Saturday, 9 March 2019

FSP250-50GUB SMPS repair

Hari ini kongsikan pengalaman baru membaiki SMPS (switching mode power supply) buatan FSP Group Inc., model: FSP250-50GUB. Saya pernah membaiki SMPS yang sama tidak lama dahulu dan anda boleh membacanya di sini.
Pandangan luar SMPS
Masalah SMPS ini ketika dirujuk kepada saya ialah tiada output 12V, 5V & 3.3V. Namun bila saya periksa 5V standby (wayar biru) ada bacaan.
Model: FSP250-50GUB

Cuma 5V sahaja yang ada bacaan (wayar biru)

Kapasitor 1000uF, 16V kembung (perlu di ganti)
Setelah dibuka, komponen yang rosak dan boleh dilihat dengan mata kasar ialah kapasitor 1000uF, 16V seperti anda boleh dilihat pada gambar di atas.
Kapasitor baru 1000uF, 16V
Setelah kapasitor tersebut diganti dan di uji, masalahnya tetap sama iaitu cuma ada 5V standby sahaja.
Perintang 10 ohm putus
Oleh yang demikian, saya mulai memeriksa komponen yang lain iaitu N-channel mosfet (10N60) dan berada dalam keadaan baik. seterusnya saya memeriksa perintang yang disambung kepada N-channel mosfet tersebut dan didapati sebiji perintang 10 ohm putus dan anda boleh melihatnya pada gambar di atas.
Keluarkan perintang yang rosak
Perintang 10 ohm yang baru
Saya tidak mempunyai perintang yang sama iaitu jenis SMD (surface mounted device) dan saya gantikan dengan perintang ceramik 10ohm (coklat, hitam, hitam) seperti pada gambar di atas. Setelah perintang 10 ohm tersebut diganti dan diuji, kini SMPS tersebut kembali berfungsi.
10 ohm - putus (rosak)
Peralatan eletronik sekarang amat canggih dan komponennya amat halus dan susah untuk diperiksa dan dibaiki. Cuba anda lihat gambar di atas dan bayangkan betapa halusnya komponen yang bergelar perintang 10ohm tersebut.
Tested - ok

Selamat mencuba...

Tuesday, 5 March 2019

DEBEZT Car Audio Subwoofer repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman membaiki subwoofer kereta berjenama DEBEZT. Subwoofer ini boleh dihidupkan namun hanya mengeluarkan sedikit sahaja bunyi bass walaupun 'volume' & 'treble' telah dilaras maksima.
DEBEZT Car Audio Subwoofer
Seteleh dibuka dan di periksa papan litar utama, komponen yang rosak ialah seperti berikut:-
  1. 2 biji peringtang 681Ohm, 1W (Biru, Kelabu, Choklat)
  2. 2 biji 12V zener diod, 1W
Papan Litar Utama

Beginilah rupa perintang 681ohm yang telah hangus.
Perintang yang baru
Pada mulanya saya hanya menukar 2 biji perintang sahaja dan setelah diuji, ianya masih mengeluarkan sedikit bunyi bass sahaja seperti sebelumnya. Bunyi bass kedengaran adalah seperti kekurangan bekalan eletrik.

Apabila diukur output pada zener diod juga menunjukkan 12V dan tiada tanda-tanda kerosakan zener diod bila diukur dengan multimeter.

Namun tiada komponen lain yang didapati rosak dan saya terpaksa mencuba untuk menukar sahaja zener diod 12V, 1W tersebut kerana ianya berhampiran dengan perintang yang hangus. Setelah diganti zener diod barulah subwoofer tersebut mengeluarkan bunyi bass yang sepatutnya.
Tested - OK
Selamat mencuba...

Monday, 4 March 2019

LG FLATRON L1510S repair


Hari ini saya kongsikan pengalaman baru membaiki monitor computer berjenama LG, model: L1510S. Masalah monitor tersebut ketika dirujuk kepada saya ialah ianya boleh dihidupkan dan LCD berfungsi seperti biasa, namun backlight menyala sekejap sahaja seperti boleh dilihat pada video di atas.
LG FLATRON L1510S (Made in korea)
Cara untuk mengesahkan bahawa LCD berfungsi tetapi backlight tidak menyala ialah dengan menggunakan lampu picit. Ketika monitor dihidupkan, suluh LCD dengan lampu picit dan anda akan dapat melihat sesuatu pada LCD tetapi malap.
2 keping papan litar sahaja di dalamnya...
Seperti biasa jika ingin membaikinya, kita harus membukanya dan di dalam monitor cuma ada dua keping papan litar sahaja.
Power board
Oleh kerana lampu backlight tidak menyala, maka masalahnya ialah pada 'power board'. Setelah diperiksa menyeluruh, hanya 3 biji kapasitor yang didapati bermasalah dan harus diganti seperti anda boleh lihat pada gambar di atas.
AC kapasitor 220nF cuma tinggal 100nF
Setelah kesemua komponen yang disyaki rosak dan diganti, masalah lampu backlight tidak menyala selesai dan monitor tersebut kembali berfungsi seperti biasa.
Tested - ok
Selamat mencuba...

