Tuesday, 3 October 2023

View Mobile Version - blogspot

Dewasa ini boleh dikatakan majoriti orang ramai menggunakan telefon bimbit untuk melayari internet dan penggunaan komputer/desktop semakin berkurangan dari sehari ke sehari.

View mobile version

Baru-baru ini saya dapati blog saya tidak mesra pengguna/pengunjung yang menggunakan telefon pintar dan memerlukan masa yang lama untuk memaparkan keseluruhan artikel.

View web version

Ini adalah disebabkan ianya masih lagi menggunakan versi laman web atau 'web version'.

Kini ada versi paparan yang mesra telefon bimbit dan ianya boleh diaktifkan dengan mudah pada laman blog masing-masing.

Langkah-langkah menukar tetapan kepada 'mobile version' boleh dilihat pada gambar-gambar berikut:-

1. Login dan klik 'menu'...

Perbezaan ketara setelah tetapan ditukar ke 'mobile version' ialah ringkas, cepat, mesra pengguna/pengunjung serta mudah dibaca tanpa perlu mengubah saiz tulisan.

2. Pilih 'theme'...

Banyak kemudahan yang ada pada 'web version' pula tiada pada 'mobile version' seperti ruangan carian (search this blog), 'contact form', terjemahan (translate), label serta senarai 'popular post'.

3. Klik 'customize'...

Walaupun tetapan telah saya tukar ke 'mobile version', pengunjung masih boleh menukarkannya kembali ke 'web version' dengan klik perkataan 'View web version' di bahagian bawah blog seperti telah saya labelkan pada gambar pertama dan ke-2 di atas.

4. Pilih 'mobile settings'...

Tetapan ke 'mobile version' telah saya lakukan pada 01/10/2023 dan sila maklumkan kepada saya jika anda menghadapi sebarang masalah ketika melayari blog saya dengan meninggalkan komen di bawah.

5. Pilih 'mobile' dan 'save'...

Happy blogging...

Sunday, 1 October 2023

Harga beras import naik mendadak?

Awal bulan lepas saya telah membeli sekampit beras import 10kg Super Vietnam dengan harga RM27.90 seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Umum tahu baru-baru ini harga beras import kini mengalami kenaikkan mendadak berikutan India telah menghentikan export berasnya mulai julai tahun ini.

Semalam saya telah mengunjungi pasaraya untuk mengetahui harga terkini beras namun tidak menemui beras dengan bungkusan sama seperti yang dibeli awal bulan lepas untuk dibuat perbandingan.

Gambar di atas ialah harga terkini beras import yang sempat saya rakam dan sememangnya telah naik mendadak atau sangat mahal berbanding beras tempatan.

India menyumbang hampir 40% beras pasaran global dan kesannya amat besar jika gagal terus menyumbang dengan menghentikan eksport berasnya.

Negara kita juga tidak kurang dengan pelbagai jenis beras yang bermutu malah ada jelapang padi sendiri namun kenapa masih perlu mengimport beras? Adakah hasil keluaran beras tempatan masih tidak mencukupi untuk kegunaan rakyat sendiri?

Saya berpendapat senario kekurangan bekalan beras kali ini serupa dengan kekurangan bekalan telur tidak lama dahulu yang berakhir dengan harga telur kini mencecah RM20 sepapan berbanding sebelumnya cuma kira-kira RM12 sepapan. Ceritanya pernah saya kongsikan di sini dan negara kita juga mengimport telur dari India untuk menampung kekurangan bekalan telur di pasaran ketika itu.

Begitu juga halnya dengan harga minyak masak serta bawang yang juga melambung awal tahun ini juga berikutan kekurangan bekalan di pasaran tempatan.

Jika harga bawang mahal boleh diterima sebab negara kita tidak menanam bawang sendiri namun kenaikan harga minyak masak tidak dapat diterima sebab negara kita adalah pengeluar malah penyumbang global.

As at 29/09/2023

Kadar pertukaran matawang kita kini telah merosat sehingga mencecah 4.70 berbanding dollar amerika dan merupakan penyumbang utama kenaikan harga yang melibatkan barangan import.

Apa agaknya keperluan asas lain yang bakal mengalami senario sama selepas ini? Mungkinkah gula, tepung gandun atau tarif air/elektrik serta petrol/diesel? Yang pasti harga barangan yang telah melambung tidak akan kembali/turun ke harga asal lagi.

Jangan lupa satu hari kelak kita akan bersara dan adakah wang simpanan termasuk KWSP mencukupi untuk menempuhi hari-hari persaraan?

Fikir-fikirkan...

Friday, 29 September 2023

Water air purifier/revitalizer

Semalam saya dirujuk sebuah 'air revitalizer' yang tidak diketahui jenama serta model sebab pemilik hanya menghantar sebahagian sahaja (tidak lengkap) minta untuk dibaiki.

Air purifier/revitalizer

Pemilik hanya memberitahu saya ianya gagal berfungsi sahaja apabila dibekalkan arus elektrik.

