Friday, 14 February 2025

Multi-Gear Tower - Clash Of Clan

TH17 diperkenalkan pada 25/11/2024 dan telah saya kongsikan sebelum ini di sini.

Baru-baru ini pada 10/2/2025, kemaskini telah dilakukan dengan pertahanan baru yang dikenali sebagai Multi-Gear Tower.

Multi-Gear Tower adalah hasil gabungan geared up archer tower dan geared up cannon dengan syarat kedua-duanya harus di level 21 (maksima).

New defence - Multi-Gear Tower

Dalam masa yang sama, dinding (wall) yang dahulunya dihadkan naiktaraf hanya kepada 100 unit kini telah ditambah atau mungkin dimansuhkan.

Maximum of 100 walls only before 10/2/2025

Sesuatu yang di luar jangkaan saya ialah proses mengambil gem box kini tidak lagi memerlukan builder dan boleh di ambil bila-bila masa.


Semua kemaskini terbaru pada 10/02/2025 tercatat pada gambar tangkap layar di bawah.

Latest update on 10/2/2025

Kemaskini 05/03/2025 - Naiktaraf dinding (wall) dihadkan kepada 175 sahaja (tambahan 75 unit sahaja)

Additional 75 unit only...

Kemaskini 24/3/2025 - jumlah dinding boleh dinaiktaraf ke level 18 dinaikkan ke 250 biji (tambahan 75 biji).

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.