Saturday, 2 March 2019

RUCKUS adapter (SMPS) repair

Adapter atau dulunya dikenali sebagai transformer kini banyak digunakan untuk peralatan eletronik dan tahukah anda bahawa ianya boleh dibaiki?
SMPS 12VDC 1A
Adapter yang saya kongsikan kali ini berjenama RUCKUS dengan output 12VDC, 1A. Ketika dirujuk kepada saya ianya tiada output langsung.
Adapter berjenama RUCKUS
Untuk pengetahuan semua, adapter tersebut berkualiti dan menggunakan N-Channel mosfet transistor (4N60) namun ianya akan rosak jika digunakan 24 jam sehari dan amat murah serta mudah untuk dibaiki.
4N60 N-channel transistor digunakan
Seperti biasa setelah dibuka dan diperiksa, komponen yang perlu diganti ialah seperti pada gambar dibawah:-
1. 10uF 400v kapasitor
2. 680uF 16v kapasitor
2. 10uF 35v kapasitor.
Komponen yang harus diganti..
Setelah menggantikan kesemua kapasitor bertanda di atas, adapter tersebut kini boleh digunakan lagi dan kos membaikinya kurang dari RM10.

Selamat mencuba...

OPTOMA X402 password

Hari ini saya kongsikan pengalaman mengatasi masalah projecter berjenama OPTOMA, model: X402. Ketika di rujuk kepada saya, masalahnya ialah projector tersebut meminta kata laluan (password) dan tanpa memasukkan kata laluan projecter tersebut tidak dapat digunakan.
Pandangan hadapan projector
Jika ingin memasukkan kata laluan anda harus ada 'remote control' projector tersebut. Tanpa remote control, anda tidak akan dapat memasukkan kata laluan melalui butang-butang yang ada pada projector tersebut.
Model: X402
Anda boleh rujuk buku panduan projector tersebut di sini. Saya juga tidak tahu apa kata laluan tersebut dan menurut buku panduan, kata laluan asal dari kilang ialah 1234.
Remote control harus ada jika ingin memasukkan kata laluan...
Nasib saya amat baik disebabkan pemiliknya tidak menukar kata laluan tersebut dan setelah memasukkan kata laluan tersebut projector tersebut kini boleh digunakan.
Kata laluan asal dari kilang ialah: 1234
Setelah kata laluan selesai, jika anda tidak mahu ada kata laluan pada projector tersebut anda boleh matikan kata laluan tersebut seperti berikut:-
1. tekan menu dan pilih 'security'

2. Tukar 'on' kepada 'off' dan kena masukkan kata laluan

3. Kata laluan: 1234 (jika tidak ditukar)

4. pilih 'off"

Security: off
Setelah masalah kata laluan telah selesai, kini muncul pula satu masalah baru iaitu meminta untuk mencuci atau menukar filter seperti pada gambar di atas. Puas saya belek keseluruhan projector tersebut dan tidak menjumpai apa-apa filter pada projector tersebut.
Dengan yang demikian apa yang harus anda lakukan ialah memadamkan 'filter change' dalam sistem projector tersebut seperti berikut:-
1. Tekan 'menu'
2. pilih 'option'
3. pilih 'filter settings'
4. pilih 'operational filter installed'
5. pilih 'no'
operational filter installed: no
Saya tidak pasti sama ada projector tersebut tidak dilengkapi dengan filter atau pengilang lupa memasang filter tersebut. Namun ketika saya ingin menukar 'filter change' dalam sistem, option untuk menukar filter digelapkan dan tidak dapat diubah.

Dengan yang demikian saya yakin projector tersebut memang tidak dilengkapi dengan filter. kemungkinan pengguna pernah tertukar setting tersebut kepada 'yes'.

Selamat mencuba...

Thursday, 28 February 2019

HAWK power amplifier repair

Kadang-kadang saya perasan bahawa masalah kerosakan barangan eletronik ini bermusim. Bulan ini sahaja saya telah dirujuk sebanyak 3 biji amplifier untuk di baiki dan kesemuanya boleh dibaiki.