Buka skru bahagian bawah...

Sewaktu saya mengujinya, saya dapati motor hanya bergegar sahaja tetapi tidak berpusing.

Setelah penutup dibuka...

Setelah dibuka serta diperiksa, saya dapati motor gagal berpusing sebab bahagian 'copper bush' tidak bebas berpusing.

Bubuh gris pada motor...

Saya bersihkan 'copper bush' dan bubuh sedikit gris pada bahagian pengandar serta bahagian dalam 'copper bush'.

Siap...

Masalah motor gagal berpusing selesai setelah diminyakkan namun masalah seterusnya ialah gagal menyedut air.

Lubang air sumbat...

Pemeriksaan pada penutup saluran yang menyedut air didapati sumbat dan masalah selesai setelah lubang tersebut telah dibersihkan.

Siap...

Selamat mencuba...

Wednesday, 27 September 2023

Amanah Saham Malaysia 3 (ASM 3)

Asal usul ASM 3 ialah Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) yang telah dijenamakan semula pada 15/10/2018. AS1M diperkenalkan sewaktu Dato Seri Najib Razak menjadi perdana menteri Malaysia ke-6.

Buku pelaburan ASM & ASW

Begitu juga ASM 2, asal usulnya ialah Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW2020) yang dilancarkan pada 28/8/1996 oleh perdana menteri ke-4, Tun Dr Mahathir Mohamad dan juga telah dijenamakan semula pada pada 15/10/2018.

Gagal...

Selama ini saya tidak pernah melabur dalam AS1M walaupun telah dijenamakan kepada ASM 3 namun beberapa hari lepas hati saya terbuka untuk mencuba. Masalah utama pelaburan di bawah seliaan ASN untuk golongan bukan bumiputera ialah kehabisan kuota.

Berjaya...

Setelah mencuba seharian, akhirnya saya berjaya melabur sebanyak RM100.00 sahaja seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di atas dan di bawah.

100 unit sahaja...

Saya juga mencuba untuk membuat pelaburan tambahan beberapa hari berikutnya namun tidak berjaya dengan mesej kehabisan kuota seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di bawah.

Habis kuota...

Percubaan membuat pelaburan tambahan pada 27/09/2023 berakhir dengan mesej seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di bawah.

Mesej 'dana tidak tersedia untuk transaksi' di atas muncul adalah disebabkan urusniaga telah digantung bagi memberi laluan proses mengira serta pemberian dividen pada hujung bulan ini (30/09/2023).

27/09/2023

ASM & ASM 2 telah mengumumkan dividen sebanyak 4.50% tahun ini dan saya menjangkakan ASM 3 juga bakal mendapat kadar dividen yang sama.

Gambar tangkap layar di atas ialah penyata akaun bank saya setelah berjaya membuat pelaburan pada 25/09/2023. Pihak ASN telah memasukkan sebanyak satu sen (MYR0.01) ke dalam akaun bank saya pada hari berikutnya (26/09/2023). Mungkinkah ianya dividen yang saya dapat setelah membuat pelaburan sebanyak RM100.00 untuk sehari?

Masih dalam proses pengesahan...

Dalam masa yang sama saya telah mengemaskini data akaun bank pada aplikasi myASNB namun masih dalam proses pengesahan seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di atas.

Masih menunggu kelulusan...

Bagaimana transaksi satu sen ke akaun bank saya berjaya dilakukan jika belum mendapat pengesahan serta kelulusan?

Fikir-fikirkan...

Sunday, 24 September 2023

FLUKE 789 ProcessMeter repair

Minggu lepas saya dirujuk sebuah multimeter berjenama FLUKE, model 789 dengan masalah gagal berfungsi.

FLUKE 789 ProcessMeter

Menurut pemilik, bateri asal di dalamnya telah bocor namun masih gagal berfungsi walaupun telah diganti dengan bateri yang baru. Multimeter ini menggunakan 4 biji bateri jenis AA.

Setelah penutup bateri dibuka...

Pemeriksaan awal mendapati penyambung bateri tidak bersentuh setelah bateri dipasang dan ianya telah patah sewaktu saya keluarkan seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Keluarkan sambungan bateri yang patah...

Penyambung tersebut patah sebab telah terhakis akibat cecair bateri yang bocor dan teroksida dengan warna hijau melekat padanya.

Pateri sambungan yang patah...

Sebagai percubaan, saya telah bersihkannya dengan menggunakan kertas pasir dan pateri sambungan yang patah seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Siap...

Masalah selesai dan multimeter kembali berfungsi semula setelah diuji seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Testing ..

Untuk makluman semua, masalah kebocoran bateri ini sering berlaku pada bateri jenis alkali (alkaline battery). Keluarkan bateri jika ditinggalkan lama tidak digunakan.

Selamat berDIY...

Thursday, 21 September 2023

Baiki Dekoder Astro DS830NA - no signal

Banyak dekoder astro model DS830NA telah saya baiki dan kongsikan sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

No signal...

