Sunday 12 May 2024

Internet pay per use - MAXIS

Sebelum ini saya telah kongsikan pengalaman kredit telefon dipotong untuk 'internet pay per use' oleh MAXIS dan anda boleh rujuk di sini.

Walaupun pihak MAXIS telah memulangkan kredit yang dipotong setelah aduan dibuat namun sistemnya masih juga memotong kredit secara berkala untuk penggunaan 'internet pay per use'.

Baru-baru ini telefon saya telah menaiktaraf sistem MIUI ke sistem Xiaomi HyperOS dan telah saya kongsikan di sini.

Saya juga telah padamkan pengunaan internet pada aplikasi yang tidak digunakan seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Setelah aduan demi aduan saya majukan kepada MCMC sejak November 2023, akhirnya tiada lagi kredit saya dipotong mulai bulan lepas (april 2024).

Jumlah aduan yang telah saya buat sehingga selesainya kes mencuri kredit secara senyap-senyap oleh MAXIS ialah sebanyak 7 aduan dan ianya tidak termasuk 'appeal' sebab tidak berpuas hati kredit masih terus dipotong secara berkala tanpa menggunakan perkhidmatan internet.

7 aduan...

Kes ini hanya selesai setelah setengah tahun saya melakukan aduan bersiri kepada MCMC. Pihak maxis pada awalnya meminta saya menukar plan untuk elak 'internet pay per use' namun saya berkeras tidak mahu sebab saya telah melanggan Hotlink365.

Penyata bulan april 2024

Transaksi terakhir saya dikenakan 'internet pay per use' boleh dilihat pada gambar tangkap layar di atas iaitu pada 02/04/2024.

Saya tidak pasti apa yang telah pihak maxis lakukan namun saya sangat yakin aduan saya berasas. Jika tidak, mana mungkin mereka berhenti mencuri secara senyap-senyap tanpa memberi perkhidmatan kepada pelanggannya.

Renung-renungkan...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.