Saturday, 11 January 2014

Bonet Proton Satria GTi ku kemek

09/01/2014 - baru 50,000km (hampir 10 tahun dimiliki)
Sedang saya asyik membersihkan kereta Proton Satria GTi pada pagi ini, tiba-tiba saya merasa amat geram bila terpandang satu lekuk yang agak serius pada bonet bahagian belakang kereta seperti pada gambar di bawah.
Geram di hati tiada siapa yang tahu...
Tak tahu bila, bagaimana dan dimana benda ini terjadi. Apa boleh buat, dah nasib badan. Kalau ikutkan hati, ingin saya kemekkan juga kereta si pelakunya.

Kalau di hantar ke bangkel, saya rasa RM300 bakal melayang. Namun saya cuba ratakan kembali dengan membuka bonet belakang dan ketuk dari dalam. Gambar berikut merupakan hasilnya selepas saya ketuk sendiri.
Cubaan pertama meratakan lekuk tersebut...

Ini sahaja yang terbaik telah saya lakukan...
Untuk pengetahuan umum, kualiti kereta proton sememangnya teramat mengecewakan, lembut macam tin minuman ringan. Saya ketuk pelahan sahaja dengan hanya menggunakan batang penyapu yang pendek.
Sebelum & Selepas...

Sunday, 5 January 2014

Masalah Kebocoran Minyak Enjin pada valve/Rocker cover - Perodua Kelisa/Kenari

Masalah kebocoran minyak enjin pada 'valve cover' atau 'rocker cover' atau pun juga dikenali sebagai 'crankcase' kereta perodua kenari/kelisa akan berlaku pada bila-bila masa dan ianya mudah dikenali iaitu bila terdapat minyak enjin pada bahagian luaran 'valve cover'. Jika kebocoran bertambah serius, minyak enjin akan masuk ke bahagian palam pencucuh dan dari masa ke semasa minyak enjin akan berkurangan dan perlu ditambah.

Sekiranya kebocoran sebegini dibiarkan ia akan menyebabkan masalah kelancaran enjin kereta akibat daripada minyak enjin yang melimpah masuk ke bahagian palam pencucuh yang boleh menyebabkan 'misfire'.

Untuk membaiki masalah sedemikian, alat ganti yang diperlukan ialah seperti berikut:-
  1. valve cover gasket - RM20.00 sekeping
  2. valve cover seal - RM5.00 sebiji (3 biji diperlukan)
  3. plug seal - RM5.00 sebiji (3 biji diperlukan)
Alat ganti - valve cover gasket & seal + plug seal
1. tanggalkan bahagian yang berkaitan sehingga 'valve cover' dikeluarkan dari bahagian atas enjin. Cuma 6 biji skru sahaja pada bahagian 'valve cover'.
'valve cover seal' di tengah telah dikeluarkan
2. Tanggalkan 'valve cover seal' dan bersihkan dengan petrol. Lap kering bahagian yang telah dicuci sebelum 'valve cover seal' yang baru di pasang semula. Pastikan 'valve cover seal' tidak terkena minyak petrol.
Begini lah rupanya setelah 'valve cover' telah dibuka

palam pencucuh yang diselaputi minyak enjin akibat dari kebocoran...

'valve cover seal' telah diganti dengan yang baru
3. Sapukan sedikit 'gasket maker' pada kedua-dua belah 'valve cover gasket' dan enjin agar 100% tiada kebocoran. Pasang kembali apa yang telah dibuka sebelumnya dan jangan lupa hidupkan enjin serta periksa kebocoran (jika ada) pada mana-mana bahagian yang berkenaan.

4. Sekiranya anda dapati 'throttle body' pada bahagian 'fuel injection' juga kotor akibat kebocoran sebelumnya, bersihkan juga 'throttle body' tersebut. Cara untuk membersihkannya boleh anda baca di sini.
Siap - bersih macam baru

gasket maker - RM13.00
Kemaskini pada 20/04/2019
Semalam enjin kereta saya bocor lagi tetapi bukan pada valve/rocker cover. Jika anda ingin tahu, anda boleh membacanya di sini.

Friday, 3 January 2014

Hadiah Krismas 2013

Pada malam 24/12/2013 yang lalu tiba-tiba kereta Satria GTi saya mengeluarkan bunyi seperti kereta Rally ketika dalam perjalanan balik ke rumah setelah tamat upcara 'christmas caroling' di tempat kerja. Dalam keadaan hujan lebat saya terpaksa menghentikan kereta di stesen petrol berhampiran dan memeriksa punca kejadian. Setelah pemeriksaan di buat seketika, saya pasti ada kebocoran pada sistem ekzos kereta.

