Tuesday, 12 July 2022

SHARP R-208E microwave repair

Pagi ini saya telah dirujuk sebuah ketuhar gelombang mikro berjenama SHARP, model R-208E dengan masalah tidak panas.

SHARP R-208E

Microwave ini adalah antara yang terawal berada di pasaran dan ianya dikilangkan di Jepun.

Model: R-208E

Setelah dibuka dan diperiksa, komponen yang rosak telah saya labelkan pada gambar di bawah iaitu:-

  1. Sebiji mentol 25w, 240v
  2. Sebiji HV capacitor
  3. Sebiji HV fuse
Setelah penutup dibuka...

Selama saya membaiki microwave, ini merupakan kali pertama saya menemui kerosakkan mentol. Ini mungkin disebabkan pengguna sendiri tahu menukarnya jika hanya mentol sahaja yang tidak menyala.

Komponen yang ditukar...

Microwave ini berjaya diselamatkan dan kembali berfungsi semula setelah kesemua komponen yang rosak di atas telah saya gantikan serta diuji.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.