Tuesday, 24 September 2013

Insuran Takaful cakap tak serupa bikin

Semua kenderaan bermotor (kereta & motosikal) saya menggunakan insuran Takaful sejak tahun 2000 lagi sehingga kini. Saya memilih takaful disebabkan janji mereka akan mengembalikan sebahagian caruman (No Claim Rebate - NCR) jika tiada tuntutan setelah tamat tempoh insuran.

Pada mulanya saya menerima NCR tersebut melalui cek setelah tamat tempoh setiap insuran, namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini tiada NCR yang saya terima. Saya pernah membuat aduan di pejabat takaful berdekatan dan kakitangan mereka juga tidak tahu menahu berkenaan NCR disebabkan cek tersebut dikeluarkan oleh ibu pejabat mereka di Kuala Lumpur.

Saya  juga pernah disuruh mengisi borang untuk menuntut NCR tersebut dan kadang kala saya ada menerima cek setelah tamat tempoh insuran. Kali terakhir saya pernah diberitahu bahawa takaful hanya akan memberi NCR jika difikirkan perlu atau ketika takaful mendapat keuntungan sahaja. Mungkin kah jika takaful mengalami kerugian, kita dikehendaki membayar premium lagi setelah tamat tempoh insuran?

Baru-baru ini saya telah memperbaharui insuran kereta saya dan kini mereka berjanji lagi akan memberi NCR sebanyak 15% seperti pada gambar di bawah. Janji dulu dah lah tak ditepati, kini berjanji lagi...
Janji baru 15%...

Janji lama tak bayar lagi...
'Sumbangan akta' seperti tertera pada gambar di atas merupakan janji mereka untuk mengembalikannya kepada kita sekiranya tiada tuntutan setelah tamat tempoh insuran tersebut.

Kesemua 5 buah kenderaan (2 motosikal & 3 kereta) saya menggunakan insuran takaful dan seingat saya hanya satu cek sahaja yang saya terima tahun ini. Ke mana perginya 4 cek yang lain? Kalau tak mampu nak tunaikan kenapa berjanji? Inikah konsep islam yang diagung-agungkan oleh negara kita?

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.