Pada hari keesokkannya (25/12/2013) saya menghantar kereta saya ke bangkel untuk dibaiki. Paip ekzos bahagian belakang sebelum 'silencer' telah bocor dan perlu diganti. Kos penyelengaraanya pula berjumlah RM80.00.
Paip ekzos yang bocor

Pandangan dekat setelah ditanggalkan dari kereta

Proses melentur paip ekzos agar sama seperti asal

Dah siap, RM80.00 melayang...
Untuk makluman, setelah paip ekzos yang bocor di ganti saya dapati kereta saya kini lebih senyap dan lebih jimat penggunaan minyaknya. Persoalan yang masih belum terjawab ialah entah berapa lama paip ekzos telah bocor dan kenapa tempat lain tak bocor?

Ini lah hadiah yang saya dapat ketika manyambut hari krismas pada penghujung tahun lepas...

Wednesday, 1 January 2014

NOKIA 2100

Telefon bimbit berjenama NOKIA, model 2100 saya dibeli pada tahun 2004 dan kini telah berusia 10 tahun. Walaupun telah berusia, namun baterinya masih boleh bertahan selama 3 hari untuk 'stand-by' sahaja.
Pandangan hadapan...
Saya cukup kagum dengan kemampuan telefon antik ini sebab ia mampu berkhidmat selama sedekad tanpa sebarang masalah termasuk baterinya yang belum pernah di tukar.
Pandangan belakang...
Selama ini saya amat berpandangan negatif terhadap barangan buatan negara China namun baterinya dibuat di China dan mampu bertahan selama sedekad.
Pandangan dalam, bateri tak tukar selama 10 tahun...
Walaupun baterinya buatan China namun telefon bimbitnya di buat oleh 'original factory' dan mungkin sebab itu lah ia mampu bertahan lama. Kalau nak semak nombor siri tekan: *#06#
No. siri (angka ke 7 & 8 = 00)
Maksud angka ke 7 & 8 pada nombor siri.
Sempena menyambut ulang tahun sedekad, hari ini dengan rasminya saya merehatkan NOKIA 2100 dan menggantikannya dengan Iphone 4S.
Dulu NOKIA 2100, kini Iphone 4S (01/01/2014)

Saturday, 28 December 2013

Spark Plug Cable/Ignition cables (kabel pencucuh) - Satria GTi

Masalah kerosakan kabel pencucuh untuk kereta Satria GTi saya telah lama wujud dan harga kabel yang baru ialah RM400++. Memandangkan harga kabel tulen teramat mahal dan tiada alat ganti tulen buat masa ini walaupun di pusat servis PROTON, maka saya cuba kabel 'aftermarket' yang lebih murah.
504Ω (jenama MASTECH, tak boleh pakai...)
Kabel pertama yang saya cuba berjenama MASTECH (4 core), 10mm,  dengan harga RM110.00 dari kedai alat ganti tempatan. Kabel tersebut cuma bertahan sebulan sahaja.
Beli online di sini, jenama QUARDCORE tapi juga tak boleh pakai...
345Ω (QUARDCORE)
Kabel kedua pula saya beli secara online dan menurut penjualnya ianya berjenama QUARDCORE, juga 10mm, buatan USA dengan harga RM140.00. Setelah tiba melalui poslaju dan puas membelek kotak serta kabel tersebut namun tiada satu perkataan QUARDCORE pun yang saya jumpai. Di luar kotak pula tertera 8mm sahaja tetapi kabel yang dihantar 10mm. Kena tipu la pula.... Kabel ini cuma bertahan seminggu sahaja...
Kabel asal, 10,410Ω (8mm sahaja)
Untuk makluman, masalah yang dihadapi apabila kabel pencucuh bermasalah ialah kelancaran pemanduan terjejas ketika bergerak perlahan (rpm 1000 ke 2000) namun setelah meluncur laju, tiada masalah kelancaran pemanduan.

Masalah kelancaran pemanduan yang saya maksudkan ialah kereta kehilangan daya pecutan ketika mula memecut dan terdapat 'misfire'. 
Heat shrink tube, RM8/meter
Setelah menghabiskan ratusan ringgit dan hanya bertahan seketika sahaja, maka saya cuba pula DIY dengan membaiki kabel asal. Apa yang saya lakukan ialah dengan membungkus bahagian penyambung ke palam pencucuh (spark plug) dengan 'heat shrink tube' dan berikut merupakan langkah-langkannya.
sukat & potong 'heat shrink tube'...

masukkan 'heat shrink tube'...

