Semalam saya dirujuk sebuah mesin basuh berjenama LG, Model: WF-F63PC dengan masalah ianya tidak dapat dihidupkan walaupun arus elektrik telah dibekalkan.
Jenama: LG
Seperti biasa saya akan periksa 'continuity' dari plug 3-pin sehingga ke papan litar dan semuanya berkeadaan baik termasuk fiusnya.
Model: WF-F63PC
Seterusnya saya buka papan litar dan mendapati sebiji kapasitor 2200uF, 25v didapati kembung dan biasanya papan litar mesin basuh akan disalut dengan silikon dan susah untuk membuka serta memeriksanya.
Papan litar utama
Apa yang saya lakukan ialah cabut kapasitor lama dan sambungkan dengan kapasitor yang baru. Gambar di bawah menunjukkan kapasitor tersebut telah saya tukar.
Kapasitor telah ditukar...
Setelah berpuas hati dan dibekalkan arus elektrik, mesin basuh tersebut kini boleh dihidupkan semula.
Cerek elektrik kini amat popular dan kebanyakkan diperbuat daripada plastik. Hari ini saya dirujuk sebuah cerek elektrik berjenama DEKKA, Model: JK-170 dengan masalah bocor bila diisi air.
Jenama: DEKKA
Kebocoran air pada cerek elektrik amat lah merbahaya disebabkan air adalah pengalir elektrik yang baik dan selain boleh menyebabkan renjatan elektrik kepada pengguna, kadang-kadang ia juga boleh menyebabkan litar pintas.
Model: JK-170
Cara untuk mengetahui kebocoran ialah dengan mengisi air dan periksa di mana air tersebut bocor. Gambar di bawah menunjukkan kebocoran pada bahagian bawah cerek.
Bocor bila diisi air...
Pecah (Pandangan luar)
Gambar di atas dan di bawah menunjukkan bahagian bawah cerek yang retak dan mengakibatkan kebocoran air.
Pecah (Pandangan dalam)
Gam guna super glue (Dalam)
Gambar di atas dan di bawah menunjukkan bahagian yang retak telah saya gam menggunakan super glue pada bahagian dalam dan luar cerek tersebut.
Gam guna super glue (Luar)
Testing
Setelah super glue tersebut kering dan diuji, tiada kebocoran lagi pada cerek tersebut dan ianya masih boleh digunakan.
Semalam saya dirujuk sebuah ketuhar gelombang mikro berjanama AKIRA, Model: MW-900MS25LAH dengan masalah boleh dihidupkan tetapi tidak panas.
Jenama: AKIRA
Jika ketuhar gelombang mikro boleh dihidupkan dan tidak panas, masalahnya ialah di bahagian HV (high voltage)
Model: MW-900MS25LAH
Pemeriksaan pada bahagian HV cuma mendapati HV fius sahaja putus dan gambar berikut menunjukkan kedudukan serta bagimana rupa HV fius.
HV fius
HV fius putus
Untuk makluman HV fius berbeza dengan fius biasa dan harganya juga jauh berbeza dengan fius biasa.
Fius baru dan fius lama yang telah putus...
Gantikan HV fius yang baru
Nilai HV kapasitor ketuhar gelombang mikro ialah kira-kira 1uF sahaja dan gambar di bawah menunjukkan nilai HV kapasitornya dan masih boleh digunakan.
Bacaan HV kapasitor 0.873uF
Testing...
Setelah berpuas hati dan tiada kerosakan lain di jumpai lagi pada bahagian HV, arus elektrik saya bekalkan dan diuji ketuhar gelombang mikro tersebut.
Testing...
Ianya masih elok dan boleh digunakan semula seperti biasa.
Tested - OK
Jika anda mempunyai peralatan elektrik yang menggunakan plug 3-pin versi eroupe seperti pada gambar di bawah, sila tukar kepada plug 3-pin versi asia.
Ini disebabkan jika kita menggunakan plug 3-pin versi eroupe, wayar bumi sebenarnya tidak disambung kepada soket anda dan amat merbahaya jika ada kebocoran elektrik atau kerosakan pada peralatan elektrik jika tidak disambung ke wayar bumi.
PARIS: The stricken seven-time Formula One world champion Michael Schumacher is in Paris’ Georges-Pompidou hospital for cell therapy surgery, according to French daily Le Parisien.
The Paris hospitals department, contacted by AFP, refused to confirm or deny the news citing medical privacy laws.
But according to Le Parisien, the 50-year-old German is in the cardiovascular department overseen by surgeon Philippe Menasche, described as a ‘pioneer in cell surgery against heart failure’.
Schumacher will receive stem cells to obtain an anti-inflammatory effect throughout his system, Le Parisien suggests.
“The treatment will begin on Tuesday morning and (he will) leave the establishment on Wednesday,” said Le Parisien, which claims the former Ferrari star has already been treated there twice this spring.
The athlete was struck down by a skiing accident that snapped his helmet in December 2013 and little information on his condition has been made public since then.
