

A          E       F#m
Would you hold my hand, 
D     A             E
if I saw you in heaven? 
A          E       F#m
Would you help me stand, 
D     A             E
if I saw you in heaven? 

[Chorus]

F#m            C#m  Em                  F# 
I'll find my way,  through night and 
F#7
day 
F#        Bm                E  E7
Cause I know I just can't stay, 
E        A
here in heaven 

A E F#m  D A  E

C         G         Am
Time can bring you down, 
         D         G     G D Em D G
time can bend your knee 
C         G          Am
Time can break your heart, 
         D       G     D
have you begging please 
        E
Begging please 

A E F#m  D A E 2x

[Chorus]

F#m          C#m   Em
Beyond the door, 
                  F#
there's peace I'm sure. 
F#7     Bm                  E   E7
And I know there'll be no more, 
E         A
tears in heaven 

A E F#m  D A  E

[Verse]

A          E       F#m
Would you know my name, 
D     A             E
if I saw you in heaven? 
A        E      F#m
Will it be the same, 
D     A             E
if I saw you in heaven? 

[Chorus]

F#m         C#m    Em          F#  F#7
I must be strong, and carry on 
F#        Bm             E7
Cause I know I don't belong, 
E        A
here in heaven.

[Outro]

F#        Bm             E7
Cause I know I don't belong, 
E        A
here in heaven 

A E F#m  D  A

Wednesday, 28 August 2024

TRIO Xdition TFS-28 food steamer

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah 'food steamer' berjenama TRIO Xdition, model TFS-28 dan diberitahu lampu indikator padam dan menyala secara berkala setelah kira-kira 20 minit digunakan.

TRIO xdition food steamer

Ketika saya mengujinya, lampu indikator langsung tidak menyala dan tiada keterusan bila diperiksa menggunakan multimeter walaupun timer telah dihidupkan.

Model: TFS-28

Fius pada plug 3-pin masih elok dan seterusnya saya buka penutup bahagian bawah 'food steamer' tersebut seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Setelah penutup bawah dibuka...

'Food steamer' ini dilengkapi dua biji 'thermal fuse' seperti telah saya labelkan pada gambar di atas. Pemeriksaan menggunakan multimeter mendapati 'thermal fuse' sebelah kiri putus.

Gantikan thermal fuse baru...

Rating 'thermal fuse' yang digunakan ialah 10A, 142°C seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

142°C, 10A

Masalah selesai dan 'food steamer' ini kembali berfungsi semula setelah saya gantikan 'thermal fuse' yang baru.

Selamat berDIY...

Sunday, 25 August 2024

DMT880 Astro decoder repair

Hari ini saya dirujuk dua buah dekoder astro model DMT880 dengan masalah sama iaitu boleh dihidupkan namun tiada siaran.

Model No: DMT880

Klip video di bawah saya rakam sewaktu mengujinya dan indikator menyala namun 'no signal' terpapar pada skrin TV serta menghasilkan bunyi seperti siren berterusan.

Pemeriksaan awal mendapati tiada bacaan untuk 5v seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

5v tiada...

5v dibekalkan oleh sebiji ic yang berlabel UP525 pada papan litar dan nombor rujukan ic tersebut ialah TH8263 seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

UP525 rosak

Masalah yang saya hadapi ialah tiada bekalan ic tersebut dan carian di atas talian juga tidak menemui 'datasheet' untuk ic tersebut.

Gantikan UP525...

Jadi saya ambil ic elok dari dekoder lama yang tidak berjaya dibaiki. Walaupun tulisan label sedikit berbeza namun ianya komponen yang sama seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

TH8263 telah diganti...

Masalah tiada 5v selesai setelah ic UP525 telah diganti dan dekoder berjaya diselamatkan serta kembali berfungsi semula.

Ada dah 5v...

Selamat berDIY...

Thursday, 22 August 2024

S38 mini radio repair

Saya pernah dirujuk radio seperti ini sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

Sekali pandang, rekabentuknya serupa dengan yang pernah dirujuk sebelum ini namun labelnya berlainan.

Model mini radio kali ini ialah S38 dan menggunakan sebiji bateri lithium seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Gambar di bawah adalah keadaan dalaman radio setelah dibuka dan tiada kerosakkan boleh dilihat dengan mata kasar.

Pemeriksaan seterusnya menggunakan multimeter mendapati suisnya gagal berfungsi bila dilaras.

Masalah yang saya hadapi ialah tiada suis baru dalam tangan dan ianya tiada dijual di pasaran tempatan.

Sebagai percubaan, saya buka suis tersebut dari papan litar untuk diselengara.

Saya buka dan bersihkannya menggunakan 'contact cleaner' dan setelah berpuas hati dan diujibboleh berfungsi semula, saya pasang kembali ke papan litar.

Masalah selesai dan mini radio ini kembali berfungsi semula.