Panaskan dengan pemetik api...

Siap...
Setelah selesai membaiki keempat-empat kabel tersebut dan diuji, ternyata masalah kehilangan daya pecutan serta 'misfire' telah tiada lagi. Mudah-mudahan ianya boleh bertahan lama sementara menunggu kabel tulen dari pusat servis PROTON.

Banyak kabel pencucuh 'aftermarket' di pasaran mempromosikan kelebihan kabel mereka dengan rintangan rendah seperti yang anda boleh lihat pada gambar-gambar di atas.

MASTECH - 504Ω
QUARDCORE - 345Ω
Kabel asal - 10,410Ω

Kabel rintangan tinggi lebih baik atau kabel rintangan rendah? Dari pengalaman saya di atas saya memilih kabel rintangan tinggi. Apa kata anda? 
Kabel tulen Proton Waja Campro - 6,300Ω

Thursday, 26 December 2013

P0501 (V-signal)

Kejadian lampu enjin (malfunction indicator light) menyala pada kereta satria GTi saya berlaku pada beberapa hari yang lalu. Sekiranya lampu tersebut menyala, sistem 'On Board Diagnostic (OBD)' pada ECU akan menghasilkan kod tertentu.
Malfunction indicator light (MIL)
Kod yang dihasilkan pada sistem OBD kali ini ialah P0501 dan ianya berkaitan dengan 'vehicle speed signal' atau nama singkatannya 'V-signal'. Kod tersebut menyatakan bahawa ECU kereta tidak mendapat bacaan yang munasabah untuk kelajuan kereta.
Periksa ECU - OBD code P0501
Untuk kereta proton, masalah ini disebabkan oleh sensor kelajuan (speedometer switch) pada bahagian belakang speedometer yang telah rosak. Ianya terletak di tengah-tengah speedometer seperti pada gambar di bawah.
Bahagian belakang speedometer

Tanggalkan skru untuk periksa Vehicle speed sensor (V-sensor)
Sekiranya anda tidak pasti sensor tersebut rosak atau sebaliknya, anda boleh memeriksanya dengan multimeter. Laraskan multimeter anda ke bahagian ohm (Ω).  Caranya mudah sahaja iaitu dengan menyambungkan multimeter kepada kedua-dua terminal sensor tersebut dan putarkan speedometer dengan pemutar skru.

Sekiranya anda mendapat bacaan yang berubah-ubah setelah speedometer tersebut diputar, sensor tersebut adalah dalam keadaan baik. Jika tiada perubahan bacaan setelah speedometer diputar, sensor tersebut telah rosak dan perlu diganti.
Ada bacaan...

Putar dengan pemutar skru & tiada bacaan...
Sensor tersebut boleh didapati di pusat service Proton dengan harga RM25.40 sebiji. Sebenarnya sensor tersebut hanya mengandungi sebiji 'reed switch' sahaja dan ianya boleh didapati di kedai eletronik dengan harga dalam lingkungan kira-kira RM5.00 sahaja.
Reed switch
Jika anda membeli 'reed switch' seperti boleh dilihat pada gambar di atas, anda kenalah mengeluarkan 'reed switch' lama dan mempatrikan 'reed switch' yang baru pada sensor tersebut.
 
cuma sebiji 'reed switch' sahaja...
Untuk makluman, simptom kerosakan sensor tersebut ialah lampu enjin (MIL) akan menyala jika memandu melebihi 110km/j.

Identify Oxygen Sensor Damage and Contamination

New Oxygen Sensor with no defects.

Oxygen Sensor damaged through contamination by antifreeze.

Oxygen Sensor that has been damaged by a rich fuel mixture.

Oxygen Sensor that has been damaged by silicone poisoning.

Oxygen sensor that has been damaged by lead poisoning.

Tuesday, 24 December 2013

BR1M 3.0 (BR1M 2014)

Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) 2014 kini telah dibuka kepada semua rakyat malaysia yang layak untuk memohon. Anda boleh memohon serta mengemas kini permohonan anda di sini.

Senang saja - semua di hujung jari.
syarat kelayakan untuk BR1M 2014 ialah:- Baca sendiri di sini. ;)