Tuesday, 17 October 2017

LG LED TV repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman membaiki LED/LCD TV.

Jenama: LG
Model: 22LD330-TA

Masalah ketika TV ini dirujuk kepada saya ialah tiada imej tetapi indikator berkelip-kelip & berwarna biru. Indikator akan berwarna merah jika dalam keadaan 'stand by' dan berwarna biru (tidak berkelip) jika TV telah dihidupkan.
Indikator berwarna biru & berkelip-kelip tanpa imej.
Setelah dibuka penutup bahagian belakang TV, cuma kelihatan 2 keping papan litar sahaja iaitu 'power supply' dan 'display board' seperti pada gambar di bawah.
Atas: power supply, Bawah: display board
Walaupun tiada imej, ianya bukan akibat kerosakan pada 'display board'. Secara kasar boleh kelihatan kerosakan pada beberapa biji kapasitor pada 'power supply board' seperti pada gambar di bawah.
'power supply board'

3 biji kapasitor 1000uF kelihatan kembung dan harus diganti...

Kapasitor yang bocor juga harus di ganti
Untuk makluman, sekiranya nilai bacaan kapasitor telah menurun 10%, ianya harus diganti agar peralatan eletrik berfungsi di tahap yang optimum.
1000uF cuma tinggal 495uF (Harus di tukar)

Kapasitor baru, 1005uF
Setelah di ganti kesemua kapasitor yang rosak, TV ini kembali berkhidmat seperti biasa.
Yeah... ada imej sudah...

2 comments:

  1. Hi bole tumpang Tanya, kapasitor beli Dimana yea n brpa harganya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cari saja di kedai eletronik yang berdekatan. Kalau tak jumpa, boleh beli secara atas talian (online).

      Delete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.