 Selamat berDIY...

Monday, 19 August 2024

CASIO VL-1 mini keyboard repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman dirujuk sebuah keyboard mini berjenama CASIO, model VL-1 yang dikeluarkan pada tahun 1979.

CASIO VL-1

Menurut pemilik, masalahnya ialah tiada adapter/transformer untuk bekalan elektrik dan tidak tahu rating adapter/transformer yang diperlukan.

Made in Japan

Dari label di atas, rating bekalan elektrik ialah 6v dengan kuasa 0.6w atau memerlukan arus elektrik 0.1A sahaja. Nombor rujukan adapter yang diperlukan ialah AD-4160.

satu spring hilang...

Selain menggunakan adapter/transformer 6v, ianya juga boleh mendapatkan bekalan elektrik dari 4 biji bateri jenis AA. Setelah penutup bateri dibuka, saya dapati salah satu spring telah hancur seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Setelah dibuka...

Masalah spring bateri yang hancur adalah disebabkan bateri telah bocor dan cecair bateri telah menghakis logam spring tersebut.

Keluarkan papan litar...

Apa yang perlu dilakukan ialah cari spring yang serupa dan pasang kepada papan litar seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Pasang spring baru...

Keyboard mini ini berjaya diselamatkan dan kembali berfungsi semula setelah spring yang hancur telah saya gantikan.

siap...

Klip video di bawah saya rakam sewaktu menguji keyboard mini tersebut.

Selamat berDIY...

Friday, 16 August 2024

Pure Sine Wave vs Modified Sine Wave

Sebelum ini saya telah kongsikan sebuah sistem mini solar dan anda boleh rujuk di sini.

Sistem solar memerlukan inverter untuk menukar arus terus (DC) dari bateri jepada arus ulang alik (AC) untuk kegunaan peralatan elektrik yang memerlukannya.

Secara am, inverter terbahagi kepada dua jenis iaitu:-

  1. Pure Sine Wave (PSW)
  2. Modified Sine Wave (MSW)

Cara mudah untuk mengenalpasti perbezaan kedua-dua jenis inverter boleh ditonton pada klip video di atas.

Hanya multimeter jenis TRMS sahaja mampu memberikan bacaan tepat output inverter jenis 'modified sine wave'.

Tuesday, 13 August 2024

Masalah dekoder astro padam sendiri

Hari ini saya kongsikan satu masalah mudah pada dekoder astro model DS830NA yang sering dirujuk kepada saya untuk dibaiki.

Dekoder ini boleh berfungsi seperti biasa namun setelah beberapa ketika ia akan padam sendiri. Dekoder akan kembali berfungsi semula setelah dengan hanya putuskan bekalan elektrik kira-kira seminit dan bekalkan semula arus elektrik.

Bacaan 1.2v rendah...

Kadang-kadang ianya masih gagal berfungsi walaupun bekalan telah diputuskan beberapa minit. Pemeriksaan awal pada papan litar mendapati bekalan 1.2v tidak mencukupi seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Gantikan C2910 (470uf, 10v)

1.2v dibekalkan dari kapasitor berlabel C2910 (470uf, 10v) dan setelah diganti, dekoder kembali berfungsi semula namun masalah masih berulang.

Pelekat heatsink tanggal...

Pemeriksaan seterusnya mendapati heatsink pada processor longgar dan setelah dibuka saya dapati pelekat di bawahnya tanggal seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Lumurkan 'thermal paste' pada permukaan processor...

Jika sentuhan heatsink kepada komponen longgar, prosses membuang haba tidak baik dan boleh menyebabkan panas melampau (overheating).

Masalah sebegini boleh ditangani dengan melumurkan 'thermal paste' kepada permukaan yang bersentuhan.

Tested - ok

Masalah dekoder ini selesai setelah dengan hanya melumurkan 'thermal paste' pada permukaan yang bersentuhan dengan processor sahaja. Saya juga guna kembali kapasitor asal yang ditukar sebelumnya.

Selamat berDIY...

Saturday, 10 August 2024

Mosquito swatter repair

Beberapa minggu lepas saya telah dirujuk sebuah raket elektrik untuk membunuh serangga seperti nyamuk dan lalat.

Mosquito swatter...

Pemilik memberitahu saya masalahnya ialah cas bateri cepat habis walaupun baru sahaja penuh dicas.

Gantikan bateri baru...

Bateri yang digunakan ialah jenis 'lead acid battery' dan masalah selesai setelah saya gantikan dengan menggunakan bateri lithium.

Untuk makluman semua, voltan pada label bateri lithium ialah 3.7v dan jika baru penuh dicas voltannya ialah 4.2v.

Bateri asal - 3.19v sahaja...

Cara-cara mengenalpasti bateri yang rosak pernah saya kongsikan sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini, sini dan sini.

Selamat berDIY...