He was placed in a medically-induced coma for six months after the fall and was moved from Grenoble hospital to Lausanne before being returned home in September 2014 where he receives private treatment.
It has been suggested by old friends he is unable to walk or properly communicate.
Schumacher won his first world title 25 years ago and had won his first Grand Prix back in 1992. His glory years were spent at Benetton and Ferrari, for whom he won the last of his 91 Grand Prix victories in China in 2006.
He came out of retirement in 2010 for a three-year stint with Mercedes.
Fans revere the determined German and his name was chanted at the Monza circuit last weekend for Ferrari’s most successful Formula One driver Schumacher, with his son Mick, who is part of the Ferrari Driver Academy, present.--AFP
Semalam saya dipanggil untuk memeriksa sebuah mesin basuh berjenama SAMSUNG, Model: WA12V5 dengan masalah air masuk dan keluar serentak.
Jenama: SAMSUNG
Masalah sedemikian biasanya adalah disebabkan injap (valve) bahagian membuang air tidak berfungsi dengan sempurna.
Model: WA12V5
Mari kita baringkan mesin basuh tersebut dan buka bahagian bawahnya untuk memeriksa injap yang mengawal proses membuang air.
Baringkan mesin basuh dan buka penutup bawahnya...
Setelah hos bahagian injap tersebut dibuka, apa yang kelihatan adalah seperti pada gambar di bawah. Kelihatan bahagian injap yang telah saya tandakan pada gambar di bawah tidak tertutup dengan rapat.
injap (valve) tidak tutup rapat
Masalah telah diketahui dan mari kita buka injap tersebut dan lihat apa punca ianya tidak ditutup dengan rapat.
Buka injap tersebut...
Setelah penutup injap tersebut dibuka, apa yang kelihatan ialah spring di dalamnya terputus bukan satu atau dua sahaja...
Spring di dalamnya patah...
Gambar di bawah menunjukkan rupa spring yang putus telah saya keluarkan. Jika anda tanya saya kenapa spring tersebut putus, jawapan saya ialah "saya tidak tahu" dan ini merupakan kali pertama saya melihat spring yang terputus sebegitu banyak.
Spring yang patah...
Di pendekkan cerita, saya cari spring yang serupa dan gantikannya dan gambar berikut merupakan cara-cara memasang kembali spring tersebut kepada injapnya.
Spring baru...
Pasang kembali apa yang telah dibuka..
Spring baru telah siap dipasang...
Masuk kembali kepada injap (valve)...
Setelah siap dipasang dan diuji, kini mesin basuh tersebut boleh membasuh dan sesuatu yang memeranjatkan saya ialah ketika mesin basuh tersebut membuang air melalui injap tersebut lantai banjir disebabkan hos yang menyambungkannya telah tertanggal disebabkan saya terlupa memasang kembali klipnya.
Siap
Gambar di atas menunjukkan klip yang berwarna putih itu lupa saya pasang kembali dan mengakibatkan banjir.
Testing
Jadi terpaksa saya buka kembali bahagian bawah mesin basuh tersebut dan memasang kembali hos yang tertanggal. Setelah siap dipasang semula hos tersebut dan diuji untuk kali kedua, kini tiada lagi kebocoran untuk keseluruhan proses membasuh.
Hari ini saya dirujuk sebuah penyedut hampagas berjenama Karcher, Model: T 12/1 dengan masalah tidak dapat dihidupkan walaupun telah di bekalkan arus elektrik.
Karcher T 12/1
Setelah diperiksa, punca tidak dapat dihidupkan ialah pada suis utamanya di mana jika ditekan dengan kuat ianya boleh dihidupkan namun bila dilepaskan suis tersebut ianya akan padam semula.
Tiada 'connectivity' walaupun suis telah 'on'...
Memandangkan suis tersebut memerlukan masa yang lama untuk mendapatkan alat ganti yang baru, maka saya cuba buka dan baiki suis tersebut.
Buka & keluarkan suis dari sambungan...
Buka penutup suis..
Gambar di atas dan di bawah menunjukkan suis yang telah saya buka.
Setelah kesemua dibuka...
Gambar di bawah menunjukkan salah satu spring pada suis tersebut telah putus.
Spring suis putus...
Jadi sementara menunggu suis yang baru tiba, saya baiki spring yang putus tersebut. Spring tersebut tidak dapat di sambung dan apa yang saya lakukan ialah tarik spring tersebut sehingga sama panjang dengan asalnya dan anda boleh melihatnya seperti pada gambar di bawah.
Tarik & panjangkan spring yang putus...
Pasang kembali...
Setelah berpuas hati dengan spring yang telah saya tarik, saya pasang kembali dan periksa 'continuity' suis tersebut. Ianya menunjukkan 'continuity' ketika di tekan.
Pasang penutup suis...
Gam bahagian bawah suis dengan gam silikon..
Sambung kembali...
Akhir sekali suis tersebut saya sambungkan semula kepada penyedut hampagas tersebut dan diuji, kini ianya boleh digunakan semula.