Friday, 15 May 2020

CMCO/PKPB CoVid-19

Conditional Movement Control Order (CMCO) atau Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah berkuat kuasa mulai 04/05/2020 untuk membolehkan sektor ekonomi dan sosial dibuka dengan syarat mesti mematuhi SOP yang ditetapkan oleh MKN atas nasihat KKM.
Daftar dulu baru boleh masuk membeli-belah...
Banyak SOP umum yang orang ramai harus tahu seperti memakai pelitup muka (mask), penjarakan sosial dan sebagainya di mana sahaja bagi mengelak daripada jangkitan (jika ada).
Meja pendaftaran di depan kedai...
Apa yang menarik perhatian saya ketika mengunjungi sebuah pasaraya baru-baru ini ialah orang ramai dikehendaki mendaftar sebelum masuk ke pasaraya.

Butiran yang diperlukan ialah nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon. Tujuan utama pendaftaran adalah untuk menjejaki kontak rapat kepada pesakit CoVid-19 (jika ada).

Ramai yang bimbang data pribadi mereka akan disalahguna oleh pihak tertentu melalui pendaftaran tersebut. Ada pengusaha yang hanya memerlukan nama dan telefon sahaja ketika pendaftaran.

Saya sempat berbaris untuk masuk ke pasaraya dan mendapati bahawa peluang jangkitan CoVid-19 (jika ada) amat tinggi ketika proses pendaftaran tersebut sebab orang ramai memegang dan menyentuh benda yang sama iaitu pen, buku pendaftaran serta meja untuk mendaftar.
Pen...
Andaikata ada seorang pengunjung yang positif CoVid-19 tetapi tidak bergejala mendaftarkan diri, ada tak peluang CoVid-19 menjangkiti orang lain melalui pen tersebut yang dipegang dan digunakan oleh para pengunjung seterusnya?

Pengunjung hanya menggunakan sanitiser selepas mendaftarkan diri, jadi saya berpendapat peluang jangkitan melalui pen tersebut tetap ada dan sangat tinggi (jika ada)
Sarung tangan pakai buang...
Ada pengunjung yang menggunakan sarung tangan dan saya berpendapat peluang penyebaran CoVid-19 (jika ada) lebih tinggi sebab mereka menggunakam sarung tangan yang sama ke merata tempat.

Ada yang mencadangkan supaya menggunakan sanitiser sebelum mendaftarkan diri supaya boleh mengurangkan kebarangkalian jangkitan jika ada. Harus diingat sanitiser hanya pada tangan sahaja namun virus masih ada pada pengunjung yang positif seperti di telefon bimbit dan dompetnya.

Ada pula yang mencadangkan supaya menggunakan kod QR untuk mengurangkan sentuhan.

Satu lagi yang merisaukan saya ialah keberkesanan sanitiser tersebut. Saya pernah diberi sanitiser sebelum dibenarkan masuk untuk membeli belah dan saya juga yakin ianya tidak mencukupi untuk membersihkan kedua belah tangan saya.

Pada hari selasa yang lepas, saya telah mendapat panggilan telefon dari tabung darah hospital Miri dan anda boleh membacanya di sini. Untuk pengetahuan semua saya disuruh membersihkan tangan dengan sanitiser sebanyak 3 kali sebelum meninggalkan hospital iaitu:-
  1. Sebelum masuk ke hospital
  2. Sebelum mengisi borang di pusat tabung darah
  3. Sebelum keluar dari pusat tabung darah
Mengelak adalah lebih baik daripada merawat, buat masa ini adalah lebih baik duduk di rumah jika tiada urusan penting di luar rumah. Vaksin terbaik untuk CoVid-19 ketika ini ialah duduk di rumah...


No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.