Kali ini amplifier berjenama HAWK, model: HP-2.170. Saya cuba google untuk mengetahui lebih lanjut jenama amplifier tersebut namun satu pun tak dijumpai.
Pandangan luar amplifier berjenama HAWK
Menurut pemiliknya, amplifier tersebut pernah rosak dan telah dibaiki sebelum ini. Setelah dibuka, tiada kerosakan yang boleh dilihat dengan mata kasar. Fius juga tidak putus tetapi tidak boleh dihidupkan langsung apabila eletrik dibekalkan.
Bahagian bertanda merupakan komponen yang didapati rosak
Apabila diperiksa menyeluruh, berikut merupakan komponen yang di dapati rosak:-
  1. 2 biji transistor - B817
  2. 2 biji transistor - D1047
  3. 2 biji N-channel MOSFET - IFRZ34
  4. 2 biji kapasitor 4700uF, 35V
Komponen yang rosak...
Saya juga mengalami masalah untuk mendapatkan N-channel MOSFET IFRZ34 namun  saya gantikan dengan menggunakan P60NF06. Walaupun nombor berbeza namun kemampuan serta keupayaannya adalah sama iaitu 60V, 30A.
Lampu merah menyala...
Setelah kesemua komponen yang rosak di ganti dan diuji, amplifier tersebut boleh digunakan semula. Terima kasih kepada pemilik amplifier tersebut kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk cuba membaikinya.
Tested - ok
Selamat mencuba...

Tuesday, 26 February 2019

FERRiS 2 Channel Power Amplifier (1800W) repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman membaiki amplifier kereta berjenama FERRiS. Ketika amplifier ini dirujuk kepada saya, pemiliknya tidak ingat lagi masalah sebenar amplifier tersebut disebabkan telah lama rosak dan disimpan.

Cubaan pertama saya ialah membekalkan 12V elektrik kepada amplifier tersebut dan lampu indikator berwarna hijau tidak menyala. Amplifier ini dibekalkan dengan fius 35A dan tidak putus, ini bermaksud terdapat komponen yang telah rosak sehingga tidak dapat membekalkan elektrik untuk kegunaannya.
Pandangan luar amplifier berjenama FERRiS
Seperti biasa, jika kita ingin membaikinya, kita haruslah membuka dan memeriksa komponen di dalamnya. Komponen pertama yang saya periksa ialah power transistor dan keempat-empatnya berkeadaan baik.
Papan litar setelah dibuka
Komponen kedua yang saya periksa ialah MOSFET transistor dan keempat-empatnya juga dalam keadaan baik.

Seterusnya saya periksa diod dan kesemuannya juga tidak mengalami sebarang kerosakan.
Perintang 1K putus dan harus di ganti
Memandangkan komponen besar yang sering mengalami kerosakan berkeadaan baik, seterusnya saya memeriksa komponen yang lebih halus iaitu perintang. Setelah hampir sejam memeriksa satu per satu, akhirnya saya menjumpai sebiji perintang seribu ohm didapati putus seperti pada gambar di atas.
Perintang 1K (Choklat, hitam, merah)
Lampu hijau dah menyala
Setelah diganti perintang tersebut dan dibekalkan 12v elektrik, lampu hijau kini menyala.
Pandai buka, kena juga pandai pasang kembali...

Bahagian skru di gam...
Untuk pengetahuan semua, bahagian skru di dalam amplifier haruslah digam agar tidak tertanggal dan mengakibatkan litar pintas dan merosakkan amplifier.

Saya pernah membaiki amplifier yang mengalami litar pintas disebabkan oleh skru yang tertanggal dan ianya melibatkan banyak komponen yang rosak.
Tested - ok
Selamat mencuba...

Saturday, 23 February 2019

Baiki PENSONIC PTF-53A Thermo Pot/Flask

Thermo pot/flask ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini. Kali ini dia kembali dengan masalah yang berbeza iaitu lampu indikator berwarna merah & hijau tidak menyala.
Pandangan atas
Walaupun lampu tersebut tidak menyala namun fungsinya untuk memasak (boiling) dan mengekalkan suhu (keep warm) tidak terjejas. Dengan yang demikian kita cuma perlu memeriksa papan litar indikator sahaja.
peringtang 100K putus
Seperti biasa jika ingin memeriksanya, kita harus membuka papan litar tersebut dan anda boleh melihatnya seperti pada gambar di atas. Papan litar tersebut cuma mengandungi 2 biji LED, 2 biji diod, 2 biji suis & sebiji perintang 100K ohm.

Setelah diperiksa, cuma perintang sahaja yang didapati rosak dan harus diganti
Lampu merah menyala (tested - ok)

Lampu hijau menyala (tested - ok)
Selamat mencuba...