Masalah dekoder yang dirujuk kali ini sedikit berbeza dengan yang pernah saya baiki sebelum ini iaitu boleh dhidupkan namun tiada isyarat (no signal) terpapar pada layar TV seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Kapasitor C5750 (220uf, 25v) rosak...

Pemeriksaan pada bahagian penerima isyarat mendapati sewaktu dihidupkan, voltannya 12v dan berubah kepada 14v namun tiada 19v muncul selepas itu. Bacaan voltan seharusnya seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Pemeriksaan seterusnya pada papan litar hanya menemui sebiji kapasitor berlabel C5750 (220uf, 25v) rosak. Setelah C5750 diganti dan diuji, masalah masih tetap sama.

Kapasitor yang telah ditukar...

Seterusnya saya terpaksa menggunakan kaedah cuba jaya (trial and error) dengan menukarkan satu per satu kapasitor yang ada sehingga kapasitor berlabel C2931 (470uf, 10v) ditukar dan masalah selesai.

Akaun tidak aktif...

Walaupun kapasitor berlabel C2931 masih elok termasuk bacaan ESR juga normal seperti boleh dilihat pada gambar di bawah namun ianya adalah punca dekoder gagal berfungsi (no signal) di atas.

C2931 yang ditukar...

Kadang-kadang kaedah 'trial and error' sangat membantu namun memerlukan masa yang lama untuk mencuba satu per satu.

Selamat berDIY...

Monday, 18 September 2023

Milwaukee M12 battery repair

Sebelum ini saya pernah kongsikan pengalaman dirujuk bateri Milwaukee M18 untuk dibaiki dan anda boleh rujuk di sini.

Hari ini saya kongsikan pula pengalaman dirujuk bateri Milwaukee M12 dengan masalah:-

  1. Kadang-kadang tidak dapat dicas
  2. Cas cepat penuh bila dicas
  3. Cas cepat habis bila digunakan

3.521v
Bedasarkan pengalaman lepas, masalah sedemikian adalah disebabkan voltan pada sel bateri tidak seimbang. Bateri ini mempunyai 6 biji bateri lithium yang disambung selari serta bersiri.

Cas secara manual...

Bacaan voltan yang saya dapat ketika diukur dengan menggunakan multimeter pada bateri yang disambung selari ialah 2.9v, 3.5v, 2.9v.

Proses mengecas...

Apa yang saya lakukan supaya kesemua cas baterinya seimbang ialah dengan melakukan pengecasan secara individu pada bateri yang bacaan voltannya 2.9v sehingga 3.5v.

Penuh dicas...

Setelah voltan ketiga-tiga sel seimbang pada 3.5v, saya cas bateri tersebut dengan menggunakan pengecasnya sehingga penuh.

Klip video di atas adalah bacaan kesemua sel yang telah penuh dicas dan kesemuanya seimbang pada 4.11v.

Bateri ini juga telah berjaya diselamatkan serta kembali berfungsi tanpa masalah seperti sebelumnya.

Selamat mencuba...

Saturday, 16 September 2023

Shopee return/refund

Baru-baru ini saya telah dirujuk sebuah microwave berjenama Panasonic dengan masalah kerosakkan magnetron. Saya telah membeli magnetron melalui Shopee dengan nombor rujukan yang sama iaitu 2M236-M1.

Sewaktu menerima magnetron yang telah dibeli dan diuji, ianya juga gagal berfungsi seperti boleh ditonton pada klip video di atas iaitu 'cut-off' setelah 23 saat dihidupkan.

Klik 'Return/Refund' pada aplikasi shopee...

Untuk kepastian ianya masalah magnetron, saya telah uji microwave tersebut dengan menggunakan magnetron elok namun kurang/lambat panas yang masih disimpan suatu ketika dahulu serta pernah dikongsikan di sini.

Bungkus & hantar ke pusat kurier...

Setelah berpuas hati, saya menghubungi penjual dan bersetuju untuk 'return/refund'. Proses 'return/refund' kini telah dinaiktaraf serta lebih mesra pelanggan.

Selepas diterima oleh pejabat kurier...

Saya cuma perlu klik 'return/refund' melalui aplikasi shopee, isi tempat kosong yang ada/ditanya & hantar ke pejabat kurier yang berdekatan sahaja.

Setibanya di pejabat kurier, saya cuma perlu tunjukkan 'bar code' pada aplikasi shopee untuk diimbas.

Status...

Proses 'refund' hanya selesai setelah barang yang dipulangkan telah diterima oleh penjual.

Approved...

Kini pihak shopee tidak lagi menahan wang kita di shopeepay dan dipulangkan pada hari berikutnya.

E-mail...

Walaupun kita tidak perlu menanggung kos memulangkan barangan kepada penjual namun kita juga tidak mendapat kembali kos penghantaran sewaktu membeli.

Inilah kerugian yang tidak dapat dielakkan jika melibatkan barang yang rosak dihantar kepada kita.