Saturday, 6 November 2021

Ikan siakap harga kayangan di Pulau Langkawi

Baru-baru ini tular di media sosial sekeluarga pelancong tempatan dikejutkan dengan harga hidangan ikan siakap yang mencecah ribuan ringgit di Langkawi.

1. RM1,196.80 untuk 7.48kg

Gambar-gambar di atas dan di bawah adalah sebahagian gambar yang saya ambil dari laman media sosial dan rata-rata berpandangan ianya adalah harga kayangan.

Hidangan siakap kayangan...

Saya pernah mengunjungi Langkawi pada tahun 2018 dan berdasarkan gambar lokasi yang ditularkan seperti boleh dilihat pada gambar di bawah, saya yakin ianya berada di Kilim geopark forest. 

Seingat saya restaurant terapung tersebut merupakan lokasi makan tengahari setelah dibawa melihat keindahan paya bakau serta burung helang tidak jauh dari situ.

Restaurant terapung...

Gambar bil di bawah pula diviralkan pada hari berikutnya setelah gambar bil pertama di atas tular. Walaupun tulisan berbeza namun saya yakin ianya adalah dari restaurant yang sama sebab nombor bil tidak jauh berbeza iaitu 11469 & 11478. 

Tarikh bil juga pada hari yang sama iaitu 3/11/2021. Tarikh bil pertama di atas sepatutnya juga bulan november dan bukan oktober seperti tertera pada slip bayaran kad kredit.

2. RM846.40 untuk 5.29kg

Harga ikan siakap yang telah dimasak oleh restaurant tersebut ialah RM160/kg. (RM1,196.80 ÷ 7.48kg = RM160/kg).

Pemilik restaurant ada tampil memberi penjelasan yang ikan tersebut bukan untuk dijual tetapi sekadar pameran sahaja. Saya sangsi dengan penjelasan tersebut setelah tularnya bil kedua yang harganya juga RM160/kg (RM846.4 ÷ 5.29kg = RM160/kg).

Jika dilihat pada bil di atas, harga siakap merah pula lebih mahal iaitu RM180/kg (RM305.80/1.699kg = RM180/kg).

Jadi, alasan pemilik yang ikan harga kayangan tersebut hanya untuk pameran adalah tidak berasas sebab siakap merah yang cuma 1.699kg sahaja mencecah RM180/kg.

Begitu juga dengan harga udang A1 (bil pertama) - RM200/kg dan harga udang A (bil ke-2) - RM180/kg.

Satu lagi alasan yang ikan tersebut telah dipelihara 11 tahun juga mengelirukan sebab katanya perniagaan mereka cuma 8 tahun sahaja di situ.

3. RM896.40 untuk 4.98kg

Harga ikan siakap pada bil di atas pula ialah RM180/kg (RM896.40 ÷ 4.98kg = RM180/kg) dan begitu juga dengan harga udang A1 juga RM200/kg.

RM603.20 untuk 3.77kg

Begitu juga dengan bila di atas yang juga RM160/kg (RM603.20 ÷ 3.77kg = RM160).

KILIM GEOFOREST PARK

Ini pandangan pribadi saya setelah melawat Langkawi pada tahun 2018. Harga makanan di Langkawi memang mahal dan saya pernah membayar RM25.00 untuk sepinggan nasi campur (nasi + satu daging + dua jenis sayur). Harga makanan yang paling berpatutan di Langkawi ialah restaurant KFC dan McDonald sebab jelas dicatat pada menu.

Gua buaya

Saya tidak bermaksud memburukkan pusat pelancongan di negara kita tetapi itu adalah hakikat yang saya lalui dan saya yakin serta percaya anda yang pernah melawat Langkawi sebelum ini juga bersetuju dengan saya...

pelihara ikan sangkar di Langkawi...

Setahu saya, ikan empurau adalah ikan termahal yang ada di negara kita dan ianya cuma ada di pulau Borneo, Sarawak.

Ikan empurau...

Cuti-cuti Malaysia...




sumber

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.