Monday, 17 November 2025

Gitar murah guna papan lapis (plywood)

Gitar elektrik ini saya beli dengan harga RM150 pada tahun 2012. Harganya tersangat murah sebab ada masalah 'buzzing' dan dilelong oleh pemilik asal kepada saya.

Gitar berjenama Fandar...

Masalah buzzing telah saya atasi setelah membuat levelling pada fretboard dan berfungsi seadanya sehingga baru-baru ini fretnya telah haus dan saya buka untuk menggantikannya.

Diperbuat daripada kayu papan lapis...

Setelah lebih sepuluh tahun baru saya tahu ianya diperbuat daripada papan lapis seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Beli 'solid wood'...

Dipendekkan cerita, saya telah membeli sebuah badan gitar kayu dalam talian dan ianya adalah hasil dari gabungan 6 keping kayu seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Gabungan 6 batang kayu...

Saya beli badan gitar tersebut dengan harga RM61.88 sahaja dan perlu melakukan 'sanding' serta sedikit pelarasan pada bahagian sambungan 'neck' gitar agar tali gitar tidak tinggi serta mudah ditekan sewaktu memetik gitar 

Gambar di atas dan di bawah ialah kayu pada badan gitar yang pecah di baiki penjual menggunakan habuk kayu yang pada badan gitar yang saya beli

Gambar di bawah adalah rupa gitar setelah badannya telah saya gantikan dengan kayu dan untuk pengetahuan semua, ianya tiada kesan atau perubahan pada bunyi yang dihasilkan.

Berwajah baru...

Badan gitar tanpa cat kelihatan unik namun ianya mudah kotor dan akan berubah warna jika terkena peluh atau wax badan kita.

Sapu varnis...

Bagi mengatasi masalah kotor, saya sapukan beberapa lapis cat varnis (shellac) dan penampilannya kini adalah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Siap...

Selamat berDIY...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.